Followers

Monday, April 22, 2013

GELOMBANG: Birunya biar sampai mengubah pantai



Apabila Parlimen dan DUN telah dibubar dan calon telah ditetapkan, tugas dan peranan jentera pilihanraya perlu Pantas, Cepat dan Tangkas.

Jika kita mencipta Gelombang, pastikan sampai mengubah warna-warna pantai. Jika tidak kita hanya syok sendiri. Kerana warna biru itu adalah warna di kalangan kita sendiri.

Pengundi yang berselerak di luar sana ada bermacam warna. Mereka perlu dihampiri, sehingga akhirnya mereka berminat dengan warna biru kita.

Mencetus Gelombang dalam Dewan hanyalah permulaan sahaja. Kerana jumlah gol tidak akan bertambah, selagi pemain tidak beraksi di padang.





Sunday, April 21, 2013

Kamilia: Antara Kehendak Peribadi dengan Keperluan Parti


Kamilia Ibrahim

Untuk menentang UMNO bagi memenuhi keinginan peribadinya, Kamilia telah melepaskan jawatan Naib Ketua Wanita Umno yang dimenangi tanpa bertanding, meletak jawatan Ahli Majlis Tertinggi Umno dan ketua Wanita Umno Kuala Kangsar. Serentak dengan itu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan Kamilia dipecat dari parti itu kerana bertanding sebagai calon Bebas.

 Kamilia segera mengeluarkan kenyataan bagi mewajarkan tindakan melulunya dengan menganggap BN sengaja “menghina” Pergerakan Wanita kerana tidak melantiknya mewakili pemimpin tertinggi sayap parti itu sebagai calon Parlimen Kuala Kangsar. Juga mendakwa BN tidak memberi pengiktirafan ke atas sumbangannya dengan mengabaikan kehendaknya supaya dipilih sebagai calon Parlimen.

Tuduhan Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia itu telah dijawab dan dijelaskan oleh Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Datuk Seri Najib Razak dengan menyatakan tidak timbul soal beliau tidak diberi tempat kerana beliau sendiri menolak tawaran bertanding DUN Bukit Chandan.


Dato Wan, Pemimpin Muda Harapan Semua

Seluruh jentera pilihanraya UMNO Bahagian Kuala Kangsar kini berkerja keras bersama Dato Wan Khairil Wan Ahmad untuk mempertahankan kerusi Parlimen mereka.

Ahli-ahli, penyokong UMNO dan Rakyat tempatan begitu gembira dengan pemilihan Dato Wan Khairil yang begitu peramah, mudah dihubungi, sering bersama rakyat menjadi calon di tempat mereka.

Kini mereka akan terus berganding bahu memberi kemenangan kepada Dato Wan yang menggantikan veteran wanita Umno Datuk Seri Rafidah Aziz yang mengalahkan Dr Khairuddin Abdul Malik dengan majoriti 1,458 undi di Parlimen Kuala Kangsar dalam pilihanraya yang lalu.

Kamilia boleh memilih untuk terus hanyut dengan desakan emosinya, atau kembalilah ke pangkal jalan. Banyak kaedah dan cara boleh dipilih untuk memulihkan diri sebelum tertinggal begitu sahaja.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...