Followers

Sunday, March 20, 2011

Konspirasi Anak-Anak Muda: Berdemontrasi Menegakkan Keadilan


Demonstrasi di Bandar DiRaja Kuala Kangsar 20 Mac 2011, Ahad 9.00 pagi.

Sekumpulan anak-anak muda berkumpul dan berdemonstrasi secara aman di hadapan bangunan Mahkamah Kuala Kangsar. 

Selepas itu mereka membuat laporan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar meminta Nuar Berahim menyerahkan sample DNA untuk membantu proses menegakkan keadilan dalam perbicaraan berkaitan kes liwatnya di Mahkamah.  

Demonstrasi ini adalah sebahagian dari konspirasi Rakyat Malaysia untuk membantu menegakkan keadilan dalam sistem perundangan dan proses percicaraan di Mahkamah di negara ini.


Kumpulan anak-anak muda ini yang juga disokong oleh kaum ibu, pemuda dan Wanita UMNO, perkumpulan wanita, anggota pertubuhan NGO, ahli-ahli PERKASA serta orang perseorangan yang telah meninggalkan parti Pas dan PKR. 

Mereka  telah berkumpul sejak awal pagi untuk  menyatakan pendirian bahawa Nuar Berahim perlu bertanggungjawab membantu mahkamah untuk menegakkan keadilan. Perbicaraan kes liwat kedua Nuar Berahim sedang berlangsung tetapi mahkamah telah mengenepikan bukti yang dikemukankan oleh pihak pendakwa berkaitan DNA yang dikatakan telah diambil secara tidak adil.

Mereka berpendapat sudah tiba masanya Nuar Berahim menyerahkan sendiri DNA untuk membuktikan beliau dan peguambelanya mementingkan keadilan dalam sistem kehakiman kita.

Sebelum ini banyak kumpulan-kumpulan dari berbagai lapisan masyarakat di seluruh negara telah mengadakan demonstrasi mendesak Nuar Berahim menyerahkan DNA untuk tujuan yang sama.


Wanita UMNO Gopeng mendahului demonstrasi mendesak Nuar Berahim
serahkan DNA untuk bantu menegakkan keadilan di Mahkamah





Sunday, March 13, 2011

Konspirasi: Kepala "Bapak Konspirator" Meletup Di Batu Gajah Di Tangan Penghayun Buaian


Bapak segala konspirator kini bertemu buku dengan ruas. Hari ini kepalanya meletup dilanyak oleh kaum yang menghayun buaian.

Bertempat tidak jauh dari Kellies Castle yang penuh misteri itu, Nuar Berahim yang terkenal sebagai bapak konspirator di negara ini, telah dihimpit oleh lebih dari 1000 Wanita Perak.



Dijuarai oleh Wanita Besi Suara Berapi, YB Dato' Hamidah Osman, dan diringi YBhg Datuk Rosni Setiausaha Wanita UMNO Malaysia, mereka dengan lantang mendesak Nuar Berahim menyerahkan DNA untuk melengkapkan proses mahkamah bagi melaksanakan keadilan.




Demonstrasi secara aman ini dilakukan selepas semua hadirin mendengar ceramah penjelasan dan pendedahan dari Saudara Rahimi Osman mengenai perangai buruk Nuar Berahim dan Parti Keadilan Rakyat yang hanya merosakkan agama, bangsa dan negara.

Rahimi Osman...anak muda pejuang bangsa yang berani

Mej. (B) Roslan Zakaria...
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gopeng
pemimpin yang sentiasa bersama wanita meneruskan perjuangan

...mendapat sokongan padu dari seluruh pejuang lama dan baru

Baca juga yang berkaitan: 

Friday, March 11, 2011

Pas Perak: Penjelmaan Pemikiran Taksub Dan Penyelewengan Ajaran Islam Dalam Berpolitik Masih Berleluasa

Ustaz Politik Misbahul Munir, 
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Perak, 
YDP Kawasan Bagan Datoh, 
Bekas Setiausaha Politik YAB Bekas MB Perak ke 10

Misbahul Munir adalah seorang ustaz. Malangnya beliau memilih untuk berpolitik bersama Parti Melayu Pas, maka jadilah beliau Ustaz Politik Pas.

