Followers

Thursday, December 30, 2010

Pas Kedah Sudah Mengaku!!

 Sorry Brother...kepimpinan ulamak tak leh pakai la..
Tak bawak kita ke mana-mana..pusing-pusing kat situ jer..

Pas Kedah sudah mengaku dengan jelas. Parti Melayu Islam itu gagal dalam segala bidang. 

Naib Ketua Dewan Ulamak Pas Kedah, Yusuf Mahmud, memperincikan pengakuan ini secara tidak langsung melalui komennya terhadap buku anak arwah Yusuf Rawa, "Menuju PAS Baru" tulisan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid.

Sumber: bernama.com

......
Yusuf berkata beliau menolak idea yang diketengahkan oleh Mujahid iaitu mengubah konsep kepimpinan ulama yang telah menjadi amalan dalam PAS sejak lebih 20 tahun lalu.

"PAS tidak lemah dengan ulama tetapi ia perlu diperkasakan, bukan diubah kepada sebarang konsep lain," katanya.


Beliau berkata penerbitan buku itu adalah satu percubaan untuk mengelirukan orang ramai mengenai asas perjuangan PAS yang berteraskan Islam.
 

"Beliau dilihat cuba menanam rasa benci masyarakat kepada kepimpinan ulama dengan mengatakan bahawa PAS tidak membawa aspirasi nasional, apabila PAS menafikan Perlembagaan Persekutuan dan menamakannya sebagai Perlembagaan Thaghut," katanya.

Yusuf berkata masyarakat umum mungkin boleh terpengaruh tetapi ahli-ahli PAS yang telah ditarbiyah sekian lama cukup faham bahawa PAS selama ini hanya membawa aspirasi Islam bukan aspirasi nasional. 

"Beliau dilihat memberi tekanan agar PAS berubah menjadi parti yang seiring dengan Perlembagaan Persekutuan agar matlamat ke Putrajaya tercapai.  

"Perlu diingatkan di sini bahawa matlamat perjuangan PAS bukan untuk ke Putrajaya tetapi untuk menegakkan hukum Allah. Tidak ada gunanya ke Putrajaya jika PAS terhakis asas perjuangannya," katanya.

 Lintau Perak mendapati Sdra Yusuf Mahmud mengakui bahawa:

  1. Generasi kedua Pas mendapati kepimpinan ulamak selama lebih 20 tahun adalah tidak berkesan. Maka dengan itu patut ditolak atau paling kurangpun diubah supaya Pas dapat terus hidup dan tumpang berpolitik dalam negara yang ,mengamalkan sistem demokrasi berparlimen ini. Kejayaan UMNO patut dijadikan contoh terdekat memperjuangan umat Islam dan mengembangkan syari'e dan syariat Islam tanpa memperalatkan agama.
  2. Pegangan Pas sebagai Parti Melayu Islam selama ini adalah bersifat anti nasional. Dengan itu Pas dilihat tidak mampu membawa aspirasi negara terutama dalam sebuah negara bangsa yang pelbagai kaum dan amalan kepercayaan. Tidak ada sebab penganut agama lain mempercayai Pas sebagaimana mereka berkeyakinan tinggi terhadap UMNO selama ini yang juga sebuah parti kaum Melayu-Pribumi.
  3. Pas menyerlahkan sikapnya yang menafikan Perlembagaan Persekutuan. Tidak menunjukkan sikap menghormati keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Generasi muda yang berpendidikan dan menghayati ajaran agama yang sebenar menolak sikap ganas dan liar yang ditunjukkan atau yang disokong oleh Pas selama ini.
  4. Pas tidak berhasrat memerintah negara tetapi hanya berhasrat untuk menegakkan hukum Allah di Malaysia. Dengan ini Pas terpaksa terus memainkan isu negara Islam dan hukum hudud serta perlembagaan toghut untuk mengekalkan ahli dan penyokong yang semakin sedikit. Pas akan berpuashati jika ahli dan pengikutnya tidak lari walaupun tidak mampu memerintah negara.
 Habih lo kito awe...tok leh caghi make lagi doh..
nate beghuk Mujahid nih..

 Ustaz-ustaz Pas yang menggelar diri mereka ulamak kini tersepit. Suara dan pandangan mereka semakin ditolak. Kalau selama ini mereka bebas mentafsir mengikut kefahaman yang sempit, kini mereka dipinggirkan dari dalam parti sendiri.

Kejahilan ustaz-ustaz Pas selama ini terhadap konsep nasional mendorong mereka memberi ceramah yang berapi-api mengajak umat Islam menolak penyatuan kebangsaan. Ditambah pula dengan kekeliruan memahami konsep Perlembagaan Persukutuan yang mereka labelkan sebagai Perlembagaan Toghut. 
Hari ini pidato sedemikian sudah tidak laku lagi dan ustaz-ustaz Pas menjadi semakin sukar cari makan di pentas-pentas politik.

Mujahid menulis buku tersebut setalah mengkaji kejayaan UMNO dan BN menerajui parti dan negara dalam sistem demokrasi berparlimen. Pencapaian UMNO-BN menjadi asas kupasannya terhadap sistem berpolitik di negara ini yang perlu berpijak di alam nyata.

Memang telah dijangkakan bahawa ustaz-ustaz Pas akan menentang habis-habisan pandangan Mujahid kerana Pas tidak sanggup mengaku bahawa apa yang dilakukan oleh UMNO-BN di dalam negara ini adalah betul dan perlu dicontohi.

Pas Kedah sudah mengaku. Ahli-ahli dan penyokong akan merestuinya kerana pengakuan itu adalah benar. Tidak ada yang tidak benar melainkan yang benar.


Tuesday, December 28, 2010

Pas Mula Paksa Ahli: Cubaan menyekat kemerosotan penyokong

 PAS telah mula mengambil tindakan yang drastik dan tidak masuk akal dalam amalan berpolitiknya.

Tindakan dan keputusan yang semakin ganas ini  diambil setelah mendapati janji-janji rasuah 100 hari telah gagal menarik minat orang ramai. Keadaan ini ditambah lagi dengan penolakan rakyat terhadap isu kenaikan harga 5 sen yang cuba dimanipulasi sebelum ini.

Kegagalan Pakatan Pembangkang mentadbir negeri-negeri yang mereka kuasai juga menambah ketidakyakinan orang ramai terhadap kemampuan pakatan itu. Selain tidak mampu membela rakyat, didapati telah berlaku kelembapan pembangunan dan diuburukkan lagi oleh kenaikan tarif air yang mendadak di Kedah dan pulau Pinang serta tawaran air berkarat di Kelantan.
 
Kegelisahan Pas Negeri Perak seolah-olah tidak dapat dibendung. Penurunan sokongan yang mendadak  kemerosotan penambahan ahli baru menjadikan parti itu semakin longlai. Pemimpinnya mula menacari jalan pintas untuk  menyekat kemerosotan ini dari menjadi lebih teruk.

Paling akhir, Pesuruhjaya Pas Perak sendiri telah  memaksa ahli-ahli Pas supaya melibatkan anak-anak mereka dalam aktiviti dan program yang dianjurkan oleh Pas. Tujuannya untuk menunjukkan bahawa parti itu masih mendapat sokongan pelbagai peringkat.
Sumber: Pasperak.blogspot
 
IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menegaskan agar seluruh ahli PAS memastikan kesinambungan perjuangan dapat dipelihara dengan baik dengan memastikan anak-anak dan anggota keluarga mereka menjadi ahli PAS....

