Followers

Tuesday, May 18, 2010

PRK Sibu: Malaysia Di Ambang Perubahan Kuasa Politik


1. Keputusan PRK Hulu Selangor dan Sibu membawa maksud yang sama iaitu kaum China sudah tidak berminat untuk mengekalkan Perlembagaan Malaysia yang sedia ada. Sebabnya kerana mereka sudah percaya sepenuhnya jika Perlembagaan itu terus wujud bererti mereka terus menerus tidak boleh menjadi “Tuan” di negara ini. Mereka mahu mengambil contoh kejayaan kaum china yang sudah berjaya menjadi tuan di Singapura. Keinginan untuk menjadi tuan di negara ini sudah menjadi satu “kepercayaan baru” yang sangat diyakini.

2. Kesan kelemahan kerajaan di bawah pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah faktor “peledak” kepada kepercayaan baru kaum China ini. Walaupun keinginan memegang kuasa memerintah telah wujud sekian lama di kalangan pemimpin perniagaan dan politik kaum China, tetapi strategi menguasai sistem ekonomi telah mereka jayakan. Dalam masa yang sama DAP diberi tugas untuk terus meniup semangat perpaduan di kalangan kaum China dengan menghembuskan api perkauman untuk menyalakan cauvinism dan racism di kalangan mereka. Di zaman kelemahan Pak Lah api perkauman ini menjadi marak dan tidak terkawal, terus membakar hangus dengan penyertaan agresif dari Anwar Ibrahim dan PAS. Pakatan ini benar-benar telah berjaya membantu DAP mencapai strategi meningkatkan perpaduan kaum China untuk berkuasa manakala peranan Anwar Ibrahim dan PAS berjaya melenyapkan penguasaan kuasa politik Melayu/Bumiputera dalam UMNO dan komponen BN.

3. Akibatnya, kesukaran yang dihadapi DS Najib amat nyata sekali. Pertamanya UMNO sudah hilang rakan kongsi dalam persepakatan BN. Keengganan parti kaum China dari MCA dan Gerakan membantu mempertahankan Perlembagaan Perikatan, amat ketara sekali. Mereka dilihat saling bantu membantu mengasak dan menekan kerajaan yang diterajui UMNO ke arah merealisasikan semua gagasan-gagasan yang dicanangkan oleh DAP. MCA dan Gerakan telah kehilangan strategi politik yang selaras dengan semangat Perlembagaan Perikatan yang selama ini dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia dan terpaksa mengikut rentak dari pukulan gendang DAP. Keduanya orang-orang Melayu tidak lagi mampu menterjemah isu utama yang sedang melanda dan membunuh mereka sebaliknya terus hanyut dibawa arus retorik yang memakan diri mereka sendiri sebagai satu bangsa yang terpaksa berkongsi sambil bersaing dengan kaum lain di tanahair tumpah darah mereka sendiri.

4. Kepercayaan Baru kaum china untuk menawan kuasa pemerintahan dan kuasa penentu di negara ini memanglah sangat berasas. Pertamanya mereka telah begitu dominan menguasai ekonomi kerana telah berjaya mengaut sebanyak-banyaknya peluang ekonomi dari khazanah kekayaan bumi negara ini untuk kaum mereka. Keduanya mereka berkepercayaan bahawa kaum bumiputera, terutama kaum Melayu adalah bangsa yang pemalas, tidak amanah, tidak jujur dan tidak bertanggungjawab. Kepercayaan ini mendorong mereka yakin bahawa bukanlah satu usaha yang sukar untuk menewaskan bangsa yang tidak mempunyai jati diri yang kuat. Ketiganya mereka berasa bahawa usaha untuk menewaskan kaum Melayu sudah sampai masanya kerana agama yang dianuti oleh kaum Melayu telah menjadi faktor yang melemahkan dan meruntuhkan kesatuan mereka sendiri.

Malaysia sedang berada di ambang perubahan kuasa politik dan PRU 13 akan mengiktiraf perubahan ini. UMNO tidak mampu lagi berbuat apa-apa kerana UMNO begitu setia menjunjung semangat Perlembagaan Negara manakala rakan-rakan seperjuangannya tidak mahu lagi kepada Perlembagaan tersebut dan sudah bersedia untuk mengenepikan Perlembagaan yang tidak menguntungkan mereka itu.

Peluang untuk mengakhiri dan menguburkan semangat Perlembagaan Perikatan sudah bermula dan berjaya pula mencipta kejayaan demi kejayaan semenjak PRU 2008 lagi. Kegagalan Tun Abdullah Ahmad badawi adalah kerana beliau berjaya mengukuhkan pembangkang di samping gagal menguatkan UMNO dan BN, manakala kegagalan DS najib adalah kegagalan beliau menundukkan pembangkang dan membaiki kerosakan yang dilakukan oleh Tun Abdullah.

Sejarah kemaraan satu bangsa yang kerdil yang ingin berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan masyarakat dunia akan hancur berkecai. Serpihan dari kehancuran ini nanti akan dipungut oleh anak-anak generasi kita di masa hadapan, tetapi mampukah mereka mendirikan semula kota yang runtuh sebagaimana kita mampu mendirikan Putrajaya di atas robohnya Kota Melaka.

3 comments:

Anonymous said...

Saya dah lama bertanya, kenapa pihak berkuasa dan kepimpinan tidak mengambil tindakan undang2 ke atas mereka (pembangkan) yang secara terang-terangan, dan tanpa sebarang rasa takut, mencerca keperibadian pemimpin (saman perbuatan slander), menyebar fitnah, pembohongan terhadap pemimpin dan kerajaan? Kenapa? Kenapa? Yang paling bahaya, suntikan api kebencian keatas orang melayu and umat Islam.

Adakah kepimpinan atau kerajaan bacul kerana fitnah dan pembohongan yang disebut adalah benar?

Saya percaya kalau tindakan tegas di ambil dan secara perundangan, mereka yang melakukan perkara jahat di saman dan di penjara, politik sentiment rasis dan agama boleh dibendung dan tidak akan berbangkit lagi.

Kenapa Najib? Kenapa IGP? Kenapa Hishamudin? Kenapa AG? Kenapa UMNO? Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Walaupun kita amat benci cara menteri di Singapura menekan pembangkang dengan saman jutaan dollar, di sebaliknya, ia nya berkesan. Lihat bertapa "stable" politik kuku besi.....

MPP said...

Saya sangat bersetuju dengan apa yang tuan katakan.

FAN said...

Semua ini berlaku atas kesilapan dan kelemahan Melayu juga. Mudah lalai oleh kesenangan yang tidak seberapa, malas untuk berubah, hidup cukup biasa-biasa sahaja, sukakan hiburan, mudah diracuni fikiran dengan dakyah yang entah apa-apa, malas berfikiran jauh, sombong dengan kekuatan yang terlalu sedikit, nak senang dengan cara mudah, dendam kesumat dijadikan matlamat yan gpaling utama, mudah diperkotak katikkan dan macam-macam lagi.. Allah pun tidak akan tolong jika keadaan ini berterusan. Bersedialah untuk menerima segala kemungkinan nanti.. Sesungguhnya kekalutan dan mala petaka sudah dapat kita semua bayangkan. Tinggal lagi masih ramai yang buta mata, hati, jiwa dan raga sahaja yang masih di buai arus 'kejayaan'. Kejayaan yang sebenarnya akan menghancurkan mereka nanti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...