Sebagai Ustaz Politik Parti Melayu Pas, Misbahul tidak terikat lagi dengan roh ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah.  Beliau mendapat lesen besar dan bebas mentafsir apa sahaja, asalkan menuju kepada matlamat parti Pas. Dibolehkan menghurai dan menterjemah sesuatu perkara dengan mendahulukan hasrat politik Pas.

Akibatnya, Ustaz Politik yang berjawatan tinggi dalam parti ini seringkali didapati membelakangkan ajaran dari roh Islam yang sebenar apabila menghuraikan sesuatu isu dalam masyarakat. Contohnya:

Sumber petikan dari blog misbahulmunir

...Apabila Tok Guru berdoa kepada Allah swt supaya Najib dan Zahid diturunkan bala oleh Allah swt. UMNO menggigil ketakutan. Para pimpinan bergilir ganti mengecam doa Tok Guru, para ulama kerajaan turut mengecam Tok Guru.

Memang wajar UMNO takut dengan doa Tok Guru, kerana mereka tahu doa Tok Guru akan dimakbulkan oleh Allah swt. Kalau tidak masakan mereka takut dengan doa Tok Guru.

Tok Guru dan seluruh rakyat Kelantan adalah mangsa yang dizalimi oleh UMNO BN sejak 1990 lagi. Doa orang yang dizalimi tidak ada hijab (dinding) sebagaimana maksud Hadis Rasulullah saw.

Tok Guru pula seorang ulama terbilang, bukan sahaja berilmu dan warak malahan sederhana dalam kehidupannya walaupun menjadi seorang Menteri Besar. Apabila Tok Guru berdoa seluruh rakyat Kelantan mengaminkannya, orang semua tahu doa Tok Guru mustajab.

Demikianlah keadaan kualiti minda dan pemikiran yang dimiliki oleh semua pemimpin Parti Melayu Pas Perak. Wacana minda yang terpaksa diterima oleh ahli-ahli dan pengikut parti itu walaupun kualitinya sangat rendah sehingga melewati batas-batas kewajaran pemikiran agama yang sebenar.

Kenyataan Ustaz Misbahul dalam petikan di atas menunjukkan Ustaz Politik ini tidak memahami mengapa Nik Aziz (seorang lagi ustaz politik dalam Pas) ditegur oleh banyak pihak berkaitan doa pecah perut yang ditujukan kepada musuh politiknya sedikit masa dahulu. Isu yang dibangkitkan bulan mengenai "takut" atau "tidak takut" atau "maqbul" atau tidak "maqbul" doa ustaz Nik Aziz. Isunya ialah perbuatan berdoa sedemikian itu tidak wajar dilakukan oleh sesiapanpun dari kalangan umat Islam.


Misbahul sebagai Ustaz Politik tidak segan silu mengumumkan bahawa Nik Aziz adalah "warak", maka doanya "maqbul" dan "mustajab". Justifikasi Misbahul kepada pengumuman ini adalah disebabkan UMNO-BN menzalimi rakyat Kelantan semanjak tahun 1990 lagi! Mudah, sangat mudah ustaz politik Pas membuat kesimpulan. 

Perasaan ego dan bongkak menguasai kepercayaan sehingga ke tahap mendewakan manusia biasa ke tahap yang tidak sepatutnya dan tidak berasal dari ajaran Islam:

Apabila Tok Guru berdoa kepada Allah swt supaya Najib dan Zahid diturunkan bala oleh Allah swt. UMNO menggigil ketakutan. Para pimpinan bergilir ganti mengecam doa Tok Guru, para ulama kerajaan turut mengecam Tok Guru.

Memang wajar UMNO takut dengan doa Tok Guru, kerana mereka tahu doa Tok Guru akan dimakbulkan oleh Allah swt. Kalau tidak masakan mereka takut dengan doa Tok Guru.