Memetik kata-kata beliau “Kita sebagai ahli PAS  tak mahu lihat ada ahli kita yang semangat berkobar-kobar menentang Umno tetapi tidak pula mahu mengikat anak-anak dalam jamaah yang akhirnya mereka menentang Islam yang kita perjuangkan”....

Kerosakan pemikiran dan mentaliti anak-anak kita akan berlaku jika saranan Pesuruhjaya Pas ini diamalkan oleh ahli-ahli Pas. Bukan sahaja bertentangan dengan Dasar dan Falsafah Pendidikan Negara, saranan itu juga dilihat sebagai satu usaha mengundur ke belakang dan tidak dapat diterima dalam kehidupan semasa.
Kanak-kanak sepatutnya dilindungi dan dibesarkan dengan pendidikan yang betul. Bairlah zaman kanak-kanak mereka bersih dari pencemaran politik kotor seperti yang dibawa oleh Pas. Biarlah kanak-kanak membesar dengan persekitaran yang kondusif dan membantu mereka berkembang dari aspek fizikal, mental dan emosi. Aspek-aspek inilah nanti yang akan membentuk kualiti aqidah mereka.

Pas amat takut kehilangan penyokong tetapi tidak takut memperalatkan agama. Ahli-ahli Pas lebih percaya lidah ustaz-ustaz politik mereka dari mempercayai ajaran Islam yang sebenar.




Monday, December 27, 2010

Pas Perak Merayu Diberikan Kemenangan


Pas Perak Melalui Setiausahanya Misbahul Munir tidak segan silu merayu supaya parti itu diberi peluang memerintah.
Sumber: misbah.blogsopt
PAS menasihatkan pemimpin Umno BN supaya bertenang dan rasional sebelum membuat tuduhan mengatakan janji 100 hari adalah pembohong besar. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Program 100 Hari yang dikemukakan Pakatan Rakyat jika berjaya mengambil alih pemerintahan negara sebagai satu pembohongan besar yang bertujuan menipu rakyat.
Pakatan Rakyat belum lagi memerintah negara ini, sedangkan BN sudah 53 tahun memerintah Malaysia. Beri kami perintah dulu, kemudian baru nilai prestasi dan banding dengan pemerintahan BN. Macam mana seorang Timbalan Perdana Menteri bercakap dengan penuh emosi seolah-olah takut dengan bayang-bayang kekalahan yang akan dihakim oleh rakyat dalam PRU akan datang.....

Nampaknya Pas Perak benar-benar sudah hilang keyakinan. Mereka sudah mula terasa bahawa janji 100 Hari  sudah memerangkap diri sendiri. Bukan sahaja ditolak malah tidak mendapat sambutan sama sekali di kalangan rakyat.

Pas Perak sedar seluruh rakyat, termasuk ahli dan penyokong Pas di kampung-kampung hanya mentertawakan sahaja janji-janji yang berbentuk sogokan itu. 

Mereka terpaksa berhempas pulas mempertahankan idea sogokan ini sedangkan rakyat semakin tidak memberi perhatian lagi kerana sibuk menjalani kehidupan yang aman dan sejahtera.

1Malaysia yang diperkenalkan oleh DS Najib telah diterima dan difahami tanpa paksaan dan sogokan di kalangan seluruh rakyat pelbagai kaum dan agama dengan senang hati dan penuh harapan.

Pas Perak dan Gerombolan Pembangkang ternyata sudah terjerumus ke dalam lubang politik yang mereka gali sendiri. Rakyat sedang memerhatikan mereka terkial-kial untuk keluar dari lubang sempit yang berkemungkinan menjadi kubur.
"Ingin memerintah dengan cara merasuah" itulah kata-kata yang sedang berkumandang di seluruh negeri Perak sebagai menyambut 100 Hari Gerombolan Pembangkang.
 

Friday, December 24, 2010

Kail Pas Panjang Sejengkal - Lautan Pangkor Hendak Diduga.

 
PAS semakin bankrup di Perak.
IPOH – Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan sikap Pakatan Rakyat (PR) ibarat mata kail kerana tidak pernah jemu untuk memancing undi rakyat menggunakan janji-janji manis yang tidak mungkin dapat dilaksanakan. 
 
Beliau berkata, pembangkang sanggup menjanjikan pelbagai perkara sepertimana yang digambarkan dalam manifesto mereka pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu. 
 
“Saya tidak tahulah apa yang akan dijanjikan mereka selepas ini. Mungkin mereka hendak janji syurga pula,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Membeli-belah Back To School Anak Angkat Menteri Besar di pusat membeli belah Jusco Aeon, Kinta City. semalam. 
 
Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas berhubung isu PR yang mahu melaksanakan Program 100 hari jika berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara jika menang dalam PRU ke-13 ini. 
 
Zambry berkata, pelbagai taktik akan digunakan pembangkang dari semasa ke semasa bagi memperoleh sokongan rakyat yang semakin berkurangan di pihak mereka. 
 
“Dulu mereka (pembangkang) guna mata kail saiz lapan, sekarang pakai mata kail saiz 16 pula. Namun apabila semua tidak mengena mereka akan menggunakan mata kail saiz 32 pula. 
 
“Dalam bahasa politiknya, kalau mereka sudah pernah memerintah namun gagal melaksanakan janji-janji apa lagi yang hendak diharapkan. Usahlah rakyat digula-gulakan,” katanya. 
 
Beliau yakin rakyat pada masa kini amat rasional dan bijak dalam menilai siapa yang hanya bermain dengan politik dan siapa yang benar-benar memerintah demi kepentingan rakyat.

“Walaupun kita (Barisan Nasional) tidak menjanjikan syurga, bulan mahupun bintang tetapi rakyat tahu parti mana yang benar-benar praktikal dalam mentadbir negara ini,” katanya. -Sinar Harian
 

Wednesday, December 22, 2010

PAS Perak Lemas Kehilangan Ahli dan Penyokong

Nizar Jamaludin Mempercepatkan Kepupusan Pas Perak

PAS Perak Kehilangan Arah Perjuangan dan Mengakibatkan Kehilangan Penyokong

....Masa untuk berbulan madu untuk PAS dan Pakatan Rakyat sudah berlalu. Masa dua tahun lapan bulan mandat yang telah diberikan oleh rakyat melalui undi protes  dalam PRU 8 Mac 2008 sedang diperhatikan oleh rakyat.

 Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Seruan ikhlas Ustaz Idris itu bukan sahaja menjelaskan satu fenomena buruk sedang melanda PAS Perak, malah PAS seluruh tanahair. Jumlah ahli yang tidak bertambah diikuti oleh penyusutan ketara penyokong sedia ada, amat mengerikan.

Hal ini berlaku kerana media Umno-BN telah berjaya memberi penerangan, penjelasan dan mendedahkan usaha Kerajaan Pusat yang terus meneruskan mengutamakan kebajikan rakyat.  Penjelasan tentang pembohongan dan kesesatan cara berpolitik PAS juga diterima dan berjaya menginsafkan rakyat jelata termasuk penyokong dan ahli PAS sendiri.

Kebodohan berpolitik Nizar Jamaludin dan kesungguhan pemimpin PAS yang merelakan diri menjadi haiwan ternakan dan tunggangan DAP menyebabkan kehidupan parti PAS sekarang seperti cacing kepanasan. Perlakuan dan kebodohan yang mereka tunjukkan dalam Dewan Undangan Negeri baru-baru ini mempercepatkan lagi kebencian dan hilang keyakinan di kalangan ahli dan penyokong di Perak.

Keadaan ini ditambah dengan kegagalan pemerintahan dan tadbirurus di negeri Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. Rakyat di negeri-negeri tersebut marah bukan sahaja kerana kehidupan rakyat tidak terbela dan Islam tidak terjaga tetapi kezaliman demi kezaliman yang terus dikenakan kepada rakyat.

