Followers

Monday, September 20, 2010

Ucapan Najib di Pekan: PAS Mula Gentar Menggigil!

Bila Najib semakin disayangi...PAS menjadi semakin liar dan ganas

KUALA LUMPUR, 19 Sept: PAS menganggap ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan supaya pemimpin perlu merasai derita rakyat, hanya retorik sahaja kerana ia menyimpang daripada tindakan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, realiti yang berlaku pada hari ini pemimpin negara yang memerintah 57 tahun setelah merdeka bukan memikirkan supaya rakyat miskin terbela dan kualiti hidup ditingkatkan.....sumber: haprakdaily.net


Selaku Ketua Penerangan PAS, ustaz Idris mula naik mengelabah kerana selama ini tektik perjuangan PAS adalah cenderung menggunakan kemiskinan dan penderitaan rakyat sebagai umpan untuk memancing undi setiap kali pilihanraya. Ustaz Idris mula risau kerana pendekatan ala komunis yang suka menanam kebencian telah mula mengundang kebencian rakyat terhadap PAS dan Gerombolan Pakatan Pembangkan.

Kelemahan kepimpinan Pak Lah telah mereka gunakan sepenuhnya dan secara tidak sengaja memperoleh sedikit kemenangan dalam pilihanraya 2008. Kini mereka mulai gementar kembali apabila teraju kepimpinan diambil alih oleh DS Najib yang awal-awal lagi telah melaksanakan tanggungjawab pemimpin mesti menyelami penderitaan rakyat.

Selama lebih 50 tahun UMNO-BN memerintah, pendekatan mensejahterakan rakyat memang diutamakan dan kerana itulah UMNO-BN diterima oleh rakyat berbilang kaum, agama dan adat resam. Sebelum ini, UMNO-BN bukan sahaja menggariskan dasar-dasar, tetapi melaksanakannya satu persatu sehingga rakyat dan negara telah mencapai tahap kesejahteraan sebagaimana yang dinikmati sekarang

Dalam masa yang sama, pemimpin-pemimpin UMNO dan kerajaan sentiasa mengingatkan kerajaan supaya mengambil tahu penderitaan rakyat. Seluruh pemimpin berganding bahu mengambil berat apa sahaja kebimbangan rakyat terutamanya apabila kos sara hidup semakin tinggi.

Keadaan ini sangat berbeza dengan pemimpin parti Gerombolan Pakatan Pembangkang yang terdiri daripada parti politik PAS, DAP dan PKR yang hanya memainkan sahaja isu tersebut untuk menaikkan kebencian rakyat dan mendapat undi dengan cara yang sangat keji.

Ini membuktikan PAS dan rakan-rakan Gerombolan Pakatannya hanya mampu menjadi pemimpin untuk bermegah-megah dengan kebolehan berceramah menipu rakyat dikampung-kampung dan di rancangan felda. Mereka lupa bahawa apa yang mereka perkatakanb itu akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT.

Buktinya, PAS dan Pakatan Rakyat di Kelantan baru sahaja belajar dan mencuba-cuba melaksanakan program kifalah untuk warga emas yang meninggal dunia di Kelantan tetapi UMNO-BN telah lama melaksanakan program ini melalui berbagai-bagai kementerian dan meliputi seluruh negara tanpa menunggu warga emas itu meninggal dunia.

Selain itu, PAS dan Gerombolan Pakatan Pembangkang begitu teruja mengadakan program memancing undi murahan seperti penubuhan ladang rakyat untuk diberikan deviden kepada mereka yang susah, begitu juga di Kedah dan Pulau Pinang melaksanakan program yang kononnya mengambil kira penderitaan rakyat. Sedangkan UMNO-BN sudah begitu lama melaksanakan skim ladang Felda, Felcra, Tabung Haji dan segala usaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat seluruh negara dan berbagai kaum.

Di Selangor, PAS dan Gerombolan Pakatan Pembangkang cuba merasuah orang ramai untuk memancing undi murahan dengan memberi air percuma dan beretorik kononnya merakyatkan limpahan ekonomi kepada mereka yang susah. Sedangkan selama ini UMNO-BN telah melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang menyediakan prasarana untuk kemudahan rakyat dalam pelbagai bidang kehidupan tanpa mengira kaum dan agama. Sektor ekonomi begitu membangun di Selangor adalah hasil dasar dan amanah pemerintahan yang dilaksanakan oleh UMNO-BN selama.

PAS dan sahabat-sahabat  Gerombolan Pakatan Pembangkangnya terus mengkhianati rakyat dalam ceramah-ceramah yang disampaikan oleh para ustaz politik mereka. Manakala para pemimpin UMNO-BN terus menerus melakasanakan tugas yang diamanahkan rakyat semenjak mencapai negara mencapai kemerdekaan selama 53 tahun.Kini rakyat yang telah melakukan kesilapan pada pilihanraya ke-12 yang lalu sudahpun mengambil sikap "tidak mahu pisang berbuah dua kali".

PAS dan Gerombolan Pakatan Pembangkang hanya mampu membohongi rakyat dengan terus menyemai kebencian sedangkan mereka tidak mampu untuk menyelami dan mengatasi derita rakyat sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh UMNO-BN.

PAS dan Gerombolan Pakatan Pembangkang hanya sibuk mengkhianati rakyat.

Gerombolan Pakatan Pembangkang masih dilihat dengan matlamat masing-masing:

PAS hanya bercita-cita untuk membunuh UMNO dan menjayakan cita-cita DAP,
PKR hanya alat Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri,
DAP bercita-cita memusnahkan kuasa politik Melayu dan Bumiputera.

Ustaz Idris sekali lagi gagal sebagai Ketua Penerangan PAS.

PANEH MIANG©: Buat tatapan Nik Aziz & Pemujanya

PANEH MIANG©: Buat tatapan Nik Aziz & Pemujanya: "Tujuan tulisan ini sekadar sebagai membawa hujah kepada keutamaan menyatukan Umat Islam khususnya bangsa Melayu di atas satu agenda perjuang..."

House PK: PANAS BERAPI! DRAMA PKR YANG TERLAMPAU!

House PK: PANAS BERAPI! DRAMA PKR YANG TERLAMPAU!: "Anwar Ibrahim menerima tamparan maut setelah Zaid Ibrahim mendedahkan Wan Azizah sememangnya Presiden Boneka PKR sejak parti itu ditubuhk..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...