Followers

Friday, January 28, 2011

Pemimpin Pas Perak Kena Hamun Buat Najis Di Johor


Pengarah PRK DUN Tenang tidak dapat menerima kehadiran dan cara berkempen Nizar Jamaluddin yang keterlaluan menghina UMNO.

Strategi kempen Pas menjadi semakin huru-hara. Bukan senang nak menghasut pengundi supaya membenci Kerajaan Kesayangan mereka. Bukan mudah nak meyakinkan bahawa Kerajaan UMNO-BN itu zalim dan rakyat di Tenang hidup menderita dan tersiksa.

Keadaan kempen menjadi bertambah sukar dengan kehadiran parti DAP dan PKR yang tidak bertanding. Mereka tumpang menghasut orang ramai dengan berbagai-bagai tipu helah dan muslihat. Kepakaran mereka membuat fitnah dan menggunakan kaedah kotor digunakan sepenuhnya.

Bertambah parah lagi dengan kedatangan Nizar Jamaluddin Lambai dari Pas Negeri Perak.

Dia terus menyerang UMNO dengan penuh emosi sehingga terkeluar dari batas yang dibenarkan oleh demokrasi. Dia menghasut dengan kata-kata yang melampaui batas ketertiban dan kewibawaan seorang pemimpin.

Tanpa rasa bersalah dari sudut agama Islam, Nizar mengajak pendengar memberi undi kepada Pas kerana hukumnya adalah HALAL SYARI'E. Nizar juga tidak teragak-agak menghasut pendengar, termasuklah kanak-kanak, supaya membunuh UMNO kerana hukumnya adalah  WAJIB SYARI'E.

Di negeri Perak, Nizar selaku pemimpin Pas terlalu banyak melakukan kebodohan yang tidak disangka-sangka oleh sesiapapun.

Bermula dari menjadi budak suruhan China DAP untuk meluluskan geran tanah selama 999 tahun sehinggalah sanggup menderhaka kepada Kebawah Duli Tuanku Paduka Seri Sultan Perak. Semua ini dilakukan kerana mengikut telunjuk DAP yang lebih berkuasa.

Selepas kehilangan kerusi majoriti di Dewan Undangan Negeri Perak, Nizar terus menunjukkan tabiat buruknya menderhaka dan menentang Perlembagaan Negara dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Malah sehingga mahkamah memutuskan  dia telah hilang kelayakan sebagai Menteri Besar, masih lagi memaksa ahli-ahli Pas menganggapnya sebagai MB yang sah.

Perbuatan Nizar berceramah ke merata tempat menghasut orang ramai seperti orang hilang akal, akhirnya menyebabkan ahli-ahli dan pemimpin Pas sendiri menjadi bosan dan takut. Parti itu dilihat sebagai sebuah parti yang didokongi oleh pemimpin-pemimpin yang tidak memiliki sifat-sifat seorang Muslim sebagaimana yang mereka tarbuahkan.

Kehadiran Nizar di Tenang telah menyebabkan Pengarah PRK Salahudin Ayob naik berang kerana keceluparan mulut Nizar akan menyebabkan pengundi semakin takut dan benci kepada Pas. 

Akibatnya hampir semua ceramah dan majlis kempen Pas tidak mendapat sambutan. Kehadiran hanyalah terdiri daripada pekerja-pekerja parti yang bukan pengundi serta kanak-kanak remaja yang tidak layak mengundi.


Nizar terbukti telah merosakkan Pas Negeri Perak dan kemungkinan besar merosakkan Pas di seluruh negara kerana mengamalkan politik emosi kebudak-budankan yang melampau. Hanya China DAP yang memuji-muji kebolehan Nizar kerana sanggup merosakkan imej Islam dan memakihamun sesama bangsanya sendiri.


Seluruh kontijen Pas Perak berasa amat malu apabila Nizar tidak dibenarkan berkempen dan diminta adalah lebih baik meninggalkan Johor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...