Jentera PAS dan Pakatan Rakyat juga didapati sudah tidak ada kesungguhan untuk mempertahankan kemenangan di Perak. Persepsi rakyat begitu buruk terhadap PAS yang pada pandangan mereka sudah jauh terpesong dari ajaran Islam sebenar . PAS dilihat bukan sahaja kehilangan arah dalam perjuangan tetapi juga telah kehilangan maruah dan kredibiliti sebagai parti bangsa Melayu yang beragama Islam kerana terlalu taksub merelakan dirinya menjadi ternakan dan haiwan tunggangan DAP.

Media Umno setiap hari terutama televisyen yang menjadi rujukkan utama rakyat. sentiasa menyampaikan berita dan penerangan yang meyakinkan dan bukti amanah rakyat yang telah ditunaikan. Sentimen kenaikan harga 5 sen yang cuba digunakan oleh PAS dan Pakatan Pembangkang nampaknya gagal kerana tidak menarik perhatian rakyat sama sekalai.  Malah mereka ditempelak semula dengan kenaikan tarif air yang amat zalim di Pulau Pinang dan Kedah manakala air berkarat masih disajikan kepada rakyat Kelantan.

Dalam masa yang sama ramai Ahli dan penyokong PAS amat terkejut apabila ustaz Nik Aziz sendiri yang merasuah wang kepada pengundi orang Asli semasa PRK DUN Galas sedangkan parti itu menggunakan slogan anti rasuah dalam kempen mereka menentang kerajaan pilihan rakyat, UMNO-BN.

Kini dengan pertolongan DAP dan Pakatan Rakyat, PAS berharap akan dapat menyambung nyawanya yang sudah hampir ke penghujung. Pembohongan, penipuan, putar-belit dan fitnah akan dikumpul, dicanai dalam bentuk risalah dan kain rentang dan akan menggunakan mesjid, surau dan markaz sebagai pusat lambakan.  Walaupun kaedah ini didapati membazirkan masa dan wang, tetapi PAS tidak ada cara lain untuk meneruskan perjuangan palsu parti itu dalam usaha menyekat penyusutan sokongan. 

Usaha mendaftar pemilih juga dilhat semakin gagal. Orang ramai terutama anak-anak generasi muda sangat berasa tidak selesa dengan laungan bersemangat yang tidak tentu pasal dan tidak kena tempat dalam majlis anjuran PAS. Penekanan tentang budaya berpakaian yang berlebih-lebihan oleh muslimat, nisa' dan unit amal dijadikan agenda utama untuk kekalkan kemenangan dan menawan Putrajaya.  

Seterusnya dapat dijangkakan bahawa PAS akana menaikkan emosi dan kebencian orang ramai dengan menaikkan kain rentang yang bersifat menghasut yang bersifat umum seperti:

"Umno khianat tanah Rezab Melayu" 
"Umno menghakis Kuasa  Raja-Raja Melayu" 
"257 ribu anak luar nikah daripada tahun 2000-2008"

Mereka akan pastikan kain ini ditukar dalam masa dua minggu,dengan isu-isu yang lain, kemudian  diletak di tempat yang strategik. Ini adalah satu cara untuk menghasut dan membentuk kebencian pengundi yang selama ini menikmati kehidupan yang selesa, sejahtera dan berjaya di bawah pemerintahan UMNO-BN.

 Buatlah apapun...
PAS Perak semakin kehilangan ahli dan penyokong kerana dosanya sendiri terhadap Islam dan bangsa Melayu.
Kesedaran rakyat...adalah sebahagian daripada jalan agama yang sebanar.

baca seterusnya: 

Sumber PARPUKARI

 

Monday, December 20, 2010

Gelagat Nizar Khianati Parti: Ahli Pas Perak Hilang Keyakinan

DS Dr Zambry mengukuhkan UMNO-BN...Nizar Jamaludin meruntuhkan Pas di Perak


Gelagat Bodoh Nizar Jamaludin Menyebabkan Seluruh Ahli Pas Perak Rasa Dikhianati dan Hilang Keyakinan

Secara kebetulan Pas menang hanya 6 kerusi dalam PRU 2008 di Perak.
Secara Kebetulan DAP, PKR dan Pas berpakat menubuhkan kerajaan
Secara kebetulan DAP tak layak ditabal sebagai Menteri Besar
Secara kebetulan PKR tiada calon yang layak ke jawatan itu
Secara kebetulan Niazar yang bertaukehkan Nuar Berahim di angkat memegang Jawatan MB.

Maka apa yang Pas tidak pernah rancang telah berlaku secara kebetulan. Itulahlah kehendak Allah yang maha berkuasa.

Secara kebetulan juga Tuanku Sultan memperkenankan Nizar untuk mengepalai pentadbiran walaupun dia hanya wakili 6 kerusi sahaja berhadapan dengan DAP yang menguasai 18 kerusi dan PKR 7 kerusi..

Nizar benar-benar lupa bahawa kuasa yang sebenar terletak di tangan DAP. Suara Melayu-Islam hanya 11 sahaja dalam kabinet negeri Gerombolan Pakatan berbanding suara bukan Melayu-Islam 20 orang. Dengan 6 suara Nizar hanya layak menjadi budak suruhan.

Kerana terlupa hakikat inilah, Nizar menjadi lupa diri. Bersorak bersama penyokong Pas melompat-lompat kegembiraan dan berasa mereka menang di Perak kerana calon Pas menjadi Menteri Besar. Sehingga lupa suara mereka hanya 6 kerusi sahaja. Perak sebenarnya dikuasai DAP dan semua dasar yang dijalankan adalah mengikut kehendak DAP. Nizar dijadikan patung boneka kerana Nizar berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Nizar telah sesat dalam keghairahan mendadak yang tidak disangka-sangkanya. Tidak pernah termimpi dia akan menjadi Menteri Besar Perak. Tidak pernah dijangka hanya dengan berbekalkan 6 kerusi, dia dipilih menjadi MB dalam Dewan Undangan Negeri yang memiliki 59 kerusi.

Alhamdulillah, belum sempat Nizar tersesat jauh, Allah menjatuhkan hukumnya dan Nizar tidak layak lagi berada di kerusi Menteri Besar.

Dari saat inilah, Nizar banyak melakukan perkara-perkara yang tidak dianjurkan oleh Islam.

Bermula dengan menderhaka kepada Sultan, mengarahkan pengikut Pas berdemonstrasi termasuk berbaring di atas jalanraya, menawan dan menduduki kediaman rasmi Menteri Besar secara haram, menggunakan kereta kerajaan walaupun sudah hilang kelayakan dan terus berperasaan dirinya masih Menteri Besar yang sah walaupun keputusan mahkamah telah diketahui. Nizar mengamuk dan menjelajah seluruh negeri memaklumkan bahawa dirinya masih Menteri Besar sehinggalah sekarang ini. Nizar mengenepikan Institusi Raja dan Sultan Perak dan mengenepikan keputusan mahkamah.

