Majoriti rendah......PAS mengemis belas ehsan UMNO
Sumber: peraktoday.com
PAS proposes that BN let it retain Galas seat for Malay unity
KOTA BARU, Sept 28 — With a by-election imminent in Kelantan, PAS has proposed that the Barisan Nasional (BN) let PAS retain the Galas state seat for the sake of Malay unity.
PAS deputy secretary-general Datuk Takiyuddin Hassan said today this would also help to check the prolonged political conflict between Umno and PAS.
He said it would only be appropriate for both parties to skip the by-election if they wanted unity among the Malays.
“However, it would be better if the seat was handed over to PAS as the party’s candidate was the incumbent,” he said at a media conference on the Tortura exhibition of medieval instruments of torture and punishment at the state museum here.
The Galas by-election has been necessitated by the death from colon cancer of PAS assemblyman Che Hashim Sulaima, 46, yesterday.
Sehubungan itu, beliau berharap para pengundi yang pernah mengundi Allahyarham Chek Hashim yang mewakili calon PAS pada pilihan raya umum lalu, diminta sekali lagi berbuat demikian pada pilihan raya kecil nanti.
Sumber: peraktoday.com
Nik Aziz Kata Perpaduan Melayu Adalah Utama...
Nik Aziz pula berharap pengundi yang belum berbuat demikian iaitu tidak mengundi calon PAS supaya beralih arus pada pilihan raya kecil tidak lama lagi.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz bagaimanapun memberitahu, calon yang bakal dipilih nanti masih belum dibincangkan.
Sementara itu, beliau turut menyokong pandangan Timbalan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, yang mencadangkan supaya Umno tidak perlu bertanding pada pilihan raya kecil itu bagi menjaga perpaduan Melayu.
Jelasnya, demi mengembalikan perpaduan Melayu, sewajarnya Umno tidak bertanding dalam mana-mana pilihan raya.
Sumber: harakahdaily
Demikianlah halnya dengan Parti PAS yang tidak tentu arah perjuangannya.
Untuk mendapatkan undi kaum China, PAS mendakwa perjuangannya tidak berasaskan bangsa. Kerana itu tidak wujud istilah "bangsa Melayu" dalam kamus PAS. Nik Aziz sendiripun menolak istilah Melayu itu sebagai rujukan bangsa kepadanya.
Beriya-iya benar PAS meyakinkan kaum China dan India bahawa perjuangannya tidak berasaskan bangsa atau agama. Perjuangannya suci bersih kerana semata-mata berlandaskan prinsip-prinsip keadilan dan hak manusia sarwajagat. Mereka segera menafikan tidak sekali-kali akan menubuhkan negara Islam.
Mereka mencipta hudud, membincangkan dan akhirnya meluluskannya. Untuk mendapatkan undi kaum China dan India, PAS dengan tegas memberi jaminan semua hukuman hudud hanya dikhaskan untuk oranag Islam sahaja dan kaum lain jangan risau kerana tidak terlibat. Dalam ertikata lain PAS mensasarkan mangsa hukuman potong tangan dan rejam dengan batu sampai mati, hanyalah kepada bangsa Melayu yang kebetulan paling ramai memeluk agama Islam dan dipelihara oleh Perlembagaan Persekutuan.
Untuk membuktikan PAS amat setia kepada kaum bukan Melayu, PAS redho menolak kepentingan perpaduan Melayu di Perak selepas pilihanraya ke 12 dengan membantu DAP berkuasa dalam Dewan Undangan Negeri Perak.
Benarlah bahawa PAS tidak memperjuangkan Melayu tetapi sanggup mengorbankan bangsa Melayu untuk mendapatkan undi kaum China dan India. Mereka mentafsirkan prinsip ini sebagai jalan agama yang sebenar.
Tiba-tiba apabila Che Hashim Sulaima diberhentikan Allah dari menjadi Wakil Rakyat DUN Galas, PAS kelamkabut menggunakan "bangsa Melayu" sebagai alat untuk berkompromi dengan UMNO. PAS berharap kerusi DUN Galas diberi percuma kepada mereka atas dasar perpaduan Melayu.
Sikap ini menjadikan PAS hipokrit dan mengamalkan politik liar di luar batas-batas prinsip demokrasi.
PAS lupa bahawa dalam sistem demokrasi, pilihanraya adalah mekanisme yang terbaik untuk rakyat menyatakan pendapat dan pandangan mereka terhadap pemimpin yang mereka inginkan. Pilihanraya bukan tempat ahli politik tawar-menawar tetapi tempat rakyat menggunakan suara mereka sebebas-bebasnya.
PAS rupaya membelakangkan demokrasi dan nilai-nilai agama yang menganjurkan keadilan dan hak masyarakat. PAS berhajat merampas hak rakyat di sampimg menghina hak menyatakan pendirian di kalangan rakat di Galas.
Akhirnya, pemberhentian mengejut Che Hashim oleh Allah dari jawatannya sebagai Wakil Rakyat DUN Galas memberikan gambaran jelas tentang rendahnya akal budi peminmpin PAS dan kita hanya berasa kasihan kepada rakyat Kelantan dan seluruh Malaysia yang telah tersilap mempercayai perjuangan PAS.
No comments:
Post a Comment