Followers

Thursday, September 23, 2010

Pentadbiran Najib Kelihatan Semakin Bertanggungjawab


Pentadbiran Najib dilihat lebih bertanggungjawab dan tegas dalam mempertahankan Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang.

Kes Sosilawati: Waran tangkap ketua Pemuda PKR, MP Kapar diberi amaran

September 22, 2010SHAH ALAM, 22 Sept – Polis memberi amaran kepada Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin bahawa waran tangkap akan dikeluarkan terhadapnya jika terus mengelakkan diri daripada memberi keterangan berhubung dakwaannya yang mengaitkan polis dengan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya....
Sumber: themalaysianinsider.com

Kerakusan Ketua AMK Keadilan sesuka hati melanggar undang-undang negara kita semakin lama semakin menjadi-jadi. Seolah-olah perjuangan parti Keadilan tidak akan dapat diteruskan tanpa melanggar undang-undang dan menaburkan fitnah.

Walaupun seluruh rakyat sedar bahawa pendekatan ganas dan liar yang menjadi pegangan hidup Anwar Ibrahim selama ini, tetapi apa yang dilakukan oleh Shamsul sudah melanmpaui batas. Ketaatannya terhadap arahan Anwar Ibrahim supaya mencetuskan kekecohan dan mereka-reka fitnah yang provokatif amat luar biasa.

Membiarkan Shamsul bermaharajalela melaksanakan cita-cita Anwar Ibrahim secara ganas dan liar bermakna kerajaan sengaja membiarkan Perlembagaan dan Undang-Undang Negara diceroboh dan dipermain-mainkan oleh rakyatnya sendiri.

Seluruh Rakyat telah bosan dengan cara berpolitik yang diamalkan oleh parti-parti pembangkang yang meletakkan negara ini seperti tidak mempunyai kedaulatan undang-undang. Walaupun cuba menggambarkan kerajaan mengamalkan dasar kebebasan dan hak demokrasi rakyat, tetapi membiarkan Perlembagaan dan Undang-undang negara terus menerus dicabuli bukanlah cara yang betul.

Perbuatan songsang Anwar Ibrahim melalui tindakan-tindakan Shamsul ini akan merosakkan pemikiran dan persepsi generasi muda kita terhadap erti kebebasan di negara ini. Bukan sahaja tidak patriotik tetapi juga tidak bertamadun.

Nampaknya pentadbiran DS Najib telah memberi perhatian dan diharap PDRM dan agensi kerajaan yang berkaitan mampu menghadapi isu menghina Perlembagaan dan Undang-undang ini dengan tegas, bijaksana dan berkesan.

Rakyat tidak mahu negara ini hancur hanya disebabkan kerajaan tidak mampu memelihara Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang, sedangkan  pemerintah telah mendapat mandat rakyat.

Kita pasti seluruh rakyat akan bersama DS Najib dalam usaha mempertahankan Perlembagaan Negara dari serangan Anwar Ibrahim dan Parti Pembangkang yang lain. Sejarah telah membuktikan bahawa Perlembagaan yang ada sekarang ini mampu menjaga kesejahteraan rakyat dan membawa negara lebih maju.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...