Semakin lama ahli dan penyokong Pas tidak dapat menerima tingkahlaku Nizar yang memberi gambaran bahawa parti Pas adalah parti murahan dan rendah tahap pemikirannya. Ahli dan penyokong Pas tahu, sepatutnya DAPlah yang perlu membuat demonstrasi kerana mereka sebenarnya kehilangan kuasa politik di Perak.  Tetapi kebijaksanaan DAP menyerlah apabila berjaya menggerakkan ahli-ahli Pas berdemonstrasi manakala ahli dan pemimpin DAP menonton perlakuan bodoh itu dari kaca tv di rumah sambil bergembira dengan anak isteri masing-masing.
Ahli dan pemimpin DAP menonton kebodohan ini di kaca tv rumah masing-masing

Ahli dan penyokong Pas sudah terasa diperbodohkan. Yang kena tangkap dan diburu polis adalah penyokong Pas. Yang berhujan berpanas menjerit pekik melolong berdemonstrasi adalah penyokong Pas. Yang meninggalkan kerja mencari rezeki untuk menanggung anak isteri adalah penyokong Pas. Yang masih miskin dan mengharapkan bantuan dari kerajaan UMNO-BN juga adalah ahli dan penyokong Pas.
Tetapi yang kaya raya adalah kaum China. Yang memiliki kedai besar adalah kaum China. Yang ramai jadi jutawan dalam negara ini adalah kaum China. Yang hidup senang lenang dalam bandar besar adalah kaum China.  Yang mendokong cita-cita perjuangan perkauman sempit DAP juga adalah kaum China.

Hari ini, rata-rata penyokong Pas telah hilang keyakinan kepada perjuangan Pas. Mereka tidak dapat menerima hakikat perjuangan Islam dilacurkan kerana mengikut telunjuk dan kehendak DAP. 

Anak-anak ,muda sudah tidak lagi memberi perhatian kepada Pas malah tidak berani menghampiri Parti itu yang dikenali sebagai Parti maki hamun, janji kosong dan memperalatkan agama Islam. Paling menyayat hati mereka apabila Kini parti itu tidak mengiktiraf "bangsa Melayu" sebagai sebahagian daripada agenda perjuangannya walaupun Pas adalah Parti Bangsa Melayu.

Pas di Perak semakin jauh dari hati para pengikutnya. Mereka telah sedar bahawa perjuangan Pas telah menyimpang jauh dari asas penubuhannya iaitu kerana bangsa dan agama.Mereka telah sedar dan insaf bahawa "Melayu" itu adalah bangsa ciptaan Allah dan "Islam" itu adalah agama atau sistem kepercayaan yang diturunkan Allah untuk manusia. Mereka telah sedar bahawa Islam di Malaysia adalah diterima dan dibawa oleh bangsa Melayu. Tidak mungkin DAP melakukan tanggungjawab ini. Mereka telah insaf bahawa bangsa Melayu perlu kuat dan berkuasa untuk terus berjaya memelihara dan mengenmbangkan syiar Islam.

Hari ini, gelagat Nizar Jamaludin semakin menampakkan kebodohannya sehingga MB Perak DS Dr. Zambry Kadir menyifatkannya sebagai  "...diserang penyakit kronik, tokoh manipulator dan sikap suka melakukan pembohongan" (Berita Harian 20 Dec 2010).
Ramai ahli-ahli dan penyokong Pas berpendapat, semua gelagat dan tingkahlaku Nizar Jamaludin hanya mengukuhkan DAP di Perak tetapi menjauhkan Pas dari masyarakat.

Thursday, December 16, 2010

UMNO: Tolonglah Pertahan Negara..tolonglah!!

DAP sangat berjaya meruntuhkan jati diri umat Islam

Penulis turunkan keluhan seorang peserta forum Utusan

Sumber: www://utusan.com.my

Siapa terbaik bentuk kerajaan?

SAYA mengikuti dengan teliti perkembangan politik negara khasnya selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 yang menyaksikan landskap politik negara berubah secara luar biasa. Saya dapat melihat dan merasakan keresahan dan kegelisahan rakyat terbanyak kesan perubahan ini. 

Berkongsi pengalaman kami di Perak selama 11 bulan di bawah pemerintahan pakatan pembangkang, keadaan menjadi amat sukar dan rumit.

Kampung yang selamanya aman damai menjadi tegang dan keruh. Penyokong dan pimpinan pakatan menjadi seakan-akan mabuk dan hilang ingatan. Suasana harmoni yang selama ini dinikmati tiba-tiba hilang apabila JKKK ketika itu ingin merampas dan menguasai segalanya.
Kelas-kelas Tabika Kemas, dewan orang ramai, surau dan masjid menjadi semacam simbol kuasa yang mesti dikuasai oleh mereka. Mereka merampas kunci dewan dan surau dan serta-merta membuat pelbagai undang-undang penggunaan yang sebenarnya menyukarkan rakyat.

Hubungan yang selama ini ibarat sebuah kampung satu keluarga tiba-tiba lenyap begitu sahaja. Mujurlah ia hanya berlangsung selama 11 bulan. Tempoh 11 bulan yang mengajar dan mendidik. Perkara ini saya timbulkan semula kerana keadaan politik yang semakin jelas hari ini. 

Pendedahan Wikileaks baru-baru ini ada hikmahnya. Ia tidak harus hanya dilihat dari sudut perilaku dan tabiat Anwar Ibrahim semata-mata. Lebih jauh daripada itu ia membuktikan bahawa Malaysia tercinta ini juga menjadi perhatian antarabangsa.

Singapura dan Australia dari sudut sejarahnya amat mencemburui Malaysia. Mereka nampaknya sentiasa memerhati dan menilai. Kebimbangan kita ialah minat yang mereka tunjukkan seakan-akan mendapat sokongan dari dalam negara. Mereka menuduh Anwar dan cuba menjatuhkan UMNO/BN melalui ungkapan 'Anwar diperangkap oleh musuh politiknya'.
Apabila Anwar dilihat tidak layak dan UMNO/BN juga dinilai tidak cukup berwibawa, maka siapakah yang dicadangkan atau dilihat terbaik oleh pendedahan tersebut? Inilah persoalannya.
Saya nampak kita tidak mempunyai pilihan sama sekali. Pilihan yang ada ialah memperkuatkan diri kita sehingga tiada ruang bagi sesiapa pun untuk memperkecilkan kita.
UMNO mesti mengepalai gerakan ini. Kalau dahulu UMNO memimpin usaha mencapai kemerdekaan, kini UMNO wajib mengetuai usaha mempertahankan kedaulatan kita.

UMNO mesti berjiwa besar. UMNO mesti bangkit dengan kuat dan berani. Ini bukan lagi soal merebut jawatan di Cawangan dan Bahagian. Lebih besar daripada itu, UMNO mesti memenangi pilihan raya umum dengan memastikan majoriti 2/3 di Parlimen. 

Kerajaan UMNO/BN mesti menjadi kerajaan yang kuat kerana kuat lemahnya UMNO/BN akan memberi makna kepada maruah kita yang cuba dicabar.

KAMARIAH YOUB
Kampung Seberang Karai, Perak

Friday, December 10, 2010

PAS Padang Rengas Lumpuh: Beberapa Faktor Telah Dikenalpasti

KARNIVAL PAS PADANG RENGAS MEMALUKAN,
GAGAL DAN TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN

PERISTIWA BURUK INI MEMBERI GAMBARAN
BAHAWA PARTI PAS DITOLAK, DISISIHKAN DAN MULA DIPINGGIRKAN
OLEH MASYARAKAT SETEMPAT.

ANTARA FAKTOR YANG TELAH DIKENALPASTI ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1. Semua penyokong PAS masih menganggap YB Nizar Jamaluddin masih lagi sebagai Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan yang sah.
Tetapi malangnya YB Nizar Jamaludin hanya mampu menjalankan tugas sekadar sebagai budak suruhan Partai DAP.
Dengan itu hampir semua penyokong PAS telah hilang kepercayaan dan tidak mahu menanggung malu kehilangan maruah sebagai penganut agama Islam tetapi berada di bawah telunjuk dan tapak kaki Partai Politik DAP. 



