Followers

Tuesday, February 8, 2011

Gempar!!..Pas Mengaku dan Istihar Beri Rasuah Semasa PRK Tenang


Pas mengumumkan dengan rasminya telah merasuah pengundi di PRK tenang.

Pengumuman Pas ini dibuat melalui Blogger mereka yang dikenali sebagai Aku Budak Balun

Melalui posting yang terbaru bertarikh 7 Februari 2011, blogger ini mengumumkan bahawa sepanjang berkempen di PRK DUN Tenang, Pas telah mengedarkan keperluan dapur yang terdiri daripada beras, gula, tepung gandum ke setiap rumah dalam kawasan pilihanraya.

(Pendita juga ada mendengar khabar bahawa ada lagi barangan lain seperti wang tunai, kain, keropok, dll turut sama diedarkan)

Blogger ini juga sempat membuat fitnah mengatakan Kerajaan telah menurunkan dari langit berpuluh-puluh juta ringgit dalam PRK Hulu Selangor yang disampaikan oleh YAB Dato' Seri Najib dan DS Muhyiddin Yasin di hari Krismas.

Baca petikan entry berikut:

Sumber:  Aku Budak Balun

Pastinya mereka telah mendengar cerita..
betapa beruntungnya rakyat Hulu Selangor tika PRK tempoh hari..
Berpuluh juta turun melayang dari langit!
DS Najib dan TS Muhyiddin bak Santa Claus menabur hadiah di pagi Krismas!

Pastinya mereka masih teriang-iang...
Betapa gembiranya rakyat Tenang,
Tika kedengaran hampir setiap rumah di felda mendapat 'durian runtuh'..
Nilai yang dibayar oleh BN utuk sekali undi!
Manakan sama dengan beras 5kg, gula 1kg, tepung 1kg sumbangan PAS!
Jauhhhhhhh bezanya!

Komen Pendita:

  1. Pas tersilap kot! Rakyat DUN Tenang bukan mahukan beras, gula dan tepung.
  2. Pas terlupa kot! Rasuah dilarang oleh agama Islam.
  3. Ustaz Nik Aziz dah tarbiah awal-awal lagi. Orang bagi apapun, ambik tapi pangkah "bulan".
  4. Blogger Pas eloklah masuk semula tadika PASTI, buat malu kaum blogger jer ko ni.
  5. Aku Budak Balun, lepas ni "kena balun" la agaknya di atas kebijaksaan dan keikhlasannya. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...