Followers

Friday, October 1, 2010

Penyelewengan di Kelantan: Pas Cari Ilham Berbohong Lagi




Pilihanraya Kecil DUN Galas memang menyulitkan. Pas Kelantan semakin buntu.

Idea perlu cari bagaimana nak memainkan emosi dan sekaligus berbohong kepada ahli, penyokong, rakyat Kelantan dan seluruh rakyat Malaysia.

Rakyat Kelantan memang maklum bahawa pembangunan ekonomi dan sosial di Kelantan jauh ketinggalan daripada negeri-negeri lain. Bukan sahaja peluang pekerjaan tidak dapat disediakan, keperluan dan kemudahan asas semakin kurang, malah ekonomi juga tidak dijana supaya berkembang.

Selama 20 tahun rakyat Kelantan menunggu kehidupan yang lebih sejahtera turun ke negeri serambi Mekah itu.

Tiba-tiba Kerajaan Pas Kelantan melupakan kesusahan dan kesengsaraan rakyat ini, dan tak semena-mena meluluskan hudud tetapi tidak dilaksanakan. Tidak lama kemudian Arif Fahmi diselamatkan dari penyiasatan SPRM kerana isu kronisme, nepotisme dan salahguna kuasa oleh Ustaz Nik Aziz sendiri. Selepas itu kawasan hutan menjadi gondol dengan cepat dan balaknya dijual dan duitnya tidak sampai kepada rakayat.

Jalanraya di kampung-kampung terus terbiar berlubang dan berlopak, manakala air yang paling bersih dapat disediakan untuk rakyat masih berkarat. Tanah pertanian nampaknya seperti sedang diusahakan tetapi tidak diketahui taukeh mana yang memonopolinya.

Selepas berita Ustaz Nik Aziz mengaku menerima rasuah melancong ke Mekah saban tahun dengan pakej VVIP, timbul pula kisah kroni Ustaz Nik Aziz mengumpul keuntungan yang sanngat besar secara mudah dari projek matawang dinar emas yang dikatakan kaedah Islam.

Setelah gagal memakmurkan rakyat Kelantan selama 20 tahun, Pas sedar akan kelemahan dan ketidakupayaannya. Maka kepada Allah mereka berserah dan dengan itu rakyat Kelantan dan Rakyat Malaysia diminta memberi sedekah berupa wang sebanyak RM400,000.00 yang dinamakan "Sekretariat Tabung Misi Munajat Royalti Minyak Kelantan"

Tujuan kerajaan Pas adalah untuk meletakkan nasib rakyat Kelantan di tangan 40 orang ustaz untuk sembahyang dan berdoa di Masjidil Haram. Ustaz-ustaz ini akan berdoa, bermunajat dan rakyat Kelantan akan menunggu sambil meletakkan harapan yang tinggi mudah-mudahan beroleh kesejahteraan dan kemakmuran. 

Malangnya sehingga kini hanya sekadar RM20,000.00 sahaja yang menjadi rezeki Pas atas memohon sedekah dari hamba rakyat itu. Jelasnya Pas tak ada wang. Usahkan untuk memakmurkan rakyat jelata, nak menghiburkan 40 orang ustaz melancong ke Mekahpun tidak berupaya.

Jadi tidak hairanlah mengapa Petronas menjadi sasaran dan mangsa PAS berikutnya. Telah sekian lama Pas mengaut sedekah dari rakyat Kelantan melalui ceramah-ceramah dan majlis-majlis yang mereka anjurkan atas nama Islam. Tetapi Pas gagal memerintah dan menjadikan Kelantan negeri berkebajikan seperti yang mereka laung-laungkan.

Dalam masa yang sama, atas kehendak Allah dan doa ikhlas yang dibacakan setiap kali selepas solat Jumat di seluruh negara, Rakyat terus menikmati pelbagai bentuk bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat dan sebahagiannya adalah dari wang Petronas. Rakyat menerimanya secara langsung nikmat hasil usaha dari kecekapan Kerajaan Pusat mempelbagaikan sumber ekonomi negara.

Maka dengan itu, Pas pula berusaha supaya wang Petronas ini diberikan kepada parti mereka sedangkan rakyat tahu wang itu tidak perlu diberikan kepada parti Pas.

Wang Petronas adalah untuk Rakyat
bukan untuk Parti Pas.

Kerana berasa sugul dan gementar dengan kegagalan demi kegagalan di Kelantan, Pas mencuba sekali lagi menipu dan memainkan emosi rakyat, tetapi kali ini sudah melarat pula hingga menggunakan Mekah, tempat suci orang Islam.

Kita berdoalah beramai-ramai selepas solat di rumah masing-masing supaya Pas beroleh ilham yang lebih baik.

Rakyat Kelantan sedang menanti-nanti tarikh mengundi di Galas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...