2. Kebanyakan penyokong PAS Padang Rengas adalah bersaudara dengan ahli-ahli UMNO atau telah telah lama berkawan dengan penyokong-penyokong UMNO-BN.
Mereka sering berbincang dan bertukar pandangan mengenai hal ehwal semasa dalam perbualan di kedai klopi, surau atau di tempat kenduri.
Akibatnya banyak perkara-perkara yang menjatuhkan maruah agama dan umat Islam telah sampai ke pengetahuan penyokong PAS yang selama ini disekat dari bermasyarakat sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam.
Apabila mendapat penerangan tentang sesuatu kebenaran, barulah para penyokong PAS ini sedar dan insaf bahawa selama ini mereka melakukan kesilapan yang maha besar kerana menyokong PAS yang tidak berbuat apa-apa pun demi kebajikan hidup mereka.

Antaranya mereka malu kerana PAS sanggup menerima rasuah politik daripada DAP dan mengizinkan sejadah tempat orang Islam sujud dipijak-pijak di dalam surau dan mesjid oleh Partai Politik DAP. Mereka juga berasa amat malu apabila DAP Pulau Pinang menggunakan duit judi untuk diagihkan kepada golongan miskin.
Dengan itu semakin ramai penyokong PAS mengelakkan diri dari terlibat atau mendekati partai itu kerana didapati sudah tidak bermaruah lagi.



3. Kebanyakan ahli masyarakat di Padang Rengas sudah memahami bahawa PAS adalah Partai Politik yang serupa dengan Partai Politik DAP. 
Masyarakat telah sedar bahawa PAS bukan pertubuhan agama Islam, tetapi partai politik yang bermatlamatkan mendapatkan undi dalam pilihanraya. 
Kebanyakan rakyat di Padang Rengas telah sedar dan percaya bahawa menyokong PAS tidak bererti menyokong Islam. Menolak PAS tidak bermaksud menolak Islam. 
Islam adalah agama, PAS adalah partai politik macam DAP.
Oleh itu mereka telah beralih pemikiran menyisihkan diri dari partai PAS kerana mendapati tidak ada apa-apa sumbanganpun yang PAS telah lakukan untuk umat Islam, melainkan apa yang telah diusahakan oleh UMNO-BN. 
Golongan muda didapati amat ketara menyisihkan diri dari terlibat dengan partai PAS. Mereka berasa malu, terhina dan berdosa sekiranya terlibat dengan apa-apa aktiviti PAS yang kesemuanya bermatlamatkan politik yang dicatur oleh DAP. Mereka takut menjadi sesat kerana menyokong paratai PAS.
Golongan muda di Padang Rengas sudah memahami bahawa Pas itu partai politik macam DAP dan Islam itu agama Allah yang dipelihara dan dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan selama ini.



4. Masyarakat di kawasan padang Rengas dapat membezakan dengan jelas, nyata dan telus tentang perbezaan khidmat Wakil Rakyat dari Parti PAS berbanding Wakil Rakyat dari UMNO-BN.
Semua masalah rakyat di kawasan Padang Rengas termasuk dalam DUN Lubok Merbau telah diselesaikan oleh UMNO-BN. Rakyat lebih yakin kepimpinan dan pemerintahan UMNO-BN.
Golongan generasi muda pula telah mula berasa amat takut sekiranya Gerombolan Pakatan Pembangkang masih diberi sokongan oleh segelintir ahli masyarakat yang masih kurang faham matlamat kita berpolitik.
Anak-anak muda kita sangat mengasihi dan kagum dengan Tuan Mahathir dan DS Najib yang meneruskan kemimpin negara ke arah lebih cemerlang.








Sunday, October 10, 2010

Kuan Yew Beri Jaminan Kerajaan PAS-DAP Kelantan Tidak Akan Lenyap Selepas PRU 13

Ustaz Nik Aziz bersama Penasihat Kanan Kerajaan PAS-DAP Negeri Kelantan

PRK DUN Galas sangat menggerunkan PAS. Ustaz Nik Aziz telah menggambarkan ketakutannya dan bermohon supaya Ku Li tidak melibatkan diri dengan UMNO-BN.

Sebelum ini, Nik Aziz tidak bersetuju jika BN/UMNO meletakkan Ku Li sebagai calon PRK DUN Galas. Nik Aziz dalam kenyataannya meletakkan Ku Li sebagai tokoh UMNO yang berkredibiliti tinggi dan tidak layak bertanding DUN. Nik Aziz menyatakan bahawa “standard” Ku Li adalah hanya untuk calon Parlimen dan adalah satu penghinaan sekiranya Ku Li bertanding sebagai calon DUN. Husam Musa pula berkata bahawa PAS akan memberikan kemenangan percuma jika Ku Li diberikan mandat oleh BN/UMNO untuk menjadi calon BN di PRK DUN Galas itu
Sumber Harakahdaily

Kesediaan Ku Li sebagai Ketua Bahagian menggerakkan jentera pilihanraya kecil DUN Galas yang akan berlaku di Bahagian Gua Musang sangat menggerunkan semua pemimpin Pas.

Mereka sudah menghidu kesukaran dan masalah yang bakan menanti mereka, antaranya:

  1. Usaha Pas merampas duit dari Petronas yang kini disampaikan terus kepada rakyat Kelantan untuk dibolot oleh parti, sudah diketahui oleh seluruh rakyat Kelantan. 
  2. Rakyat Kelantan terasa disia-siakan oleh Pas walaupun sudah 20 tahun diberi mandat memerintah
  3. Hak Rakyat mendapatkan kemudahan asas yang diperlukan dalam kehidupan seharian telah dinafikan oleh Kerajaan Negeri.
  4. Penyelewengan dan Rompakan Harat Rakyat di Kelantan semakin menjadi-jadi telah menjadi bualan rakyat di surau-surau dan mesjid-mesjid di seluruh negeri.
  5. Keghairahan pemimpin parti Pas mengaut Harta Rakyat dari bumi Kelantan Darul Naim berlaku setiap hari di depan mata Rakyat.
  6. Seluruh Rakyat Kelantan semakin sedar penglibatan kerajaan PAP Singapura membantu Partai Islam Semalaysia menubuhkan Kerajaan Perpaduan DAP_PAS di negeri itu.
Pasti, PRK DUN Galas akan menjadi titik awal perubahan senario politik Kelantan.
Kesediaan Ku Li bersama semua pemimpin UMNO-BN Kelantan mencatur semula strategi politik di negeri itu dilihat sebagai bermulanya kehancuran penguasaan politik Pas sebagaimana yang terjadi di Terengganu.

Bagaimanapun parti PAP Singapura akan terus bergandingan dengan parti DAP di Malaysia dalam usaha memperalatkan Parti Islam Semalaysia membantu mencapai cita-cita Malaysia-Malaysia.

Anda juga meminati:

  1. Pas Paksa Rakyat Tutup Mata dengan Isu Nasional di Galas
  2. Pas Kelantan Semakin Ditolak Kerana Pemimpin Rasuah dan Rampas Hak Rakyat
  3. Pas Nak Tingkatkan Islam Dengan Adakan Solat dan Khutbah Jumaat Setiap Hari

Friday, October 8, 2010

Nuar Berahim Pengarah Drama Politik Untuk Di Pentaskan Di Mahkamah



Nuar Berahim Adalah Pengarah Drama Politik Untuk Di Pentaskan Di Mahkamah

Dari Malaysiakini

Dua peguam yang didakwa memaksa Rahimi Osman membuat dua akuan bersumpah memberi amaran mengambil tindakan undang-undang terhadap terhadap bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Peguam N Surendran berkata, kenyataan Rahimi itu jelas pembohongan dan fitnah kepada dua anak guamnya Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli.