Tok Guru pula seorang ulama terbilang, bukan sahaja berilmu dan warak malahan sederhana dalam kehidupannya walaupun menjadi seorang Menteri Besar. Apabila Tok Guru berdoa seluruh rakyat Kelantan mengaminkannya, orang semua tahu doa Tok Guru mustajab.



Pendewaan yang keterlaluan terhadap manusia biasa, sangatlah berbahaya kerana boleh membawa kepada ketaksuban yang melampau. Hal ini pernah terjadi apabila ahli-ahli Pas yang tidak berdosa telah terkorban kerana dihasut oleh Ustaz Politik Ibrahim Libya yang disangka sebagai pejuang Islam sejati.

Nik Aziz diangkat dan didewakan melampaui batas-batas yang diajarkan oleh Islam. Seolah-olah maqamnya sudah terlalu tinggi mengatasi mana-mana guru agama di negara ini.

Seluruh rakyat bukan sahaja di Kelantan apabila berkunjung atau menziarahi Tok Guru, mereka juga ada hajat lain iaitu memohon doa penerang hati untuk anak dan cucu mereka, ramai yang sanggup membawa bayi kecil dari jauh semata-mata mahu Tok Guru mentahnik, mencukur dan mendoakan bayi mereka supaya menjadi anak yang soleh.

Kemana sahaja Tok Guru berada, orang ramai akan mengambil kesempatan supaya Tok Guru mendoakan mereka, mereka membawa sebotol air mineral untuk Tok Guru mendoakan penerang hati atau berbagai hajat lagi. Sering berlaku di Airpot, sementara Tok Guru menunggu penerbangan, para kakitangan airport dan orang ramai mengambil kesempatan memohon Tok Guru membaca doa penerang hati dalam air botol mineral untuk diberi minum kepada anak-anak mereka.

Pemikiran yang sudah tersimpang dan terikat dengan matlamat parti ini menyebabkan semua tafsiran dan huraian akan dibuat beradasarkan politik. Menjadikan ustaz-ustaz politik Pas menganggap Islam itu adalah parti dan Pas itu adalah Islam.

Pimpinan UMNO juga ada yang ulama atau berlatar belakangkan pendidikan agama seperti Jamil Khir, Dr. Mashitah Ibrahim, Firdaus Al Hafiz (bekas imam Besar), malahan suatu ketika dulu UMNO ada Wan Mokhtar, Hamid Zainal Abidin, Dr. Yusuf Noor, Ust Nakhaei, Hamid Osman, Abdullah Mat Zain dan lain-lain lagi. Adakah rakyat berpusu-pusu membawa air mineral minta doa penerang hati dan membawa bayi untuk ditahnik dan dicukur oleh mereka ?

Begitulah yakinnya rakyat kepada doa Tok Guru. Itu sebabnya pimpinan UMNO begitu takut dengan doa Tok Guru. Sesiapa yang pernah mengikuti dan mengaminkan doa Tok Guru pasti akan tersentuh hati dan menitis air mata. Tok Guru berdoa dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu, rakyat memahami apa yang dipohon oleh Tok Guru, Tok Guru berdoa dengan sepenuh hati, bersungguh-sungguh, mendayu-dayu, merintih, menangis tersedu-sedu sehingga menyentuh semua hati semua yang mengaminkan doa Tok Guru.




Akibat dari penjelmaan pemikiran taksub dan menyeleweng dari ajaran Islam, mendorong ustaz politik Pas mentafsir atau mengupas  sesuatu fenomena secara salah dan berbahaya. Mereka menjadikan sesuatu yang negatif pada pandangan agama sebagai sesuatu yang benar dan patut dipertahankan kerana kononya sebahagian daripada ajaran Islam.

Saya teringat dalam peristiwa Memali lebih 20 tahun dulu, Tok Guru berdoa dalam satu perhimpunan besar dengan memohon supaya yang bertanggungjawab dalam peristiwa Memali sehingga mengorbankan As Syahid Ibrahim Libya dan murid-muridnya dibalas oleh Allah swt, dipecah belah mereka dan sebagainya.

