Followers

Tuesday, July 5, 2011

Umi Hafilda Tolak Jemputan Ceramah Membelasah Nuar Berahim


Lenggong 3 Julai: Umi Hafilda Ali menjelaskan baliau terpaksa menolak 20 jemputan ceramah di seluruh negara pada bulan ini kerana tidak cukup masa.

Beliau memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia yang menunggu-nunggu kehadirannya untuk mendengar penerangannya tetapi masih tidak dapat dipenuhi. Beliau meminta mereka bersabar dan berjanji akan cuba menyampaikan hajat rakyat untuk mendengar sendiri penjelasannya dan pembongkaran terhadap segala kejahatan, kerakusan, penipuan dan kedajalan Nuar Berahim terhadapnya selama ini.

Beliau menyatakan demikian di hadapan hampir 3,000 orang pendengar yang terdiri daripada pengundi berdaftar tempatan bagi kawasan Parlimen Lenggong.


YB Dato' Haji Saarani Muhamad juga turut mendedahkan tentang pelbagai penipuan dan fitnah yang dilemparkan oleh Nuar Berahim dan kuncu-kuncunya di tempat yang sama pada minggu sebelumnya. Beliau menyeru kepada kaum keluarga, rakan-rakan dan orang ramai supaya jangan terus membiarkan diri ditipu oleh Nuar Berahim.

Turut hadir adalah YB Datuk Shamsul dan YB Datuk Tarmizi serta pemimpin-pemimpin NGO dan agensi kerajaan.

Majlis tamat tepat pada pukul 12.00 mlm dan semua pengundi yang mendengar berpuashati dengan penjelasan yang disampaikan oleh Umi Hafilda.

Hampir semua ahli-ahli dan penyokong PAS dan PKR yang hadir turut bersalaman dengan YB Dato' Saarani dan pemimpin yang lain sambil mengucapkan terima kasih di atas daya usaha mendedahkan kebenaran. Manakala kaum hawa pula bersalaman dengan Umi dan mengucapkan tahniah atas keberanian dan kesanggupannya hadir memberi penjelasa di tempat mereka.

Comments 



Blogger whiteorange said...
Cerita je tak cukup beb, kami nak tengok video sebab kami jauh. At least kami dapat tengok gambar para hadirin biar semangat kita orang naik.
July 4, 2011 11:29 AM
Delete
Blogger Lintau Perak said...
ceramah umi 2 jam beb.. dari tengok video...lbih baik cuba bawak umi kat tempat masing2..gitu.. apa pun tq beri pndangan utk naikkan semangat
July 4, 2011 12:10 PM
Delete
Anonymous Anonymous said...
Bro... Salaam.. Sudah sampai masanya kita gunakan teknologi sepenuhnya. Kita buat lintas langsung ceramah yang boleh dilihat diserata tempat.Buat macam konsep sidang video... Paparkan pada screen... kita buat serentak dibeberapa lokasi seluruh negara terutamanya di kampung2...yang penting maklumat sampai kepada golongan sasaran
July 4, 2011 12:57 PM
Delete
Blogger Penditakainsingkat said...
Anon 12:57pm, alaikum salam Sangat setuju idea tu..jom.. Bagaimanapun...kita teruskan juga apoa yg ada dan setakat mana yg termampu dulu..dlm pd tu cari jln realisasikan idea tadi.. Teruskan perjuangan...teruskan..
July 4, 2011 2:54 PM
Delete
Anonymous lin segamat said...
pada mulanya saya begitu tertarik dengan keberanian umi hafilda membongkar segala keburukan dan cacat cela anwar ibrahim namun semakin banyak ceramah2nya yang diadakan hanya berdasarkan keburukan anwar ibrahim, saya rasakan umi hanya terlalu menumpukan tentang hal2 sedemikian.sebagai ahli politik parti umno,ada baiknya umi cuba larikan sedikit konsep ceramahnya dgn sesuatu yang lebih kepada pembangunan negara dan memperbaiki kehidupan rakyat dan bukan sekadar mengulangi fakta2 keburukan pemimpin pembangkang dan kuncu2nya.tidak dinafikan musuhnya seperti anwar ibrahim telah mendatangkan berbagai masaalah padanya pada masa lalu dan sekarang tetapi biarlah undang2 yang menentukan dan taklah perlu diulang2kan kebenciannya terhadap musuh padahal ramai rakyat jelata sudah tersedia maklum dari penerangan umi hafilda sebelum ini.
July 4, 2011 6:57 PM
Delete
Anonymous Anonymous said...
ceramah umi sangat berkesan kerana beliau menerangkan perkara yang sebenar mengikut pengalamannya sendiri. Memang tepat pada masanya umi memberi penerangan di seluruh negara kerana Anuar Berahim juga merayau sekeliling negara memburukkan kerajaan. Penerangan umi tidak sampai kepada makcik2 yg tidak kenal media baru. anak2 muda juga sangat teruja mendengar penjelasan first hand dari umi. Saya bersetuju penjelasan umi hanya cukup sekadar discredit Anuar untuk membantu rakyat jangan tertipu dan mengelakkan politik kita terus menjadi kotor jika terus bermain di atas pentas yang disertai oleh kaki kelentong ini.
July 5, 2011 12:16 AM
Delete


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...