Followers

Friday, July 1, 2011

MB Perak kena timbang la pulak...



DS Zambry serta ahli rombongannya telah berjaya menyempurnakan hajat masyarakat di kawasan Kati.

Pagi ini bermula pukul 8.30 beliau dan seluruh ahli rombongan beramah mesra dengan penduduk dan para peniaga di kawasan pasar tani di pekan kecil itu.

Sebahagian pemimpin akar umbi bersedia meyambut ketibaan MB

Kegembiraan tergambar pada setiap wajah yang berada di pasar tani tersebut kerana berpeluang bersemuka dan bercakap-cakap dengan pemimpin mereka. Termasuk anak-anak muda yang bergiat dalam bidang perniagaan pasar tani memgambil peluang menyatakan hasrat mereka. 


Paling gembira dan kelihatan amat sibuk ialah keluarga Chah dan Zainal, pengusaha roti canai terkenal di Kati. 


Hampir semua ketua jabatan daerah, ketua parti dan ngo turut hadir dan bermesra dengan rakyat tempatan  sehingga kawasa yang luas di situ menjadi amat sibuk tetapi kekal mesra.


YAB Menteri Besar kita mempunyai jadual yang sangat ketat. Turun padang bertemu rakyat telah menjadi agenda utama beliau bersama agensi kerajaan dan pemimpin komponen masyarakat yang lain.






Sehingga lewat petang terus menghadiri majlis di kawasan SMK Tun Perak Padang Rengas.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...