Doanya diaminkan oleh puluhan ribu ahli dan penyokong PAS. Beberapa tahun kemudian, berlaku perpecahan yang dahsyat dalam UMNO. Musa Hitam yang menjadi Menteri Dalam Negeri dan Timbalan Presiden UMNO ketika itu berbalah dengan Dr. Mahathir sehingga beliau meletakkan semua jawatan dalam parti dan kerajaan, UMNO berpecah belah sehingga wujud dua team. Team A dab team B, Dr. Mahathir hampir kecundang di tangan Tengku Razaleigh Hamzah dalam perebutan jawatan Presiden UMNO. UMNO semakin parah sehinggalah UMNO diharamkan oleh Mahkamah. Kemuncak krisis UMNO akhirnya lahirlah parti Melayu Semangat 46. Dan selepas itu setiap 10 tahun kemudian UMNO sentiasa berpecah belah.

Ustaz-ustaz politik Parti Melayu Pas adalah penyeleweng tegar dalam masyarakat Malaysia hari ini. Mereka sangat istiqamah memperalatkan agama Islam dengan apa cara sekalipun dengan membuat huraian yang salah. Tujuan mereka adalah untuk mengekalkan sokongan dengan menanam kepercayaan palsu di kalangan umat Islam.

Pas Perak perlu membersihkan namanya kerana penjelmaan pemikiran taksub dan penyelewengan ajaran Islam dalam berpolitik masih berleluasa dan boleh menggugat keselamatan negara. 

Parti Melayu Pas perlu membebaskan dirinya dari hasutan nafsu yang sangat tinggi untuk melakukan sesuatu yang anti nasional dan membelakangkan roh ajaran islam.

Wednesday, March 9, 2011

Rasanya!





Portal Rasmi Pejabat YAB Menteri Besar

Rasanya banyak yang telah dilakukan oleh YAB Menteri besar Perak semenjak mengambilalih kuasa mentadbir negeri Perak Darul Ridzuan.


Rasanya eloklah laman web ini dikemaskini.


Rasanya tidak elok dibiarkan begini sahaja.


Rasanya kalau dibiarkan begini berterusan, akan membina persepsi kurang baik.


Rasanya eloklah diambil tindakan dan rasanya tak payahlah mencari berbagai alasan.


Jangan Lupa Program yang akan dijalankan. 
Datanglah beramai-ramai untuk menyokong usaha yang baik ini.

1. Program : Perak WiFi Launch & Cyber Carnival @ Esplanade Lumut
2. Tarikh : 1, 2 & 3 April 2011 (Friday, Saturday & Sunday)
3. Aktiviti :

1 April 2011:
a. Exhibition booths by strategic partners (TM, SKMM, TOP IT, KPerak, Cybersecurity, etc)
b. Products sales
c. Primary Schools UPSR competition (Manjung District)
d. Awareness Talk
- Cybersecurity
- SKMM
e. Creative Content Talent Search

2 April 2011:
a. Cyber Quest (ICT Amazing race in Pangkor on Motorcycle - 26 Feb 2011 (Saturday))
b. Exhibition booths by strategic partners (TM, SKMM, TOP IT, KPerak, Cybersecurity, etc)
c. . Products sales
c. Primary Schools UPSR competition (Manjung District)
d. Awareness Talk
- Cybersecurity
- SKMM
e. Creative Content Talent Search

3 April 2011:
a. Lauching & Closing Ceremony By YAB MB
b. Prizes Giving for Cyber Quest & School Competition




Contact us
KPerak INC Corporation 
Level 8, 
Perak Techno Trade Centre(PTTC) 
Bandar Meru Raya 
Off Jalan Jelapang 
30020 Ipoh, Perak 
Malaysia
 Tel : 605 526 1881
 Tel : 605 526 0881


Portal Rasmi Pejabat YAB Menteri Besar Perak

Tuesday, March 8, 2011

Motivasi Dari Mesir Dan Tunisia: Pembangkang Mahu Pemberontakan Merebak Ke Malaysia


Menjadikan peristiwa yang berlaku di negara Arab dan Afrika Utara, Gerombolan Pakatan Pembangkang telah berpakat sehati sejiwa supaya berlaku juga di Malaysia.

