DS Dr Zambry mengukuhkan UMNO-BN...Nizar Jamaludin meruntuhkan Pas di Perak
Gelagat Bodoh Nizar Jamaludin Menyebabkan Seluruh Ahli Pas Perak Rasa Dikhianati dan Hilang Keyakinan
Secara kebetulan Pas menang hanya 6 kerusi dalam PRU 2008 di Perak.
Secara Kebetulan DAP, PKR dan Pas berpakat menubuhkan kerajaan
Secara kebetulan DAP tak layak ditabal sebagai Menteri Besar
Secara kebetulan PKR tiada calon yang layak ke jawatan itu
Secara kebetulan Niazar yang bertaukehkan Nuar Berahim di angkat memegang Jawatan MB.
Maka apa yang Pas tidak pernah rancang telah berlaku secara kebetulan. Itulahlah kehendak Allah yang maha berkuasa.
Secara kebetulan juga Tuanku Sultan memperkenankan Nizar untuk mengepalai pentadbiran walaupun dia hanya wakili 6 kerusi sahaja berhadapan dengan DAP yang menguasai 18 kerusi dan PKR 7 kerusi..
Nizar benar-benar lupa bahawa kuasa yang sebenar terletak di tangan DAP. Suara Melayu-Islam hanya 11 sahaja dalam kabinet negeri Gerombolan Pakatan berbanding suara bukan Melayu-Islam 20 orang. Dengan 6 suara Nizar hanya layak menjadi budak suruhan.
Kerana terlupa hakikat inilah, Nizar menjadi lupa diri. Bersorak bersama penyokong Pas melompat-lompat kegembiraan dan berasa mereka menang di Perak kerana calon Pas menjadi Menteri Besar. Sehingga lupa suara mereka hanya 6 kerusi sahaja. Perak sebenarnya dikuasai DAP dan semua dasar yang dijalankan adalah mengikut kehendak DAP. Nizar dijadikan patung boneka kerana Nizar berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Nizar telah sesat dalam keghairahan mendadak yang tidak disangka-sangkanya. Tidak pernah termimpi dia akan menjadi Menteri Besar Perak. Tidak pernah dijangka hanya dengan berbekalkan 6 kerusi, dia dipilih menjadi MB dalam Dewan Undangan Negeri yang memiliki 59 kerusi.
Alhamdulillah, belum sempat Nizar tersesat jauh, Allah menjatuhkan hukumnya dan Nizar tidak layak lagi berada di kerusi Menteri Besar.
Dari saat inilah, Nizar banyak melakukan perkara-perkara yang tidak dianjurkan oleh Islam.
Bermula dengan menderhaka kepada Sultan, mengarahkan pengikut Pas berdemonstrasi termasuk berbaring di atas jalanraya, menawan dan menduduki kediaman rasmi Menteri Besar secara haram, menggunakan kereta kerajaan walaupun sudah hilang kelayakan dan terus berperasaan dirinya masih Menteri Besar yang sah walaupun keputusan mahkamah telah diketahui. Nizar mengamuk dan menjelajah seluruh negeri memaklumkan bahawa dirinya masih Menteri Besar sehinggalah sekarang ini. Nizar mengenepikan Institusi Raja dan Sultan Perak dan mengenepikan keputusan mahkamah.
Semakin lama ahli dan penyokong Pas tidak dapat menerima tingkahlaku Nizar yang memberi gambaran bahawa parti Pas adalah parti murahan dan rendah tahap pemikirannya. Ahli dan penyokong Pas tahu, sepatutnya DAPlah yang perlu membuat demonstrasi kerana mereka sebenarnya kehilangan kuasa politik di Perak. Tetapi kebijaksanaan DAP menyerlah apabila berjaya menggerakkan ahli-ahli Pas berdemonstrasi manakala ahli dan pemimpin DAP menonton perlakuan bodoh itu dari kaca tv di rumah sambil bergembira dengan anak isteri masing-masing.
Ahli dan pemimpin DAP menonton kebodohan ini di kaca tv rumah masing-masing
Ahli dan penyokong Pas sudah terasa diperbodohkan. Yang kena tangkap dan diburu polis adalah penyokong Pas. Yang berhujan berpanas menjerit pekik melolong berdemonstrasi adalah penyokong Pas. Yang meninggalkan kerja mencari rezeki untuk menanggung anak isteri adalah penyokong Pas. Yang masih miskin dan mengharapkan bantuan dari kerajaan UMNO-BN juga adalah ahli dan penyokong Pas.
Tetapi yang kaya raya adalah kaum China. Yang memiliki kedai besar adalah kaum China. Yang ramai jadi jutawan dalam negara ini adalah kaum China. Yang hidup senang lenang dalam bandar besar adalah kaum China. Yang mendokong cita-cita perjuangan perkauman sempit DAP juga adalah kaum China.
Hari ini, rata-rata penyokong Pas telah hilang keyakinan kepada perjuangan Pas. Mereka tidak dapat menerima hakikat perjuangan Islam dilacurkan kerana mengikut telunjuk dan kehendak DAP.
Anak-anak ,muda sudah tidak lagi memberi perhatian kepada Pas malah tidak berani menghampiri Parti itu yang dikenali sebagai Parti maki hamun, janji kosong dan memperalatkan agama Islam. Paling menyayat hati mereka apabila Kini parti itu tidak mengiktiraf "bangsa Melayu" sebagai sebahagian daripada agenda perjuangannya walaupun Pas adalah Parti Bangsa Melayu.
Pas di Perak semakin jauh dari hati para pengikutnya. Mereka telah sedar bahawa perjuangan Pas telah menyimpang jauh dari asas penubuhannya iaitu kerana bangsa dan agama.Mereka telah sedar dan insaf bahawa "Melayu" itu adalah bangsa ciptaan Allah dan "Islam" itu adalah agama atau sistem kepercayaan yang diturunkan Allah untuk manusia. Mereka telah sedar bahawa Islam di Malaysia adalah diterima dan dibawa oleh bangsa Melayu. Tidak mungkin DAP melakukan tanggungjawab ini. Mereka telah insaf bahawa bangsa Melayu perlu kuat dan berkuasa untuk terus berjaya memelihara dan mengenmbangkan syiar Islam.
Hari ini, gelagat Nizar Jamaludin semakin menampakkan kebodohannya sehingga MB Perak DS Dr. Zambry Kadir menyifatkannya sebagai "...diserang penyakit kronik, tokoh manipulator dan sikap suka melakukan pembohongan" (Berita Harian 20 Dec 2010).
Ramai ahli-ahli dan penyokong Pas berpendapat, semua gelagat dan tingkahlaku Nizar Jamaludin hanya mengukuhkan DAP di Perak tetapi menjauhkan Pas dari masyarakat.