Followers

Sunday, June 12, 2011

Hadi Awang Bakal PM Di Kampung Tergadai


Padang Rengas 12 Jun, DS Nazri Aziz menyifatkan kenyataan Hadi Awang yang dikatakan tidak mahu menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Pembangkang memenangi PRU 13, adalah satu pembohongan. Beliau menyatakan demikian semasa menyampaikan ucapan perasmian dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Padang Rengas pagi tadi.

Menurut Nazri, semasa PAS menang majoriti di Terengganu dahulu, Hadi Awang adalah Pesuruhjaya Negeri. Tanpa berlengah dia mengistiharkan dirinya sebagai Menteri Besar Terengganu pada malam itu juga.

Dalam PRU 13 nanti, sekiranya Pakatan menang majoriti, sudah pasti Nuar Berahim tidak akan dipersetujui menjadi Perdana Menteri kerana rekodnya yang amat buruk. Pada ketika itu DAP tidak akan membantah, malah akan menyokong kuat supaya Presiden PAS dilantik menjadi PM.

Hal ini samalah dengan kes yang berlaku di Perak. Walaupun PAS hanya menang 6 kerusi, tetapi DAP dengan rela hati memberukan jawatan Menteri Besar Perak kepadas Nizar Jamaludin.

Dan selepas itu Nizar Jamaludin hanya menjadi budak suruhan China DAP selama 11 bulan sehingga Allah tarik semula penderhakaan pada agama, bangsa dan tanahair yang mereka lakukan bersama China DAP.

Pandangan Lintau:

Sebenarnya Hadi Awang juga telah diprojek untuk memenuhi agenda China DAP.  Perancangan China DAP jauh lebih bijak dari apa yang mampu difikirkan oleh Hadi Awang, Nuar Berahim, Nik Aziz dan seluruh ahli dan penyokong Parti Melayu Pas itu.

China DAP tidak terburu-buru untuk berebut jawatan Menteri Besar ataupun Perdana Menteri. Mereka lebih bijak mengatur strategi.

Pada peringkat awal mereka akan gula-gulakan pemimpin dan penyokong Parti melayu ini untuk menggambarkan seolah-olah China DAP tidak mengamalkan perkauman dan sangat memahami Islam dan membela semua kaum seadil-adilnya.

Di Perak meraka telah tunjukkan bukti jelas bahawa pemimpin Melayu hanyalah boneka yang terpaksa mengikut telunjuk China DAP. Samalah seperti yang berlaku di Selangor dan paling dahsyat sedang berlaku di Pulau Pinang.

PAS tiudak mampu menyekat apa sahaja tindakan dan kemahuan China DAP apabila mereka sama-sama berkongsi pemerintahan.

PAS terpaksa akur walaupun sampai ke tahap menggugurkan perjuangan negara Islam atau menggugurkan perkataan "Islam" dari wadah perjuangan parti sekiranya tidak disenangi oleh China DAP.

Hadi Awang akan "Menang Sorak" dan bakal menjadi Perdana Menteri di "Kampung Tergadai".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...