Mereka tidak lagi melihat perbezaan iklim politik yang jauh berbeza antara yang diamalkan di negara ini dengan apa sebenar yang berlaku di luar negara tersebut.

Gerombolan Pakatan Pembangkang berniat jahat dan anti nasional apabila mendewa-dewakan tindakan pemberontakan oleh rakyat di negara-negara tersebut. Dengan mudah dan secara umum mereka mengelirukan rakyat dengan  cuba menyamakan kelemahan pemerintahan di luar negara itu dan mengajak rakyat melakukan yang sama di negara ini.

Hakikat sebenar mengapa rakyat memberontak dan mengapa ketua dan kerajaan mereka perlu ditukar adalah sangat berbeza.

YB Dato' Seri Muhamed Nazri Aziz, Menteri Di Jabatan PM dan Ahli Parlimen Padang Rengas yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, antara lain menjelas perkara tersebut:

  1. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi tulin yang berasaskan Demokrasi Berparlimen.
  2. Negara ditadbir berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rakyat mempunyai suara sepenuhnya menentukan kerajaan melalui pilihanraya yang diiktiraf antara yang terbaik didunia.
  3. Malaysia mempunyai sistem Raja Berperlembagaan yang memberikan rakyat kuasa menentukan dasar-dasar negara.
  4. Pendapatan kerajaan diuruskan dengan baik untuk kepentingan rakyat. Pembangunan dalam pelbagai bidang kehidupan disediakan dengan secukupnya dan ditambah dari semasa ke semasa.
  5. Kerajaan yang memerintah tidak mengamalkan kaedah pemindahan kuasa kepada keturunan samada anak atau keluarga sebagaimana yang diamalkan di negara yang bergolak.
  6. Pemimpin-pemimpin kerajaan dilarang berniaga dan kegiatannya dipantau oleh Suruhanjaya Bebas (SPRM) untuk mengelakkan sebartang bentuk penyelewengan dan rasuah. Tidak seperti pemimpin di negara luar yang bebas mengumpul harta dari khazanah negara untuk kepentingan peribadi.
YB DS Nazri juga mengingatkan pemimpin-pemimpin UMNO yang hadiri dalam Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat  Agung Cawangan dalam bahagian Padang Rengas, supaya berhati-hati kerana pihak pembangkang sangat berminat untuk mengajak rakyat memberontak seperti yang berlaku di negara luar itu.

Menurut beliau, tidak mungkin perkara tersebut berlaku di negara ini kerana senario dan latarbelakangnya tidak sama. Di sini rakyat mempunyai saluran untuk menyatakan pandangan dan telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Rakyat di negara ini juga mempunyai pekuang dan hak untuk turut sama dalam sistem pemerintahan dan memberi sumbangan melalui entiti yang ditubuhkan di peringkat akar umbi seperti Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Jawatankuasa Mesjid/Surau, dan banyak lagi organisasi yang memberi peluang kepada rakyat untuk bersuara dan menyatakan keperluan mereka pada setiap masa.

Gambar-gambar sekitar Majlis Perasmian:

En. Kamaruzaman Hj. Abdul Raman, Timbalan Ketua UMNO Bahagian
menyampaikan ucapan pembukaan

Tuan Haji Sedi memulakan dengan mengetuai bacaan doa














Monday, March 7, 2011

Naratif Memujuk Diri, Mencumbui Kegagalan, Merindui Kasih Dari DAP

...hahaha..haiyaaa Pas...lu punya nyawa...
ada dalam kita punya tangan ma...
...lu kasi buang itu Iselam sama hudud...
gua kasi lu undi...lu mesti mau ha'..hehehe..

Hakikatnya, berdasarkan keputusan PRK Merlimau dan Kerdau, Pas kalah. 

Hakikatnya juga, bukan senang nak menerima kekalahan. Alasan akan dicari, sebab-sebab dan faktor kekalan akan disesuaikan untuk memujuk jiwa, menenangkan emosi, mengurangkan kesedihan dan memujuk kehampaan.

