Lenggong 3 Julai: Umi Hafilda Ali menjelaskan baliau terpaksa menolak 20 jemputan ceramah di seluruh negara pada bulan ini kerana tidak cukup masa.
Beliau memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia yang menunggu-nunggu kehadirannya untuk mendengar penerangannya tetapi masih tidak dapat dipenuhi. Beliau meminta mereka bersabar dan berjanji akan cuba menyampaikan hajat rakyat untuk mendengar sendiri penjelasannya dan pembongkaran terhadap segala kejahatan, kerakusan, penipuan dan kedajalan Nuar Berahim terhadapnya selama ini.
Beliau menyatakan demikian di hadapan hampir 3,000 orang pendengar yang terdiri daripada pengundi berdaftar tempatan bagi kawasan Parlimen Lenggong.
YB Dato' Haji Saarani Muhamad juga turut mendedahkan tentang pelbagai penipuan dan fitnah yang dilemparkan oleh Nuar Berahim dan kuncu-kuncunya di tempat yang sama pada minggu sebelumnya. Beliau menyeru kepada kaum keluarga, rakan-rakan dan orang ramai supaya jangan terus membiarkan diri ditipu oleh Nuar Berahim.
Turut hadir adalah YB Datuk Shamsul dan YB Datuk Tarmizi serta pemimpin-pemimpin NGO dan agensi kerajaan.
Majlis tamat tepat pada pukul 12.00 mlm dan semua pengundi yang mendengar berpuashati dengan penjelasan yang disampaikan oleh Umi Hafilda.
Hampir semua ahli-ahli dan penyokong PAS dan PKR yang hadir turut bersalaman dengan YB Dato' Saarani dan pemimpin yang lain sambil mengucapkan terima kasih di atas daya usaha mendedahkan kebenaran. Manakala kaum hawa pula bersalaman dengan Umi dan mengucapkan tahniah atas keberanian dan kesanggupannya hadir memberi penjelasa di tempat mereka.
Comments