Followers

Tuesday, March 8, 2011

Motivasi Dari Mesir Dan Tunisia: Pembangkang Mahu Pemberontakan Merebak Ke Malaysia


Menjadikan peristiwa yang berlaku di negara Arab dan Afrika Utara, Gerombolan Pakatan Pembangkang telah berpakat sehati sejiwa supaya berlaku juga di Malaysia.

Mereka tidak lagi melihat perbezaan iklim politik yang jauh berbeza antara yang diamalkan di negara ini dengan apa sebenar yang berlaku di luar negara tersebut.

Gerombolan Pakatan Pembangkang berniat jahat dan anti nasional apabila mendewa-dewakan tindakan pemberontakan oleh rakyat di negara-negara tersebut. Dengan mudah dan secara umum mereka mengelirukan rakyat dengan  cuba menyamakan kelemahan pemerintahan di luar negara itu dan mengajak rakyat melakukan yang sama di negara ini.

Hakikat sebenar mengapa rakyat memberontak dan mengapa ketua dan kerajaan mereka perlu ditukar adalah sangat berbeza.

YB Dato' Seri Muhamed Nazri Aziz, Menteri Di Jabatan PM dan Ahli Parlimen Padang Rengas yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, antara lain menjelas perkara tersebut:

  1. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi tulin yang berasaskan Demokrasi Berparlimen.
  2. Negara ditadbir berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rakyat mempunyai suara sepenuhnya menentukan kerajaan melalui pilihanraya yang diiktiraf antara yang terbaik didunia.
  3. Malaysia mempunyai sistem Raja Berperlembagaan yang memberikan rakyat kuasa menentukan dasar-dasar negara.
  4. Pendapatan kerajaan diuruskan dengan baik untuk kepentingan rakyat. Pembangunan dalam pelbagai bidang kehidupan disediakan dengan secukupnya dan ditambah dari semasa ke semasa.
  5. Kerajaan yang memerintah tidak mengamalkan kaedah pemindahan kuasa kepada keturunan samada anak atau keluarga sebagaimana yang diamalkan di negara yang bergolak.
  6. Pemimpin-pemimpin kerajaan dilarang berniaga dan kegiatannya dipantau oleh Suruhanjaya Bebas (SPRM) untuk mengelakkan sebartang bentuk penyelewengan dan rasuah. Tidak seperti pemimpin di negara luar yang bebas mengumpul harta dari khazanah negara untuk kepentingan peribadi.
YB DS Nazri juga mengingatkan pemimpin-pemimpin UMNO yang hadiri dalam Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat  Agung Cawangan dalam bahagian Padang Rengas, supaya berhati-hati kerana pihak pembangkang sangat berminat untuk mengajak rakyat memberontak seperti yang berlaku di negara luar itu.

Menurut beliau, tidak mungkin perkara tersebut berlaku di negara ini kerana senario dan latarbelakangnya tidak sama. Di sini rakyat mempunyai saluran untuk menyatakan pandangan dan telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Rakyat di negara ini juga mempunyai pekuang dan hak untuk turut sama dalam sistem pemerintahan dan memberi sumbangan melalui entiti yang ditubuhkan di peringkat akar umbi seperti Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Jawatankuasa Mesjid/Surau, dan banyak lagi organisasi yang memberi peluang kepada rakyat untuk bersuara dan menyatakan keperluan mereka pada setiap masa.

Gambar-gambar sekitar Majlis Perasmian:

En. Kamaruzaman Hj. Abdul Raman, Timbalan Ketua UMNO Bahagian
menyampaikan ucapan pembukaan

Tuan Haji Sedi memulakan dengan mengetuai bacaan doa














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...