Followers

Monday, January 31, 2011

Gempar!: JKR Perak Hasut Kakitangannya Pada Waktu Bekerja.


Kakitangan Pas dalam Ibupejabat JKR Ipoh telah mengadakan kerjasama dengan Kakitangan Pas Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak. 

Pada 28 Januari 2011, kakitangan Pas JKR Ipoh telah mengarahkan 5 - 8 orang Kaitangan JKR seluruh daerah di negeri Perak meninggalkan tugas untuk mendengar ceramah di Dewan Mahfuz di JKR Ipoh.

Dengan berselindung di sebalik program keagamaan, Kakitangan Pas JKR Ipoh telah menjemput Encik Mohd Latif bin Taib, Penolong Hal Ehwal Islam bahagian Zakat menyampaikan ceramah.

Program dijalankan pada waktu bekerja dari pukul 2.45 hingga 4.30 petang dihadiri oleh 80 - 100 orang kakitangan dari seluruh JKR Daerah.


Hampir seluruh kakitangan berasa marah dan hampa kerana mereka ditipu oleh Kakitangan Pas JKR Ipoh yang menganjurkan ceramah tersebut pada waktu bekerja. 

Penceramah sengaja membincangkan tajuk yang tidak ada langsung kaitan dengan kerja dan tugas mereka seperti yang telah ditetapkan di dalam fail meja masing-masing. Malah mereka kesal kerana terpaksa meninggalkan kerja dan tugas yang begitu banyak untuk faedah rakyat.

Antara yang mengelirukan ialah penceramah menyifatkan umat Islam sekarang ini seolah-olah mempunyai dua Tuhan. Beliau memberi contoh Kerajaan Persekutuan sekarang ini mengamalkan dua undang-undang. 

Pertama undang-undang syari'e di dalam Sistem Perbankan Islam,  dan kedua undang-undang konvensional dalam Sistem Perbankan Bank Negara. 

Kedua-dua sistem ini adalah bercangahan antara satu sama lain tetapi rakyat dipaksa mengikuti kedua-dua sistem ini serentak. Ini menyebabkan rakyat negara ini mempunyai dua Tuhan, iaitu Tuhan Syari'e dan Tuhan Konvensional. 

Terdapat peserta yang tidak berpuashati dengan huraian Ustaz Latif yang terlalu longgar dan mengelirukan ini lalu mengemukakan soalan atau pandangan balas. Tetapi beliau mengelak daripada menjawab dengan tepat dan akhirnya menamatkan ceramahnya.

Yang peliknya bagaimana JKR Ibupejabat dengan sewenang-wenangnya menganjurkan ceramah politik bagi pihak Parti Pas dengan menggunakan kemudahan kerajaan dan diadakan pada waktu bekerja.

Rakyat tentu tidak rela Kakitangan JKR daerah-daerah yang teraniaya ini terpaksa meninggalkan kerja mereka semata-mata memenuhi program politik Parti Pas sedangkan mereka dibayar gaji dengan wang rakyat.

Ramai peserta yang meminta supaya kegiatan Kakitangan Parti Pas yang berada di dalam Organisasi JKR Ibupejabat dan di daerah-daerah diberhentikan dan kakitangan tersebut dikeluarkan segera kerana mereka sering menganjurkan program yang menikam kerajaan dari belakang.

Mereka tidak mahu nama baik dan khidmat cemerlang JKR kepada rakyat dan negara selama ini dikotori oleh kakitangan yang bersifat talam dua muka serta musang berbulu ayam yang cari makan dalam JKR. 

 Mereka bimbang peristiwa penipuan Sijil Cuti Sakit Cikgu Maarof (suami Cikgu Normala calon Pas PRK DUN Tenang) yang amat memalukan itu akan akan menjangkiti Kementerian dan Jabatan Kerajaan yang lain.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...