Followers
Tuesday, April 20, 2010
PRK HS: Pas Mengkhianat Lagi
Islam yang dibawa oleh PAS adalah Islam ceramah.
Agama yang dijadikan alat untuk mendapatkan undi.
Ajaran Islam yang diamalkan oleh Kerajaan amat berbeza sekali dengan Islam yang yang difahami dan dipraktikkan oleh PAS.
Berpandukan ajaran agama Islam, Kerajaan mewujudkan dasar untuk mensejahterakan rakyat. Kuasa yang diperolehi dimanfaatkan sepenuhnya, dari rakyat kepada rakyat.
Contohnya Skim Felda yang dibangunkan telah berjaya memberi manfaat yang amat besar kepada peserta yang dahulunya dhoif dan tidak berupaya. Kini mereka mendapat rezeki Allah dan dengan itu dapat membangunkan keluarga.
Ramai anak-anak yang berjaya dalama pelajaran sehingga ke universiti. Dalam masa yang sama ramai pula peneroka yang mampu menunaikan rukun Islam yang kelima. Banyak juga yang muncul sebagai pengusaha, penternak, peniaga dan segala macam aktiviti menambahkan pendapatkan yang halal.
Apabila umat Islam dapat dijauhkan dari garis kemiskinan, maka syiar Islam dapat ditingkatkan.
Selain itu, ramai peniaga daripada kalangan kaun China dan India yang mendapat peluang mencari rezeki yang tidak terhingga daripada perniagaan yang berasaskan kelapa sawit. Mereka juga beroleh rezeki daripada urusniaga membekal baja, racun, benih hinggalah kepada membina jalanraya yang berselirat di seluruh tanah rancangan. Ini tidak termasuk urusan eksport import yang berasaskan minyak sawit.
Akan tetapi berlainan pula dengan amalan dan pegangan agama Islam yang difahami dan dianuti oleh PAS. Bukan sahaja menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar tetapi bertentangan sama sekali dari roh Islamiah sehingga ke tahap tidak masuk akal.
Contohnya, Pas masuk ke tanah-tanah rancangan dan bertemu dengan peneroka-peneroka. Mereka meletakkan ajaran Islam ke tepi dan mula menghasut dengan menaburkan fitnah yang sengaja direka. Ayat-ayat al-quran dan hadith sengaja dipilih dan digunakan untuk menyuburkan kebencian para peneroka terhadap kerajaan yang menyediakan tanah-tanah rancangan itu.
Mereka berpolitik dengan memijak kebenaran, menafikan usaha kerajaan membantu umat Islam dan rakyat Malaysia. Mereka tidak jemu menabur fitnah dengan hasrat masyarakat membenci kerajaan dan dalam pilihanraya mereka mendapat undi.
Penipuan, pembohongan, penyebaran fitnah, menanam perasaan benci tanpa sebab ini, tidak ada dalam ajaran Islam. Tetapi PAS menggunakannya sebagai kaedah utama perjuangan politiknya. Malah ustaz-ustaz dan penceramah-penceramah agama mereka begitu istiqomah melaksanakan ajaran yang tiada dalam Islam ini tanpa sedikitpun rasa berdoa dan takut kepada Allah.
Kini di Hulu Selangor, kebanyakan penghuni skim Felda menolak sama sekali permainan kotor parti PAS. Mereka sudah bosan dan berasa tidak selesa dengan gangguan dan pujukan perayu-perayu yang berpakaian seperti orang Islam tetapi berperangai bertentangan dengan ajaran Islam yang indah, lembut, mesra, berhemah dan bercakap benar.
Pengundi Islam di Hulu Selangor dan rakyat seluruh negara yang mengikuti perkembangan PRK ini, kini semakin nampak dengan jelas bahawa PAS benar-benar memperalatkan agama untuk kepentingan politik.
Semakin jelas bahawa Pas adalah parti politik yang tarafnya sama dengan parti DAP. Pas bukan Islam kerana Islam itu agama dan Pas itu parti politik.
Oleh yang demikian, beriman kepada Islam kita selamat, bersubahat dengan PAS kita sesat. Sama sesatnya dengan PKR dan DAP yang telah memijak Institusi Raja-Raja Melayu, kemuliaan Mahkamah dan Sistem Kehakiman, keluhuran perlembagaan negara, kemuliaan agama Islam, menyuburkan fahaman perkauman dan banyak lagi yang akan mereka lakukan selepas ini. yang kesemuanya bukan berasal dari ajaran Islam.
Tahniah kepada seluruh peneroka yang sentiasa mensyukuri nikmat Allah.
Tersokong Pas kita sesat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Bro, semakin hari semakin terserlah kepimpinan PAS menggunakan agama Islam untuk kepentingan politik mereka......rakyat yg sentiasa bersyukur dgn nikmat Allah akan mendapat pertunjuk di atas kemunafikan PAS........InsyaAllah..
Post a Comment