“Tanpa ragu, kami rasakan ia merupakah satu fitnah. Kami akan keluarkan surat peguam supaya beliau membuat permohonan maaf terbuka atau menghadapi tindakan undang-undang,” kata Surendran.

Ditanya sama ada beliau akan memberikan seminggu kepada Rahimi menarik balik dakwaannya semalam, Surendran berkata: “Lebih cepat daripada itu.”

“Saya rasa dia tak perlu seminggu. Dia tahu dia berbohong. Hanya perlu 24 jam untuk tarik balik,” katanya.

Beginilah drama terbaru yang dikarang dan diarahkan oleh Nuar Berahim.

Para pelakon telah mula beraksi mengikut skrip dan lokasi yang terpilih.
Bagaimanapun terlalu banyak kepincangan dalam persembahan drama kali ini.

  • Para pemerhati melihat bahawa lokasi di Restoran Lotus Klang bukanlah tempat paling sesuai untuk Rahimi mengadakan PC yang menggemparkan itu.
  • Kehadiran begitu ramai samseng yang mengganggu PC Rahimi seperti telah dirancang dan Rahimi begitu mudah membubarkan sesi PCnya.
  • Peguam Rahimi langsung tidak mengambil apa-apa tindakan susulan samada membuat laporan polis ataupun mengeluarkan kenyataan menyesali gangguan tersebut selepas hak untuk mengadakan PC dirampas oleh samseng-samseng yang bertindak ganas itu.
  • Kehairanan juga menjadi perbualan awam apabila tidak diketahui mengapa tiba-tiba sahaja Rahimi yang hidup mewah, mengambil tindakan menimbulkan semula tohmahan terhadap DS Najib dan Rosmah berkaitan isu liwat Nuar Berahim yang sedang dibicarakan di mahkamah.

Apa pun, setakat ini kita dapat memahami motif sebenar Nuar Berahim mencipta drama barunya adalah untuk mengaktifkan semua persepsi orang ramai bahawa kes liwatnya adalah kes politik, bukannya kes jenayah peribadi dirinya sendiri.

Nuar Berahim tahu bahawa seluruh rakyat sudah memahami bahawa kes liwat yang sedang dibicarakan adalah kes salahlaku peribadinya, tetapi Nuar Berahim mencuba sedaya upaya membina persepsi dan mengajak orang ramai percaya kes itu adalah kes politik.

Kini, dapatlah kita menjejaki bahawa sebenarnya Nuar Berahim berada dalam situasi yang amat tertekan, hampir kehilangan punca, putus harapan dan bertindak dengan apa cara sekalipun selagi ada pihak yang boleh dimanipulasinya.

Permainan persepsi ini akan berterusan. Drama ciptaan Nuar Berahim akan terus ditayangkan. Tetapi kemusnahan dirinya menjadi semakin cepat.

Rakyat tidak lagi keliru. Rakyat memerhati dan semakin jelas dapat melihat bahawa Nuar Berahim adalah mangsa kesalahanya sendiri.

Tuesday, October 5, 2010

Dinar Emas: Rakyat Kelantan Diperbodohkan Lagi oleh ustaz Nik Aziz Sdn Bhd

Poket Kroni Tambah Lumayan...
Rakyat Tukang Beri Undi sahaja

Rakyat nak cari makan pun susah. Nik Aziz dan Kerajaan Pas Kelantan asyik buat lawak. Rakyat Kelantan pakat gelak besar dengan Lawak Ekonomi terbaru yang bernama "Dinar Emas Kelantan".

Nasib baik Kerajaan Pusat stabil. Berbagai-bagai program meningkatkan ekonomi untuk kesejahteraan rakyat terus dilakukan. 

Berbeza dengan Kerajaan Pas Kedah dan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang asyik menyiksa rakyat menaikkan tarif air. Rakyat terus menderita, dizalimi dan ketidakadilan berlaku dalam segenap bidang kehidupan mereka.

Lawak yang bernama "Negara Berkebajikan", "Keadilan Untuk Semua", "Malaysian Malaysia" menghantui fikiran rakyat sehingga telah membentuk satu gelombang baru menolak Gerombolan Pakatan Pembangkang.

"Dinar Emas Kelantan" diwujudkan semasa seluruh Rakyat Kelantan sedang menderita kehausan pembangunan dan kesejahteraan hidup. Kelantan masih ditakuk lama, malah sebahagian daripadanya kelihatan semakin berundur ke belakang.

Kegagalan dan ketidakupayaan Partai Islam Semalaysia melakukan apa-apa pembaharuan dalam aktiviti ekonomi dan pembangunan sosial, menyebabkan rakyat semakin tertekan, merasa dizalimi, dobohongi dan semakin jauh dari roh Islam.

Dinar Emas Kelantan hanyalah aktiviti perniagaan sebuah syarikat yang mengaut keuntungan atas angin daripada urusan jual beli emas di pasaran. Keuntungan masuk ke dalam poket kroni ustaz Nik Aziz dan kuncu-kuncunya, manakala rakyat terus terbiar menderita dan tertipu hidup-hidup.

Baca seterusnya: Siapa Di Sebalik Dinar Emas Kelantan 
oleh rbf 


Anda juga meminati:


Dinar Emas Kelantan: I.m Lucky Nor to be a Kelantanese
Raja Petra threatens to withdraw support for Pakatan
Maki berapi-api tapi ikut contoh dasar UMNO-BN jugak
Najib Terus Mara Ke Hadapan!!
Rakyat Terkejut Beruk!! Tarif Air Naik Melambung
Kisah Pak Imam Lari Dari Nuar Berahim

Monday, October 4, 2010

Nuar Berahim Bakal Melarikan Diri

PEMILIHAN peringkat pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Sabak Bernam, Selangor,
semalam lengang walaupun 1,000 ahli didakwa hadir mesyuarat agong pada sebelah pagi.
 - mingguan/Mohd. Shaharani Saibi

Petikan berita: utusan.com.my

Proses kira undi dicemari insiden gaduh

SABAK BERNAM 2 Okt. - Proses mengira undi bagi pemilihan Ketua dan Ahli Jawatankuasa Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabak Bernam yang berlangsung di Dewan Tun Razak, di sini, malam ini kecoh apabila berlaku insiden bertumbuk dan membaling kerusi.

Kejadian kira-kira pukul 8.15 malam itu bermula dengan tindakan sekumpulan lapan lelaki membuat bising di luar dewan sambil menendang pintu masuk utama.

Setelah itu, mereka kemudian menyerbu masuk ke dalam dewan sebelum bertindak menimbulkan kekecohan dengan membaling kerusi.

Difahamkan tindakan kumpulan tersebut kerana tidak puas hati dengan proses pengiraan undi yang dikatakan wujud penipuan....

Nuar Berahim benar-benar tertekan.

Perbicaraan dia meliwat Samsul masih belum selesai dan semakin menakutkannya.
Sokongan orang ramai semakin berkurangan malah terus maki seranah.
Rakan-rakan seperjuangan yang memisahkan diri terus bertambah.
Parti berantakan dengan berbagai-bagai insiden ganas.

Janji manis menawan Putrajaya 16 September yang pernah menjadi bualan di kalangan ahli dan penyokong, kini bertukar menjadi maki hamun kepada Nuar berahim. Penyokong mula berasa jijik dengan permainan politik kotor yang meletakkan mereka pada tahap yang sangat rendah dan dihina.