Berikut ini Lintau perturunkan naratif yang dinukil oleh Budak Balun mengenai keputusan PRK tersebut. Lintau amat yakin Budak ini menulisnya dengan penuh perasaan akibat dari keputusan tersebut.

Ikuti hasil nukilan Budak ini dengan sedikit komen dari Lintau:

Budak Balum pun bersabdalah:

Secara perbadi dan ikhlas..
teman tak rasa kecewa dengan kekalahan ini..
(Eloklah tak kecewa, nanti siapa pulak nak ganti tempat Pas jadi anjing politik perliharaan DAP yang setia. Teman idak ler sanggup)

Kita tau bagaimana padangnya dibuat..
kita tahu bagaimana tiang golnya diubah..
kita tahu bagaimana pemain mereka ditambah..
dan kita tahu bagaimana pengadilnya dirasuah!

so? apa yang nak dikecewakan?
kalau pun nak kecewa adalah atas kegagalan kita hingga kini untuk mencari jalan menghancurkan peranan SPR yang jelas berat sebelah!
(Kalau dah tahu tak mampu menari atau bermain di padang yang tidak rata, usahlah sibuk join. Tapi dah dapat 5 negeri tu..main atas padang yang mana?)

Teman yakin..
suatu hari nanti..
Walaupun mungkin diwaktu teman sudah tidak ada lagi bernafas di bumi Allah ini..
Perjuangan Islam ini akan berada di mercunya!
Perjuangan Islam ini akan berada di tempat yang sepatutnya!
(Teman pun yakin bebenor syariat dan syiar agama Islam sudah berada di tempat yang sepatutnya sejak merdeka lagi. UMNO dah jaga dengan sebaik-baiknya, kalau tak Budak Balun pun dah jadi  macam budak Lokman tu)

Bukan sekadar hanya digunakan di Masjid/Surau..
Bukan sekadar digunakan di bulan Ramadhan..
Bukan sekadar digunakan apabila ada kematian..
Bukan sekadar digunakan apabila ada akad nikah..
Bukan sekadar digunakan apabila ada tahlil kenduri arwah..
Tetapi jauh daripada itu!(Islam Pas memang sesuai jadi alat politik yang digunapakai di pentas politik, di suaru/mesjid, tazkirah solat tarawikh, tempat orang mati, baca doa aruah dan akad nikah jer. Sebab DAP tak boleh masuk campur kat majlis2 ni) 

Kepada semua pejuang-pejuang PAS yang telah berhempas-pulas..
Bermandi peluh dan airmata..
teman yakin bukan sedikit airmata yang tumpah dalam usaha itu..
Namun yakinlah.. airmata itu akan menjadi saksi usaha kita dalam memperjuangkan Islam..
Moga airmata dan peluh itu akan membentengi kita daripada kedahsyatan seksa kubur dan keseksaan di akhirat!
(Betul teman setuju...Jadi saksi tukang tabur fitnah, putarbelit ceramah, hasutan kebencian, tohmahan melulu, memperalatkan ayat2 Allah, hadith dan menyalahtafsirkan sirah rasulullah dan banyak lah lagi hingga tidak muat lubang kubur nak menyimpannya 
Kepada calon-calon PAS yang berdua..
Terima Kasih kerana mempertaruhkan masa depan kalian kepada perjuangan ini..
Pastinya hidup kalian sudah tidak akan sama lagi selepas ini...
Pastinya puak-puak 'makhluk rimba' itu akan memastikan kalian dibatasi apa yang boleh..
(Pulak dah!...bila hidup jadi susah lepas ni...salah UMNO jugak? Bukan ke rezeqi, maut, jodoh itu di tangan Allah?...hisssh...pening la teman macam ni!)

Kepada Allah SWT akhirnya kita memohon pertolongan..
Dan kepadaNya jua kita akan kembali..
(Memang benar...Allah dah tolong bagi kalah supaya insaf dan tinggalkan perjuangan yang sia-sia itu)

Salam buat Kerdau & Merlimau dari budakbalun@hulu selangor


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...