Followers

Tuesday, May 18, 2010

PRK Sibu: Malaysia Di Ambang Perubahan Kuasa Politik


1. Keputusan PRK Hulu Selangor dan Sibu membawa maksud yang sama iaitu kaum China sudah tidak berminat untuk mengekalkan Perlembagaan Malaysia yang sedia ada. Sebabnya kerana mereka sudah percaya sepenuhnya jika Perlembagaan itu terus wujud bererti mereka terus menerus tidak boleh menjadi “Tuan” di negara ini. Mereka mahu mengambil contoh kejayaan kaum china yang sudah berjaya menjadi tuan di Singapura. Keinginan untuk menjadi tuan di negara ini sudah menjadi satu “kepercayaan baru” yang sangat diyakini.

2. Kesan kelemahan kerajaan di bawah pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah faktor “peledak” kepada kepercayaan baru kaum China ini. Walaupun keinginan memegang kuasa memerintah telah wujud sekian lama di kalangan pemimpin perniagaan dan politik kaum China, tetapi strategi menguasai sistem ekonomi telah mereka jayakan. Dalam masa yang sama DAP diberi tugas untuk terus meniup semangat perpaduan di kalangan kaum China dengan menghembuskan api perkauman untuk menyalakan cauvinism dan racism di kalangan mereka. Di zaman kelemahan Pak Lah api perkauman ini menjadi marak dan tidak terkawal, terus membakar hangus dengan penyertaan agresif dari Anwar Ibrahim dan PAS. Pakatan ini benar-benar telah berjaya membantu DAP mencapai strategi meningkatkan perpaduan kaum China untuk berkuasa manakala peranan Anwar Ibrahim dan PAS berjaya melenyapkan penguasaan kuasa politik Melayu/Bumiputera dalam UMNO dan komponen BN.

3. Akibatnya, kesukaran yang dihadapi DS Najib amat nyata sekali. Pertamanya UMNO sudah hilang rakan kongsi dalam persepakatan BN. Keengganan parti kaum China dari MCA dan Gerakan membantu mempertahankan Perlembagaan Perikatan, amat ketara sekali. Mereka dilihat saling bantu membantu mengasak dan menekan kerajaan yang diterajui UMNO ke arah merealisasikan semua gagasan-gagasan yang dicanangkan oleh DAP. MCA dan Gerakan telah kehilangan strategi politik yang selaras dengan semangat Perlembagaan Perikatan yang selama ini dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia dan terpaksa mengikut rentak dari pukulan gendang DAP. Keduanya orang-orang Melayu tidak lagi mampu menterjemah isu utama yang sedang melanda dan membunuh mereka sebaliknya terus hanyut dibawa arus retorik yang memakan diri mereka sendiri sebagai satu bangsa yang terpaksa berkongsi sambil bersaing dengan kaum lain di tanahair tumpah darah mereka sendiri.

4. Kepercayaan Baru kaum china untuk menawan kuasa pemerintahan dan kuasa penentu di negara ini memanglah sangat berasas. Pertamanya mereka telah begitu dominan menguasai ekonomi kerana telah berjaya mengaut sebanyak-banyaknya peluang ekonomi dari khazanah kekayaan bumi negara ini untuk kaum mereka. Keduanya mereka berkepercayaan bahawa kaum bumiputera, terutama kaum Melayu adalah bangsa yang pemalas, tidak amanah, tidak jujur dan tidak bertanggungjawab. Kepercayaan ini mendorong mereka yakin bahawa bukanlah satu usaha yang sukar untuk menewaskan bangsa yang tidak mempunyai jati diri yang kuat. Ketiganya mereka berasa bahawa usaha untuk menewaskan kaum Melayu sudah sampai masanya kerana agama yang dianuti oleh kaum Melayu telah menjadi faktor yang melemahkan dan meruntuhkan kesatuan mereka sendiri.

Malaysia sedang berada di ambang perubahan kuasa politik dan PRU 13 akan mengiktiraf perubahan ini. UMNO tidak mampu lagi berbuat apa-apa kerana UMNO begitu setia menjunjung semangat Perlembagaan Negara manakala rakan-rakan seperjuangannya tidak mahu lagi kepada Perlembagaan tersebut dan sudah bersedia untuk mengenepikan Perlembagaan yang tidak menguntungkan mereka itu.

Peluang untuk mengakhiri dan menguburkan semangat Perlembagaan Perikatan sudah bermula dan berjaya pula mencipta kejayaan demi kejayaan semenjak PRU 2008 lagi. Kegagalan Tun Abdullah Ahmad badawi adalah kerana beliau berjaya mengukuhkan pembangkang di samping gagal menguatkan UMNO dan BN, manakala kegagalan DS najib adalah kegagalan beliau menundukkan pembangkang dan membaiki kerosakan yang dilakukan oleh Tun Abdullah.

Sejarah kemaraan satu bangsa yang kerdil yang ingin berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan masyarakat dunia akan hancur berkecai. Serpihan dari kehancuran ini nanti akan dipungut oleh anak-anak generasi kita di masa hadapan, tetapi mampukah mereka mendirikan semula kota yang runtuh sebagaimana kita mampu mendirikan Putrajaya di atas robohnya Kota Melaka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...