Kamilia Ibrahim
Untuk menentang UMNO bagi memenuhi keinginan peribadinya, Kamilia telah melepaskan jawatan Naib Ketua Wanita Umno yang dimenangi tanpa bertanding, meletak jawatan Ahli Majlis Tertinggi Umno dan ketua Wanita Umno Kuala Kangsar. Serentak dengan itu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan Kamilia dipecat dari parti itu kerana bertanding sebagai calon Bebas.Kamilia segera mengeluarkan kenyataan bagi mewajarkan tindakan melulunya dengan menganggap BN sengaja “menghina” Pergerakan Wanita kerana tidak melantiknya mewakili pemimpin tertinggi sayap parti itu sebagai calon Parlimen Kuala Kangsar. Juga mendakwa BN tidak memberi pengiktirafan ke atas sumbangannya dengan mengabaikan kehendaknya supaya dipilih sebagai calon Parlimen.
Tuduhan Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia itu telah dijawab dan dijelaskan oleh Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Datuk Seri Najib Razak dengan menyatakan tidak timbul soal beliau tidak diberi tempat kerana beliau sendiri menolak tawaran bertanding DUN Bukit Chandan.
Dato Wan, Pemimpin Muda Harapan Semua
Seluruh jentera pilihanraya UMNO Bahagian Kuala Kangsar kini berkerja keras bersama Dato Wan Khairil Wan Ahmad untuk mempertahankan kerusi Parlimen mereka. Ahli-ahli, penyokong UMNO dan Rakyat tempatan begitu gembira dengan pemilihan Dato Wan Khairil yang begitu peramah, mudah dihubungi, sering bersama rakyat menjadi calon di tempat mereka.
Kini mereka akan terus berganding bahu memberi kemenangan kepada Dato Wan yang menggantikan veteran wanita Umno Datuk Seri Rafidah Aziz yang mengalahkan Dr Khairuddin Abdul Malik dengan majoriti 1,458 undi di Parlimen Kuala Kangsar dalam pilihanraya yang lalu.
Kamilia boleh memilih untuk terus hanyut dengan desakan emosinya, atau kembalilah ke pangkal jalan. Banyak kaedah dan cara boleh dipilih untuk memulihkan diri sebelum tertinggal begitu sahaja.
1 comment:
saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK
Post a Comment