Ahli-ahli dan penyokong yang berada di luar lingkungan keluarga, keluarga angkat dan kroni istimewa Nuar Berahim telah mula mengelakkan diri dari terlibat dengan apa sahaja yang berkaitan dengan PKR.

Mereka mula berasa takut dan ramai yang telah menyesal. Beranggapan selama ini mereka telah membuang masa kerana melibatkan diri dengan pergerakan yang sia-sia.

Mereka mula membandingkan antara kesungguhan DS Najib, UMNO-BN dan pemimpin-pemimpin NGO yang ikhlas membangunkan negara dan rakyat, dengan retorik Nuar Berahim yang memburu cita-cita dan nafsu peribadinya.

Rakyat semakin sedar akan bahaya yang bakal dibawa oleh Nuar Berahim. Mereka semakin insaf bahawa memberi ruang kepada Gerombolan Pakatan Pembangkang samalah dengan memperjudikan kesejahteraan yang sedang dinikmati sekarang. Lebih jauh lagi mereka terbayang betapa hancurnya bangsa dan negara ini sekiranya watak-watak yang tidak bermoral ini dilayan dalam proses politik negara ini.

Sudah sampai masanya pengkhianatan Nuar Berahim kepada agama, bangsa dan negara ini dihentikan. Hanya kesedaran rakyat yang dapat menamatkan kemelut politik yang kita tidak kehendaki ini.

Rakyat pernah bersatu dan berjaya mengusir komunis. Kini sudah sampai masanya sekali lagi rakyat bersatu menamatkan pengkhiatan Gerombolan Pakatan Pembangkang yang dianggotai oleh DAP dan PKR dengan berketuakan parti cauvinist-racust DAP.

Kalau pengkhianat komunis lari ke hutan...
Nuar Berahim nak lari ke mana?

Anda juga berminat mengikuti:

  1. Namewee Bebas Menyondol Kerana Dilindungi Akta
  2. Galas: Pas Mula Bakar Pengundi Hidup-hidup
  3. Pas Sudah Mulakan Indoktrinasi Menanam Kebencian

Saturday, October 2, 2010

Friday, October 1, 2010

Penyelewengan di Kelantan: Pas Cari Ilham Berbohong Lagi




Pilihanraya Kecil DUN Galas memang menyulitkan. Pas Kelantan semakin buntu.

Idea perlu cari bagaimana nak memainkan emosi dan sekaligus berbohong kepada ahli, penyokong, rakyat Kelantan dan seluruh rakyat Malaysia.

Rakyat Kelantan memang maklum bahawa pembangunan ekonomi dan sosial di Kelantan jauh ketinggalan daripada negeri-negeri lain. Bukan sahaja peluang pekerjaan tidak dapat disediakan, keperluan dan kemudahan asas semakin kurang, malah ekonomi juga tidak dijana supaya berkembang.

Selama 20 tahun rakyat Kelantan menunggu kehidupan yang lebih sejahtera turun ke negeri serambi Mekah itu.

Tiba-tiba Kerajaan Pas Kelantan melupakan kesusahan dan kesengsaraan rakyat ini, dan tak semena-mena meluluskan hudud tetapi tidak dilaksanakan. Tidak lama kemudian Arif Fahmi diselamatkan dari penyiasatan SPRM kerana isu kronisme, nepotisme dan salahguna kuasa oleh Ustaz Nik Aziz sendiri. Selepas itu kawasan hutan menjadi gondol dengan cepat dan balaknya dijual dan duitnya tidak sampai kepada rakayat.

Jalanraya di kampung-kampung terus terbiar berlubang dan berlopak, manakala air yang paling bersih dapat disediakan untuk rakyat masih berkarat. Tanah pertanian nampaknya seperti sedang diusahakan tetapi tidak diketahui taukeh mana yang memonopolinya.

Selepas berita Ustaz Nik Aziz mengaku menerima rasuah melancong ke Mekah saban tahun dengan pakej VVIP, timbul pula kisah kroni Ustaz Nik Aziz mengumpul keuntungan yang sanngat besar secara mudah dari projek matawang dinar emas yang dikatakan kaedah Islam.

Setelah gagal memakmurkan rakyat Kelantan selama 20 tahun, Pas sedar akan kelemahan dan ketidakupayaannya. Maka kepada Allah mereka berserah dan dengan itu rakyat Kelantan dan Rakyat Malaysia diminta memberi sedekah berupa wang sebanyak RM400,000.00 yang dinamakan "Sekretariat Tabung Misi Munajat Royalti Minyak Kelantan"

Tujuan kerajaan Pas adalah untuk meletakkan nasib rakyat Kelantan di tangan 40 orang ustaz untuk sembahyang dan berdoa di Masjidil Haram. Ustaz-ustaz ini akan berdoa, bermunajat dan rakyat Kelantan akan menunggu sambil meletakkan harapan yang tinggi mudah-mudahan beroleh kesejahteraan dan kemakmuran. 

Malangnya sehingga kini hanya sekadar RM20,000.00 sahaja yang menjadi rezeki Pas atas memohon sedekah dari hamba rakyat itu. Jelasnya Pas tak ada wang. Usahkan untuk memakmurkan rakyat jelata, nak menghiburkan 40 orang ustaz melancong ke Mekahpun tidak berupaya.

Jadi tidak hairanlah mengapa Petronas menjadi sasaran dan mangsa PAS berikutnya. Telah sekian lama Pas mengaut sedekah dari rakyat Kelantan melalui ceramah-ceramah dan majlis-majlis yang mereka anjurkan atas nama Islam. Tetapi Pas gagal memerintah dan menjadikan Kelantan negeri berkebajikan seperti yang mereka laung-laungkan.

Dalam masa yang sama, atas kehendak Allah dan doa ikhlas yang dibacakan setiap kali selepas solat Jumat di seluruh negara, Rakyat terus menikmati pelbagai bentuk bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat dan sebahagiannya adalah dari wang Petronas. Rakyat menerimanya secara langsung nikmat hasil usaha dari kecekapan Kerajaan Pusat mempelbagaikan sumber ekonomi negara.

Maka dengan itu, Pas pula berusaha supaya wang Petronas ini diberikan kepada parti mereka sedangkan rakyat tahu wang itu tidak perlu diberikan kepada parti Pas.

Wang Petronas adalah untuk Rakyat
bukan untuk Parti Pas.

Kerana berasa sugul dan gementar dengan kegagalan demi kegagalan di Kelantan, Pas mencuba sekali lagi menipu dan memainkan emosi rakyat, tetapi kali ini sudah melarat pula hingga menggunakan Mekah, tempat suci orang Islam.

Kita berdoalah beramai-ramai selepas solat di rumah masing-masing supaya Pas beroleh ilham yang lebih baik.

Rakyat Kelantan sedang menanti-nanti tarikh mengundi di Galas.

Wednesday, September 29, 2010

DUN Galas: PAS Mengemis Belas Kasihan UMNO

Majoriti rendah......PAS mengemis belas ehsan UMNO

Sumber: peraktoday.com

PAS proposes that BN let it retain Galas seat for Malay unity

KOTA BARU, Sept 28 — With a by-election imminent in Kelantan, PAS has proposed that the Barisan Nasional (BN) let PAS retain the Galas state seat for the sake of Malay unity.

PAS deputy secretary-general Datuk Takiyuddin Hassan said today this would also help to check the prolonged political conflict between Umno and PAS.

He said it would only be appropriate for both parties to skip the by-election if they wanted unity among the Malays.

