Wahai manusia ! Jangan sekali - kali kamu bercita - cita mencari musuh sebaliknya mohonlah kesejahteraan daripada Allah swt .Andai bertemu jua dengan musuh , bersabarlah ! Namun begitu , ketahuilah bahawa sesungguhnya syurga itu berada di bawah kilatan mata pedang .
dipetik dari:
5 Strategi Pas Perak Untuk Mendapatkan Undi
Sumber: Pasperak
Kemenangan yang diburu tidak mudah untuk dicapai , namun kita tidak boleh putus asa . Kerja kuat dan gigih berusaha adalah ikhtiar yang dituntut sebelum kemenangan dikurniakan oleh Allah swt .
Sebegai sebuah Gerakan Islam , sekurang - kurangnya kita mempunyai 5 strategi utama untuk memastikan kemenangan kekal menjadi milik kita .
1. Taqwa. [ taat ]
Semua petugas parti (pemimpin mahupun ahli biasa) sewajarnya mempertingkatkan hubungan dengan Allah swt dan senantiasa meletakkan diri dalam situasi beribadah kepada Allah swt. Pastikan apa jua kerja dan tugas yang kita lakukan adalah kerana Allah swt dan ia menjadi ibadah yang soleh walau hanya menampal poster dan memasang bendera .
2 . Juhud [ gigih dan bersungguh - sungguh ]
Kita tidak boleh leka dan over confident. Tanpa kerja kuat kita tidak akan berjaya. Tiada kemenangan yang boleh dicapai hanya dengan menggosok lampu ajaib aladin . Malah lampu itu pun tiada ditangan kita , apatah lagi aladin tidak wujud dikalangan kita .
Jangan ada mereka yang hanya berpeluk tubuh dan membatu diri menyaksi keperluan yang perlu diselesai dan disempurnakan . Lebih malang kalau hanya banyak cakap , komplen sana sini dan memperhabiskan biskut kopi di markaz sahaja .
3. Tawakkal . [ bergantung kepada Allah swt ]
Jangan putus harap kepada Allah swt biarpun kita menghadapi kesukaran dalam perjuangan ini. Sekalipun cabaran yang kita hadapi serta tekanan yang kita alami terlalu getir dan berat, setelah kita kerahkan segala upaya yang kita miliki, kita mesti yakin dan sandarkan keputusannya kepada Allah swt .
4. Munazzamah [ sistematik ]
Bertindak secara terancang dan berpandukan arahan serta peraturan yang telah ditetapkan oleh parti. Setiap tindakan mestilah melalui syura samaada di peringkat UPU, MTD, Kawasan, Negeri atau Pusat.
Aktiviti dan gerakkerja dalam tempoh yang terhad dan kemampuan kewangan yang terbatas ini mestilah di pastikan bahawa kita tidak membazir masa dan tenaga dengan aktiviti yang tidak menepati sasaran atau gerakkerja yang tidak membawa pulangan besar kepada perjuangan .
5. Istiaanah bissobri was solah. [mohon pertolongan dengan sabar dan doa]
Kemenangan yang kita dambakan ini adalah daripada Allah swt, justeru itu kepadaNya kita wajib memohon kemenangan ini. Allah swt mengajar kita agar memohon pertolongan dengan sabar dan solat.
Sabar
Allah swt telah berfirman: إن الله مع الصابرين -Sesungguhnya Allah bersama dengan orang - orang yang sabar.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
Wahai manusia! Jangan sekali - kali kamu bercita - cita mencari musuh sebaliknya mohonlah kesejahteraan daripada Allah swt. Andai bertemu jua dengan musuh, bersabarlah! Namun begitu, ketahuilah bahawa sesungguhnya syurga itu berada di bawah kilatan mata pedang .
Solat
Membawa maksud munajat dengan memanjatkan doa kepada Allah swt agar Allah memberikan kekuatan kepada kita serta kemenangan yang telah dijanjikan. Serentak itu, agar Allah mengurniakan petunjukNya kepada rakyat atau pengundi dan melembutkan hati mereka untuk menerima mesej perjuangan kita.