Followers

Tuesday, January 18, 2011

PRU 13: Apasal Pakatan Pembangkang Risau Mendadak



Walaupun PRK Tenang sedang bergelora tetapi gembar-gembur Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hangat. Banyak pihak membuat pelbagai spekulasi tarikh pembubaran parlimen. 

Ramai yang cuba meyakinkan bahawa jangkaan PRU-13 akan diadakan pada tahun ini juga. Spekulasi popular ini berdasarkan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) baru-baru ini.

Sejak itu mulalah Pakatan Pembangkang diamuk kerisauan dan kelamkabut memikirkan hakikat pertambahan  kekuatan UMNO-BN dan peningkatan kelemahan mereka yang semakin menjadi-jadi sakhir-akhir ini.

Walaupun Pakatan Pembangkang menyimpan harapan yang amat tinggi untuk ke Putra Jaya, namum bukanlah kerja yang mudah untuk menghasut rakyat menafikan 53 tahun pemerintahan cemerlang Kerajaan Pilihan Rakyat, UMNO-BN.

PRU-13 adalah ibarat mimpi ngeri Pakatan Pembangkang kerana Rakyat Malaysia melihat kerjasama yang mereka bina berada di atas landasan yang bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan. Selain suka memainkan emosi kebencian kaum, mereka tidak henti-henti bertindak meningkatkan kegiatan anti nasional.

Pada masa ini faktor utama kelebihan yang merunsingkan pakatan Pembangkang adalah kelemahan mereka sendiri. Pas Kelantan sudah dibenci rakyat kerana masalah rasuah, kronisme, salahguna kuasa, skandal, penindasan dan perompakan khazanah rakyat yang semakin berleluasa. Kemudahan asas untuk rakyat terbiar dan terpaksa dibantu oleh Kerajaan Pusat yang mereka fitnahkan setiap masa. 

Oleh itu segala penjelasan dan penerangan Kerajaan tentang pemulihan ekonomi negara, pelaksanaan dasar dan program untuk meningkatkan kesejahteraan seluruh rakyat, telah diterima baik dan difahami. Keberkesanan usaha kerajaan menaikkan taraf hidup rakyat terbukti dilaksanakan di seluruh negara. Kenaikan harga komoditi seperti getah dan kelapa sawit telah dapat dinikmati dan dengan ini meningkatkan kluasa beli rakyat untuk meningkatkan taraf hidup mereka.


Daya pertumbuhan  ekonomi negara dapat membantu rakyat menghadapi kesan kenaikan harga barang keperluan dan menyeimbangkan kos sara hidup. Pembangkang gagal menggunakan isu ini untuk memesongkan kesetiaan rakyat kepada Kerajaan. Kerana itu DAP terpaksa menyerang agama Islam dan Raja-raja untuk memecahbelahkan rakyat.  

Keikhlasan dan kerja kuat UMNO-BN di bawah pimpinan YAB DS Najib amat membimbangkan Pakatan Pembangkang. Hasutan dan dakyah mereka mengenai harga barang semakin tidak mendapat perhatian dan  kurang disenangi rakyat terbanyak. 


Mereka melihat Pakatan Pembangkang hanya berminat bermain emosi orang ramai dengan menggunakan isu harga barang. Sedangkan kerajaan Pilihan Rakyat  UMNO-BN dilihat meneruskan pelaksanaan dasar dan program yang akhirnya dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia.

Konsep 1 Malaysia dilihat mampu meneruskan keberkesanan konsep Barisan Nasional dan berjaya menambahkan sokongan pengundi semua kaum dan agama kepada Kerajaan yang selama ini menjadi Pilihan Mereka. 

Kesedaran politik matang seluruh Rakyat Malaysia masa kini adalah manifestasi terhadap keinginan sebenar majoriti pengundi di negara ini. Mereka ingin meneruskan pencapaian yang telah mereka nikmati selama ini dan menolak sebarang permainan politik murahan Pakatan Pembangkang.

Tinjauan ke seluruh tanahair mendapati bahawa faktor Anwar Ibrahim dalam Pakatan Pembangkang sudah berubah. Anwar Ibrahim bukan sahaja menjadi manusia yang begitu kontroversi, malah mampu mempercepatkan kemusnahan Pakatan Pembangkang. Ramai pihak yang berpendapat Anwar sudah menjadi liabiliti dalam Pakatan. 

Anwar dilihat tidak mampu lagi menggugat dominasi politik UMNO-BN di negara ini. Malah dirinya sendiri sedang berada di penghujung kehancurannya dengan membawa bersama-sama rakan-rakan dalam pakatan. Imej Anwar semakin buruk. Pengaruhnya semakin hilang dan kewujudannya dalam politik tanahair dilihat tidak relevan lagi dan tidak serasi dengan hasrat rakyat yang cintakan keamanan dan perpaduan antara kaum dan agama.

Perkara yang paling memeranjatkan ialah sokongan generasi pengundi muda terhadap kerajaan yang dilihat amat serasi dan memahami keinginan dan keperluan anak-anak muda kita. Tanggapan bahawa generasi muda sebagai undi penentu amat tepat sekali kerana mereka akan menyambung pencapaian cemerlang yang kini sedang mereka nikmati hasil dari kejayaan dan keberkesanan Kerajaan Pilihan Rakyat UMNO-BN selama ini.

Kerajaan DAP Pulau Pinang gagal memperlihatkan parti itu adalah parti pelbagai kaum. Apa yang mereka mampu lakukan hanyalah merasuah RM100.00 untuk bermain silap mata dengan pengundi Islam dan dihebahkan secara besar-besaran. Manakala tender yang bernilai jutaan ringgit dimonopoli oleh kroni DAP secara senyap tanpa sebarang hebahan.

Pas Kedah juga nampaknya mengikut jejak langkah Pas Kelantan. Merompak dengan rakus khazanah hutan balak dan tanah di Kedah. Balasan untuk rakyat adalah menaikkan tarif air manakala hasil jualan kayu balak dan tanah masuk ke poket kroni. Rakyat terpaksa hidup dengan dasar sedia ada serta bantuan Kerajaan Pusat.

UMNO-BN dilihat oleh Rakyat terus mengekalkan dasar menjaga kepentingan rakyat semua kaum. Dasar-dasar yang terbukti berkesan diteruskan dan dikembangkan skopnya bagi menepati kehendak rakyat pelbagai kaum dan agama. 

Akhirnya kemelut perbalahan politik dan kemerosotan sokongan terhadap PKR akan menjerumuskan angan-anagn Pakatan Pembangkang untuk ke Putra Jaya sekali lagi setelah kempunan untuk ke sana pada 16 Sept 2008 yang lalu. Anwar Ibrahim telah kehilangan hala tuju dan maruah dirinya sendiri sudah hancer berkecai.

Harapan Pakatan Pembangkang untuk merealisasikan angan-angan mereka ke Putra Jaya nampaknya semakin jauh. 

Keganasan DAP di Selangor dan Pulau Pinang sudah menghantui fikiran rakyat yang menjadi semakin takut kehilangan kesejahteraan hidup yang dinikmati selama ini. Manakala keghairahan Parrti Melayu Islam Pas menghina agama Islam sudah sampai ke tahap tidak mampu diterima oleh ahli-ahli dan pengikutnya sendiri.

Pakatan Pembangkang terjebak dalam perjalanan yang sukar dan penuh kontradik. Bukan dengan UMNO-BN tetapi sesama mereka.

"Biarkan Rakyat yang akan membuat penilaian" pesan YAB DS najib secara ringkas kepada semua pihak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...