Followers

Thursday, June 16, 2011

PAS Padang Rengas, Dah Tinggal Nyawa Ikan, Bila Nuar Berahim dan China DAP Nak Datang Tolong?


Pic dipetik dari Facebook Kampung Buaya

Berdasarkan tinjauan bersemuka dengan bekas2 ahli dan penyokong yang tekah meninggalkan Pas, dapatlah disimpulkan bahawa Parti Melayu Pas Padang Rengas sudah hampir berkubur. (Lintau maksudkan 'bekas' itu adalah ahli2 dan penyokong yang meninggalkan parti tetapi tidak mengistihar secara terbuka)

Pas kawasan Kati hanya tinggal sekitar 6-10 orang sahaja yang aktif, di kawasan Sauk cuma ada 7 -12 orang, kawasan Kota Lama Kiri sekitar 12 -18 orang dan sepanjang jalan lubuk merbau - Beluru langsung  tidak kelihatan wujud ahli yang aktif lagi.

Manakala bagi kawasan di sebelah DUN Lubuh Merbau, kebanyakan ahli dan penyokong Pas memilih menjadi "bekas" kerana amat kecewa dengan Wakil Rakyat, Haji Zainudin Yusof,  yang memenangi PRU yang lalu.

Mereka berpandangan Hj Zainudin tidak langsung mempedulikan agenda membela rakyat sebagaimana yang mereka ceramahkan semasa berkempen dahulu.

Tidak ada satu aduanpun yang disampaikan kepadanya telah diambil tindakan yang sewajarnya  Kalau adapun hanyalah bantuan yang disalurkan oleh agensi Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri yang mereka ubahsuai menjadi jenama parti.

Pengundi Lubuk Merbau berasa tertipu dan mereka mengesahkan bahawa parti PAS memang suka bercakap seolah-olah mereka parti Islam. Tetapi hakikatnya mereka hanya menggunakan agama Islam untuk memancing undi sahaja.

Apa yang mampu dilakukan oleh Wakil Rakyat dan parti PAS di kawasan Padang Rengas hanyalah seperti yang disenaraikan oleh bekas2 ahli dan penyokong berikut:

  1. Cuba "merebut atau merampas" mayat apabila ada berlaku kematian di kalangan orang Islam. Tujuannya adalah untuk mereka uruskan dan mengenakan "charge" pengurusan yang tinggi bagi bayaran kenderaan dan upah "team" korek kubur dan mandi jenazah. Ini tidak berlaku jika pihak lain yang menguruskannya malah membantu keluarga si mati dengan berbagai-bagai bentuk bantuan bagi meringankan kesedihan keluarga si mati.
  2. Berbual di kedai kopi dengan tajuk kerajaan zalim, kerajaan rampas hak rakyat, kerajaan membebankan rakyat, kerajaan barang naik, kerajaan tolak islam dan sebagainya dari pagi hingga ke malam dan berlarutan hingga ke surau dan mesjid di tempat mereka berkumpul.
  3. Meminta dan mengambil semua pemberian dan bantuan kerajaan untuk rakyat malah akan mengamuk sakan jika nama mereka tercicir dari senarai penerima.
  4. Wakil Rakyat Hj Zainudin akan mengarahkan sesiapa sahaja yang mengadu kesusahan kepadanya supaya berjumpa dengan Yang Berhormat DS Nazri untuk mendapatkan pertolongan atau bantuan. Dengan mudah beliau mengatakan "itu tugas kerajaan...pergi jumpa Dato' Nazri".
  5. Pas hanya berminat untuk mengatur ceramah di surau2 yang mereka kuasai dan mengutip derma untuk dibayar kepada ustaz-ustaz politik yang datang berceramah.
Sebab itulah hampir semua markaz Pas dalam kawasan Padang Rengas kelihatan terbiar, kelihatan uzur, ditumbuhi rumput dan bekalan elektrik dan air telah dipotong.

Nampaknya jika Nuar Berahim dan China DAP tidak datang menolong, PAS Padang Rengas, Lenggong dan Gerik akan berkubur.  


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...