Followers

Tuesday, December 28, 2010

Pas Mula Paksa Ahli: Cubaan menyekat kemerosotan penyokong

 PAS telah mula mengambil tindakan yang drastik dan tidak masuk akal dalam amalan berpolitiknya.

Tindakan dan keputusan yang semakin ganas ini  diambil setelah mendapati janji-janji rasuah 100 hari telah gagal menarik minat orang ramai. Keadaan ini ditambah lagi dengan penolakan rakyat terhadap isu kenaikan harga 5 sen yang cuba dimanipulasi sebelum ini.

Kegagalan Pakatan Pembangkang mentadbir negeri-negeri yang mereka kuasai juga menambah ketidakyakinan orang ramai terhadap kemampuan pakatan itu. Selain tidak mampu membela rakyat, didapati telah berlaku kelembapan pembangunan dan diuburukkan lagi oleh kenaikan tarif air yang mendadak di Kedah dan pulau Pinang serta tawaran air berkarat di Kelantan.
 
Kegelisahan Pas Negeri Perak seolah-olah tidak dapat dibendung. Penurunan sokongan yang mendadak  kemerosotan penambahan ahli baru menjadikan parti itu semakin longlai. Pemimpinnya mula menacari jalan pintas untuk  menyekat kemerosotan ini dari menjadi lebih teruk.

Paling akhir, Pesuruhjaya Pas Perak sendiri telah  memaksa ahli-ahli Pas supaya melibatkan anak-anak mereka dalam aktiviti dan program yang dianjurkan oleh Pas. Tujuannya untuk menunjukkan bahawa parti itu masih mendapat sokongan pelbagai peringkat.
Sumber: Pasperak.blogspot
 
IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menegaskan agar seluruh ahli PAS memastikan kesinambungan perjuangan dapat dipelihara dengan baik dengan memastikan anak-anak dan anggota keluarga mereka menjadi ahli PAS....

Memetik kata-kata beliau “Kita sebagai ahli PAS  tak mahu lihat ada ahli kita yang semangat berkobar-kobar menentang Umno tetapi tidak pula mahu mengikat anak-anak dalam jamaah yang akhirnya mereka menentang Islam yang kita perjuangkan”....

Kerosakan pemikiran dan mentaliti anak-anak kita akan berlaku jika saranan Pesuruhjaya Pas ini diamalkan oleh ahli-ahli Pas. Bukan sahaja bertentangan dengan Dasar dan Falsafah Pendidikan Negara, saranan itu juga dilihat sebagai satu usaha mengundur ke belakang dan tidak dapat diterima dalam kehidupan semasa.
Kanak-kanak sepatutnya dilindungi dan dibesarkan dengan pendidikan yang betul. Bairlah zaman kanak-kanak mereka bersih dari pencemaran politik kotor seperti yang dibawa oleh Pas. Biarlah kanak-kanak membesar dengan persekitaran yang kondusif dan membantu mereka berkembang dari aspek fizikal, mental dan emosi. Aspek-aspek inilah nanti yang akan membentuk kualiti aqidah mereka.

Pas amat takut kehilangan penyokong tetapi tidak takut memperalatkan agama. Ahli-ahli Pas lebih percaya lidah ustaz-ustaz politik mereka dari mempercayai ajaran Islam yang sebenar.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...