Followers

Friday, March 11, 2011

Pas Perak: Penjelmaan Pemikiran Taksub Dan Penyelewengan Ajaran Islam Dalam Berpolitik Masih Berleluasa

Ustaz Politik Misbahul Munir, 
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Perak, 
YDP Kawasan Bagan Datoh, 
Bekas Setiausaha Politik YAB Bekas MB Perak ke 10

Misbahul Munir adalah seorang ustaz. Malangnya beliau memilih untuk berpolitik bersama Parti Melayu Pas, maka jadilah beliau Ustaz Politik Pas.

Sebagai Ustaz Politik Parti Melayu Pas, Misbahul tidak terikat lagi dengan roh ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah.  Beliau mendapat lesen besar dan bebas mentafsir apa sahaja, asalkan menuju kepada matlamat parti Pas. Dibolehkan menghurai dan menterjemah sesuatu perkara dengan mendahulukan hasrat politik Pas.

Akibatnya, Ustaz Politik yang berjawatan tinggi dalam parti ini seringkali didapati membelakangkan ajaran dari roh Islam yang sebenar apabila menghuraikan sesuatu isu dalam masyarakat. Contohnya:

Sumber petikan dari blog misbahulmunir

...Apabila Tok Guru berdoa kepada Allah swt supaya Najib dan Zahid diturunkan bala oleh Allah swt. UMNO menggigil ketakutan. Para pimpinan bergilir ganti mengecam doa Tok Guru, para ulama kerajaan turut mengecam Tok Guru.

Memang wajar UMNO takut dengan doa Tok Guru, kerana mereka tahu doa Tok Guru akan dimakbulkan oleh Allah swt. Kalau tidak masakan mereka takut dengan doa Tok Guru.

Tok Guru dan seluruh rakyat Kelantan adalah mangsa yang dizalimi oleh UMNO BN sejak 1990 lagi. Doa orang yang dizalimi tidak ada hijab (dinding) sebagaimana maksud Hadis Rasulullah saw.

Tok Guru pula seorang ulama terbilang, bukan sahaja berilmu dan warak malahan sederhana dalam kehidupannya walaupun menjadi seorang Menteri Besar. Apabila Tok Guru berdoa seluruh rakyat Kelantan mengaminkannya, orang semua tahu doa Tok Guru mustajab.

Demikianlah keadaan kualiti minda dan pemikiran yang dimiliki oleh semua pemimpin Parti Melayu Pas Perak. Wacana minda yang terpaksa diterima oleh ahli-ahli dan pengikut parti itu walaupun kualitinya sangat rendah sehingga melewati batas-batas kewajaran pemikiran agama yang sebenar.

Kenyataan Ustaz Misbahul dalam petikan di atas menunjukkan Ustaz Politik ini tidak memahami mengapa Nik Aziz (seorang lagi ustaz politik dalam Pas) ditegur oleh banyak pihak berkaitan doa pecah perut yang ditujukan kepada musuh politiknya sedikit masa dahulu. Isu yang dibangkitkan bulan mengenai "takut" atau "tidak takut" atau "maqbul" atau tidak "maqbul" doa ustaz Nik Aziz. Isunya ialah perbuatan berdoa sedemikian itu tidak wajar dilakukan oleh sesiapanpun dari kalangan umat Islam.


Misbahul sebagai Ustaz Politik tidak segan silu mengumumkan bahawa Nik Aziz adalah "warak", maka doanya "maqbul" dan "mustajab". Justifikasi Misbahul kepada pengumuman ini adalah disebabkan UMNO-BN menzalimi rakyat Kelantan semanjak tahun 1990 lagi! Mudah, sangat mudah ustaz politik Pas membuat kesimpulan. 

Perasaan ego dan bongkak menguasai kepercayaan sehingga ke tahap mendewakan manusia biasa ke tahap yang tidak sepatutnya dan tidak berasal dari ajaran Islam:

Apabila Tok Guru berdoa kepada Allah swt supaya Najib dan Zahid diturunkan bala oleh Allah swt. UMNO menggigil ketakutan. Para pimpinan bergilir ganti mengecam doa Tok Guru, para ulama kerajaan turut mengecam Tok Guru.

Memang wajar UMNO takut dengan doa Tok Guru, kerana mereka tahu doa Tok Guru akan dimakbulkan oleh Allah swt. Kalau tidak masakan mereka takut dengan doa Tok Guru.


Tok Guru pula seorang ulama terbilang, bukan sahaja berilmu dan warak malahan sederhana dalam kehidupannya walaupun menjadi seorang Menteri Besar. Apabila Tok Guru berdoa seluruh rakyat Kelantan mengaminkannya, orang semua tahu doa Tok Guru mustajab.



Pendewaan yang keterlaluan terhadap manusia biasa, sangatlah berbahaya kerana boleh membawa kepada ketaksuban yang melampau. Hal ini pernah terjadi apabila ahli-ahli Pas yang tidak berdosa telah terkorban kerana dihasut oleh Ustaz Politik Ibrahim Libya yang disangka sebagai pejuang Islam sejati.

