Followers

Tuesday, April 20, 2010

PRK HS: Pas Mengkhianat Lagi


Islam yang dibawa oleh PAS adalah Islam ceramah.
Agama yang dijadikan alat untuk mendapatkan undi.

Ajaran Islam yang diamalkan oleh Kerajaan amat berbeza sekali dengan Islam yang yang difahami dan dipraktikkan oleh PAS.

Berpandukan ajaran agama Islam, Kerajaan mewujudkan dasar untuk mensejahterakan rakyat. Kuasa yang diperolehi dimanfaatkan sepenuhnya, dari rakyat kepada rakyat.

Contohnya Skim Felda yang dibangunkan telah berjaya memberi manfaat yang amat besar kepada peserta yang dahulunya dhoif dan tidak berupaya. Kini mereka mendapat rezeki Allah dan dengan itu dapat membangunkan keluarga.

Ramai anak-anak yang berjaya dalama pelajaran sehingga ke universiti. Dalam masa yang sama ramai pula peneroka yang mampu menunaikan rukun Islam yang kelima. Banyak juga yang muncul sebagai pengusaha, penternak, peniaga dan segala macam aktiviti menambahkan pendapatkan yang halal.

Apabila umat Islam dapat dijauhkan dari garis kemiskinan, maka syiar Islam dapat ditingkatkan.

Selain itu, ramai peniaga daripada kalangan kaun China dan India yang mendapat peluang mencari rezeki yang tidak terhingga daripada perniagaan yang berasaskan kelapa sawit. Mereka juga beroleh rezeki daripada urusniaga membekal baja, racun, benih hinggalah kepada membina jalanraya yang berselirat di seluruh tanah rancangan. Ini tidak termasuk urusan eksport import yang berasaskan minyak sawit.

Akan tetapi berlainan pula dengan amalan dan pegangan agama Islam yang difahami dan dianuti oleh PAS. Bukan sahaja menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar tetapi bertentangan sama sekali dari roh Islamiah sehingga ke tahap tidak masuk akal.

Contohnya, Pas masuk ke tanah-tanah rancangan dan bertemu dengan peneroka-peneroka. Mereka meletakkan ajaran Islam ke tepi dan mula menghasut dengan menaburkan fitnah yang sengaja direka. Ayat-ayat al-quran dan hadith sengaja dipilih dan digunakan untuk menyuburkan kebencian para peneroka terhadap kerajaan yang menyediakan tanah-tanah rancangan itu.

Mereka berpolitik dengan memijak kebenaran, menafikan usaha kerajaan membantu umat Islam dan rakyat Malaysia. Mereka tidak jemu menabur fitnah dengan hasrat masyarakat membenci kerajaan dan dalam pilihanraya mereka mendapat undi.

Penipuan, pembohongan, penyebaran fitnah, menanam perasaan benci tanpa sebab ini, tidak ada dalam ajaran Islam. Tetapi PAS menggunakannya sebagai kaedah utama perjuangan politiknya. Malah ustaz-ustaz dan penceramah-penceramah agama mereka begitu istiqomah melaksanakan ajaran yang tiada dalam Islam ini tanpa sedikitpun rasa berdoa dan takut kepada Allah.

Kini di Hulu Selangor, kebanyakan penghuni skim Felda menolak sama sekali permainan kotor parti PAS. Mereka sudah bosan dan berasa tidak selesa dengan gangguan dan pujukan perayu-perayu yang berpakaian seperti orang Islam tetapi berperangai bertentangan dengan ajaran Islam yang indah, lembut, mesra, berhemah dan bercakap benar.

Pengundi Islam di Hulu Selangor dan rakyat seluruh negara yang mengikuti perkembangan PRK ini, kini semakin nampak dengan jelas bahawa PAS benar-benar memperalatkan agama untuk kepentingan politik.

Semakin jelas bahawa Pas adalah parti politik yang tarafnya sama dengan parti DAP. Pas bukan Islam kerana Islam itu agama dan Pas itu parti politik.

Oleh yang demikian, beriman kepada Islam kita selamat, bersubahat dengan PAS kita sesat. Sama sesatnya dengan PKR dan DAP yang telah memijak Institusi Raja-Raja Melayu, kemuliaan Mahkamah dan Sistem Kehakiman, keluhuran perlembagaan negara, kemuliaan agama Islam, menyuburkan fahaman perkauman dan banyak lagi yang akan mereka lakukan selepas ini. yang kesemuanya bukan berasal dari ajaran Islam.

Tahniah kepada seluruh peneroka yang sentiasa mensyukuri nikmat Allah.
Tersokong Pas kita sesat.

PRK HS: BN Tetap Kalah

Perkembangan PRK Hulu Selangor menunjukkan kegigihan luar biasa Gerombolan Pakatan Haram Pembangkang. Dikatakan sebelum penamaan calon mereka telah bergerak mengagihkan berbagai-bagai bentuk "hadiah/sedekah/pemberian ehsan" kepada para pengundi.

Berbagai-bagai isu yang sengaja direka dan telah disebarkan bertalu-talu untuk membentuk perpsepsi dan meningkatkan kebencian di kalangan pengundi kepada BN. Ustaz Pas semakin ganas menggunakan ayat quran dan hadith menghiasi racun fitnah yang mereka sebarkan tanpa jemu.

DAP sudah pasti majoriti pengundi China akan bersama mereka kerana kejayaan di Pulau Pinang, Selangor dan Perak telah meransang keyakinan bahawa DAP memang memperjuangkan kehendak kaum China di samping yakin DAP boleh menjadi juara memperalatkan PAS dan PKR untuk meruntuhkan penguasaan UMNO dalam politik negara.

BN pasti kalah.

Melainkan jentera BN melakukan perkara-perkara berikut:

1. Menemui pengundi "face to face" berdasarkan daftar pemilih secara berhemah dan berterusan.
2. Mengenalpasti pengundi dan melayani mereka (termasuk penyokong pembangkang) mengikut sentimen tempatan.
3. Strategi menawan hati pengundi atas pagar yang berkesan berdasarkan laporan semasa yang sah.
4. Menawan pengundi China dengan cara mengetahui apakah matlamat politik mereka sekarang.
5. Ceramah umum yang tidak terlalu menyerang peribadi tetapi menjelaskan dasar untuk rakyat dan menangkis isu utama sahaja.
6. Jangan percaya kepada % tetapi bergerak atas dasar head-count
7. Menggerakkan blogger sepenuhnya untuk menyerang parti pembangkang dan calon dari pelbagai sudut.
8. Semua jentera, termasuk pengangkutan di hari mengundi, bekerja sehingga peti undi ditutup.
9. Tidak gentar atau melatah dengan provokasi dan keganasan yang bakal dicetuskan oleh Gerombolan Pakatan Haram Pembangkang.
10. Bersedia mengatasi masalah pergerakan pengundi pada hari mengundi kerana Pas, PKR dan DAP akan menguasai traffic dan taktik menakut-nakutkan pengundi BN supaya tidak keluar mengundi.

Kalau inginkan kemenangan, berfikir dan bekerjalah untuk mencapai kemenangan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...