Followers

Tuesday, March 31, 2009

Mentang-mentang kita semua ni jadi macam ni kerana jasa guru.
Jadi ada pulak mamat yang hantar pamplet ni pada aku.

Tapi yang baik tu eloklah kita berkongsi:

PERANAN PENDIDIK
DALAM SISTEM DEMOKRASI DI MALAYSIA

1. Guru-guru adalah golongan yang sangat dihormati oleh masyarakat kerana mereka berilmu dan diberi kepercayaan serta amanah oleh kerajaan untuk menyampaikan ilmunya dengan jaminan ganjaran rezeki yang halal.

2. Peranan Guru-guru amat penting kerana bidang pendidikan adalah satu-satunya bidang yang mampu membawa perubahan kepada masyarakat sesebuah negara. Kerajaan mempertaruhkan kejayaan masa depan negara di tangan keikhlasan Guru-Guru kita.

3. Jika dibandingkan keadaan masyarakat di negara kita sebelum merdeka dengan keadaan yang ada pada hari ini, sangatlah jauh berbeza walaupun kita hanya sebuah negara kecil. Semua pencapaian yang hebat ini sebahagian besar adalah hasil peranan Guru-guru menyampaikan ilmu pengetahuannya sehingga semua bidang kehidupan dapat dibangunkan dengan jayanya.

4. Guru-guru menjalankan tugas mereka bersungguh-sungguh kerana mereka sangat memahami Dasar-Dasar Kerajaan untuk membangunkan kehidupan rakyat dalam pelbagai bidang kehidupan.

5. Hasil daripada Dasar-Dasar Kerajaan yang telah dilaksanakan secara berterusan itu kita boleh melihat sendiri manfaat yang telah dan sedang dinikmati oleh rakyat semua kaum dan agama di negara kita.

6. Rakyat kita sedang menikmati hasil pelaksanaan Dasar-Dasar Kerajaan dalam bidang ekonomi, pendidikan dan sosial. Prasarana untuk kemudahan rakyat diberi keutamaan, kesihatan rakyat dijaga, kebajikan pendidikan anak-anak ditingkatkan, keperluan warga emas dan kurang upaya diuruskan. Rakyat semua kaum dapat hidup sejahtera, harmoni dan bersyukur.

7. Guru-Guru kita sangat memahami kejayaan Pelaksanaan Dasar-Dasar ini, dan mereka telah membantu menyampaikannya dengan ikhlas kepada rakyat. Guru-Guru kita faham bahawa Dasar-Dasar ini perlu diteruskan, diperkasakan dan diberi nilai tambah dari semasa ke semasa.

8. Bagaimanapun, para pendidik kita juga memahami, bahawa tidak ada sebuahpun negara dalam dunia ini yang tidak menghadapi masalah. Bahkan negara maju juga berdepan dengan berbagai-bagai masalah yang besar dalam bidang ekonomi dan sosial.

9. Masalah yang wujud adalah cabaran kepada kita semua. Cabaran ini datangnya dari dalam dan juga dari luar. Kerajaan yang kuat, dibantu oleh struktur masyarakat yang kukuh, dengan sistem pentadbiran yang berwibawa, akan dapat menghadapi apa sahaja cabaran ini.

10. Guru-Guru kita telah membuktikan selama ini mereka dengan ikhlas telah bersama-sama kerajaan menghadapi cabaran-cabaran ini dan hasilnya negara dan rakyat kita terus “survive”.

11. Dalam sistem demokrasi, hak setiap individu adalah dijamin oleh perlembagaan. Sistem demokrasi juga memberi hak kepada kerajaan untuk melakukan yang terbaik untuk rakyat jelata. Negara yang berjaya adalah hasil usaha kerajaan yang menggunakan hak mentadbir untuk memenuhi kepentingan dan hak-hak rakyat rakyat.

12. Guru-Guru kita yang ikhlas, terbukti telah memainkan peranan yang bersungguh-sungguh menjayakan cita-cita dan aspirasi rakyat melalui amalan sistem demokrasi di negara kita.

Ada rakan hantar gambar ni pada aku.
Pening juga aku nak faham kontrak sosial ni.


Aku cari dalam mana-mana perenggan perlembagaan negara, takde.
Dalam akta-akta dan ceraian pun tak mandang.
Jadi apa ni.

Kalau dinilai pada ayat di atas, macam nak perang je bunyinya.
Amarannya sangat keras, emosinya macam dah meluap.
Macam nak tunggu masa je pecah.

Nantilah...aku nak cari lagi.
Nak faham betul-betul apa maknyanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...