Followers
Thursday, December 3, 2009
MEMAHAMI SIKAP BERPOLITIK
MENGENALI DAN MEMAHAMI
SIKAP BERPOLITIK DI SEKELILING KITA
Sikap berpolitik di kalangan parti Pas memang menghairankan dan di luar dugaan sama sekali. Seperti tidak ada batas sempadan. Seperti tidak wujud sekatan dan panduan.
Contohnya semasa pilihanraya kecil Bukit Gantang tempohari, YB Nga Kor Meng dari Parti DAP dengan selamba dan sengaja melafazkan ucapan salam sambil mengumumkan bahawa beliau adalah penganut Kristian. Lantas selepas itu melafazkan ayat suci al-quran di atas pentas yang dihadiri oleh kaum muslimin dan muslimat Islam. Selesai melafazkannya beliau diberikan sambutan laungan “takbir…takbir…takbir” oleh segelintir suara di celah-celah penonton yang hadir. Manakala sebahagian besar dari yang hadir kedengaran mengucapkan “astagfirullah al azim” Pemimpin Pas Pusat dan negeri (termasuk YB Nizar Jamaludin) yang turut berada di atas pentas kelihatan tersenyum megah dan berasa menang.
Kita mungkin boleh faham mengapa YB Nga Kor Meng sengaja berbuat bergitu. Padanya satu kepuasan dapat mempermain-mainkan orang Islam termasuk pemimpim politik mereka. YB Nga Kor Meng juga faham bahawa untuk mencapai cita-cita politik, Pas akan berbuat apa sahaja bagi mengumpul undi, termasuk mengizinkkannya mempersendakan Islam. YB Nga Kor Meng tahu bahawa perbuatannya akan ditentang olah orang Islam yang lain, tetapi beliau yakin Pas akan mempertahankannya habis-habisan. Dan itulah yang berlaku.
Sikap politik begitu bukan sahaja memalukan tetapi boleh merosakkan kesucian agama yang selama ini kita hidupkan, perkembangkan, pertahankan dengan segala daya upaya walaupun negara ini masyarakatnya majmuk.
Sikap ini kalau diteruskan akan mengundang padah yang amat buruh kepada generasi kita di kemudian hari. Akan tertanam persepsi di benak mereka bahawa “matlamat menghalalkan cara”. Kalau agamapun boleh dipermainkan atau diperalatkan sedemikian rupa , maka persoalan nilai dalam kehidupan akan terkubur begitu sahaja ditelan zaman.
Kita berharap anak-anak muda dan kaum terpelajar dapat mengenali dan memahai sikap berpolitik di sekeliling supaya mereka boleh memberi panduan dan membina sempadan.
Subscribe to:
Posts (Atom)