“However, it would be better if the seat was handed over to PAS as the party’s candidate was the incumbent,” he said at a media conference on the Tortura exhibition of medieval instruments of torture and punishment at the state museum here.

The Galas by-election has been necessitated by the death from colon cancer of PAS assemblyman Che Hashim Sulaima, 46, yesterday.

Sehubungan itu, beliau berharap para pengundi yang pernah mengundi Allahyarham Chek Hashim yang mewakili calon PAS pada pilihan raya umum lalu, diminta sekali lagi berbuat demikian pada pilihan raya kecil nanti.

Sumber: peraktoday.com



Nik Aziz Kata Perpaduan Melayu Adalah Utama...

Nik Aziz pula berharap pengundi yang belum berbuat demikian iaitu tidak mengundi calon PAS supaya beralih arus pada pilihan raya kecil tidak lama lagi.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz bagaimanapun memberitahu, calon yang bakal dipilih nanti masih belum dibincangkan.

Sementara itu, beliau turut menyokong pandangan Timbalan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, yang mencadangkan supaya Umno tidak perlu bertanding pada pilihan raya kecil itu bagi menjaga perpaduan Melayu.

Jelasnya, demi mengembalikan perpaduan Melayu, sewajarnya Umno tidak bertanding dalam mana-mana pilihan raya.

Sumber: harakahdaily


Demikianlah halnya dengan Parti PAS yang tidak tentu arah perjuangannya.

Untuk mendapatkan undi kaum China, PAS mendakwa perjuangannya tidak berasaskan bangsa. Kerana itu tidak wujud istilah "bangsa Melayu" dalam kamus PAS. Nik Aziz sendiripun menolak istilah Melayu itu sebagai rujukan bangsa kepadanya.

Beriya-iya benar PAS meyakinkan kaum China dan India bahawa perjuangannya tidak berasaskan bangsa atau agama. Perjuangannya suci bersih kerana semata-mata berlandaskan prinsip-prinsip keadilan dan hak manusia sarwajagat. Mereka segera menafikan tidak sekali-kali akan menubuhkan negara Islam.

Mereka mencipta hudud, membincangkan dan akhirnya meluluskannya. Untuk mendapatkan undi kaum China dan India, PAS dengan tegas memberi jaminan semua hukuman hudud hanya dikhaskan untuk oranag Islam sahaja dan kaum lain jangan risau kerana tidak terlibat. Dalam ertikata lain PAS mensasarkan mangsa hukuman potong tangan dan rejam dengan batu sampai mati, hanyalah kepada bangsa Melayu yang kebetulan paling ramai memeluk agama Islam dan dipelihara oleh Perlembagaan Persekutuan.

Untuk membuktikan PAS amat setia kepada kaum bukan Melayu, PAS redho menolak kepentingan perpaduan Melayu di Perak selepas pilihanraya ke 12 dengan membantu DAP berkuasa dalam Dewan Undangan Negeri Perak.

Benarlah bahawa PAS tidak memperjuangkan Melayu tetapi sanggup mengorbankan bangsa Melayu untuk mendapatkan undi kaum China dan India. Mereka mentafsirkan prinsip ini sebagai jalan agama yang sebenar.

Tiba-tiba apabila Che Hashim Sulaima diberhentikan Allah dari menjadi Wakil Rakyat DUN Galas, PAS kelamkabut menggunakan "bangsa Melayu" sebagai alat untuk berkompromi dengan UMNO. PAS berharap kerusi DUN Galas diberi percuma kepada mereka atas dasar perpaduan Melayu.

Sikap ini menjadikan PAS hipokrit dan mengamalkan politik liar di luar batas-batas prinsip demokrasi.

PAS lupa bahawa dalam sistem demokrasi, pilihanraya adalah mekanisme yang terbaik untuk rakyat menyatakan pendapat dan pandangan mereka terhadap pemimpin yang mereka inginkan. Pilihanraya bukan tempat ahli politik tawar-menawar tetapi tempat rakyat menggunakan suara mereka sebebas-bebasnya.

PAS rupaya membelakangkan demokrasi dan nilai-nilai agama yang menganjurkan keadilan dan hak masyarakat. PAS berhajat merampas hak rakyat di sampimg menghina hak menyatakan pendirian di kalangan rakat di Galas.

Akhirnya, pemberhentian mengejut Che Hashim oleh Allah dari jawatannya sebagai Wakil Rakyat DUN Galas memberikan gambaran jelas tentang rendahnya akal budi peminmpin PAS dan kita hanya berasa kasihan kepada rakyat Kelantan dan seluruh Malaysia yang telah tersilap mempercayai perjuangan PAS.

Thursday, September 23, 2010

Pentadbiran Najib Kelihatan Semakin Bertanggungjawab


Pentadbiran Najib dilihat lebih bertanggungjawab dan tegas dalam mempertahankan Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang.

Kes Sosilawati: Waran tangkap ketua Pemuda PKR, MP Kapar diberi amaran

September 22, 2010SHAH ALAM, 22 Sept – Polis memberi amaran kepada Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin bahawa waran tangkap akan dikeluarkan terhadapnya jika terus mengelakkan diri daripada memberi keterangan berhubung dakwaannya yang mengaitkan polis dengan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya....
Sumber: themalaysianinsider.com

Kerakusan Ketua AMK Keadilan sesuka hati melanggar undang-undang negara kita semakin lama semakin menjadi-jadi. Seolah-olah perjuangan parti Keadilan tidak akan dapat diteruskan tanpa melanggar undang-undang dan menaburkan fitnah.

Walaupun seluruh rakyat sedar bahawa pendekatan ganas dan liar yang menjadi pegangan hidup Anwar Ibrahim selama ini, tetapi apa yang dilakukan oleh Shamsul sudah melanmpaui batas. Ketaatannya terhadap arahan Anwar Ibrahim supaya mencetuskan kekecohan dan mereka-reka fitnah yang provokatif amat luar biasa.

Membiarkan Shamsul bermaharajalela melaksanakan cita-cita Anwar Ibrahim secara ganas dan liar bermakna kerajaan sengaja membiarkan Perlembagaan dan Undang-Undang Negara diceroboh dan dipermain-mainkan oleh rakyatnya sendiri.

Seluruh Rakyat telah bosan dengan cara berpolitik yang diamalkan oleh parti-parti pembangkang yang meletakkan negara ini seperti tidak mempunyai kedaulatan undang-undang. Walaupun cuba menggambarkan kerajaan mengamalkan dasar kebebasan dan hak demokrasi rakyat, tetapi membiarkan Perlembagaan dan Undang-undang negara terus menerus dicabuli bukanlah cara yang betul.

Perbuatan songsang Anwar Ibrahim melalui tindakan-tindakan Shamsul ini akan merosakkan pemikiran dan persepsi generasi muda kita terhadap erti kebebasan di negara ini. Bukan sahaja tidak patriotik tetapi juga tidak bertamadun.

Nampaknya pentadbiran DS Najib telah memberi perhatian dan diharap PDRM dan agensi kerajaan yang berkaitan mampu menghadapi isu menghina Perlembagaan dan Undang-undang ini dengan tegas, bijaksana dan berkesan.

Rakyat tidak mahu negara ini hancur hanya disebabkan kerajaan tidak mampu memelihara Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang, sedangkan  pemerintah telah mendapat mandat rakyat.

Kita pasti seluruh rakyat akan bersama DS Najib dalam usaha mempertahankan Perlembagaan Negara dari serangan Anwar Ibrahim dan Parti Pembangkang yang lain. Sejarah telah membuktikan bahawa Perlembagaan yang ada sekarang ini mampu menjaga kesejahteraan rakyat dan membawa negara lebih maju.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...