Nik Aziz diangkat dan didewakan melampaui batas-batas yang diajarkan oleh Islam. Seolah-olah maqamnya sudah terlalu tinggi mengatasi mana-mana guru agama di negara ini.

Seluruh rakyat bukan sahaja di Kelantan apabila berkunjung atau menziarahi Tok Guru, mereka juga ada hajat lain iaitu memohon doa penerang hati untuk anak dan cucu mereka, ramai yang sanggup membawa bayi kecil dari jauh semata-mata mahu Tok Guru mentahnik, mencukur dan mendoakan bayi mereka supaya menjadi anak yang soleh.

Kemana sahaja Tok Guru berada, orang ramai akan mengambil kesempatan supaya Tok Guru mendoakan mereka, mereka membawa sebotol air mineral untuk Tok Guru mendoakan penerang hati atau berbagai hajat lagi. Sering berlaku di Airpot, sementara Tok Guru menunggu penerbangan, para kakitangan airport dan orang ramai mengambil kesempatan memohon Tok Guru membaca doa penerang hati dalam air botol mineral untuk diberi minum kepada anak-anak mereka.

Pemikiran yang sudah tersimpang dan terikat dengan matlamat parti ini menyebabkan semua tafsiran dan huraian akan dibuat beradasarkan politik. Menjadikan ustaz-ustaz politik Pas menganggap Islam itu adalah parti dan Pas itu adalah Islam.

Pimpinan UMNO juga ada yang ulama atau berlatar belakangkan pendidikan agama seperti Jamil Khir, Dr. Mashitah Ibrahim, Firdaus Al Hafiz (bekas imam Besar), malahan suatu ketika dulu UMNO ada Wan Mokhtar, Hamid Zainal Abidin, Dr. Yusuf Noor, Ust Nakhaei, Hamid Osman, Abdullah Mat Zain dan lain-lain lagi. Adakah rakyat berpusu-pusu membawa air mineral minta doa penerang hati dan membawa bayi untuk ditahnik dan dicukur oleh mereka ?

Begitulah yakinnya rakyat kepada doa Tok Guru. Itu sebabnya pimpinan UMNO begitu takut dengan doa Tok Guru. Sesiapa yang pernah mengikuti dan mengaminkan doa Tok Guru pasti akan tersentuh hati dan menitis air mata. Tok Guru berdoa dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu, rakyat memahami apa yang dipohon oleh Tok Guru, Tok Guru berdoa dengan sepenuh hati, bersungguh-sungguh, mendayu-dayu, merintih, menangis tersedu-sedu sehingga menyentuh semua hati semua yang mengaminkan doa Tok Guru.




Akibat dari penjelmaan pemikiran taksub dan menyeleweng dari ajaran Islam, mendorong ustaz politik Pas mentafsir atau mengupas  sesuatu fenomena secara salah dan berbahaya. Mereka menjadikan sesuatu yang negatif pada pandangan agama sebagai sesuatu yang benar dan patut dipertahankan kerana kononya sebahagian daripada ajaran Islam.

Saya teringat dalam peristiwa Memali lebih 20 tahun dulu, Tok Guru berdoa dalam satu perhimpunan besar dengan memohon supaya yang bertanggungjawab dalam peristiwa Memali sehingga mengorbankan As Syahid Ibrahim Libya dan murid-muridnya dibalas oleh Allah swt, dipecah belah mereka dan sebagainya.

Doanya diaminkan oleh puluhan ribu ahli dan penyokong PAS. Beberapa tahun kemudian, berlaku perpecahan yang dahsyat dalam UMNO. Musa Hitam yang menjadi Menteri Dalam Negeri dan Timbalan Presiden UMNO ketika itu berbalah dengan Dr. Mahathir sehingga beliau meletakkan semua jawatan dalam parti dan kerajaan, UMNO berpecah belah sehingga wujud dua team. Team A dab team B, Dr. Mahathir hampir kecundang di tangan Tengku Razaleigh Hamzah dalam perebutan jawatan Presiden UMNO. UMNO semakin parah sehinggalah UMNO diharamkan oleh Mahkamah. Kemuncak krisis UMNO akhirnya lahirlah parti Melayu Semangat 46. Dan selepas itu setiap 10 tahun kemudian UMNO sentiasa berpecah belah.

Ustaz-ustaz politik Parti Melayu Pas adalah penyeleweng tegar dalam masyarakat Malaysia hari ini. Mereka sangat istiqamah memperalatkan agama Islam dengan apa cara sekalipun dengan membuat huraian yang salah. Tujuan mereka adalah untuk mengekalkan sokongan dengan menanam kepercayaan palsu di kalangan umat Islam.

Pas Perak perlu membersihkan namanya kerana penjelmaan pemikiran taksub dan penyelewengan ajaran Islam dalam berpolitik masih berleluasa dan boleh menggugat keselamatan negara. 

Parti Melayu Pas perlu membebaskan dirinya dari hasutan nafsu yang sangat tinggi untuk melakukan sesuatu yang anti nasional dan membelakangkan roh ajaran islam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...