Followers

Saturday, March 20, 2010

APABILA BAPAK KONSPIRATOR TERUS BERBOHONG

BAPAK KONSPIRATOR

MANGSA KONSPIRASI

Semasa berbalas hujah dengan Ahli Parlimen PKR Bayan Baru YB Datuk Zahrain Hashim di Parlimen, Nuar Brahim telah mengeluarkan kata-kata:
“Ahli Parlimen mana yang datang ketika pengambilalihan kuasa?
Tiada siapa yang datang,”
“Tiada siapapun di sini.

Kemudian Nuar Brahim menyambung:
"Ia tidak benar sama sekali... dia digunakan oleh Umno dengan harga yang murah, untuk apa?
Secepat kilat selepas menghamburkan kata-kata itu Nuar Brahim tergesa-gesa melarikan diri keluar.

Dengan hujah di atas Nuar Brahim telah mengakui dan mengesahkan bahawa projek 16 September itu adalah projek penipuannya kepada pengikut-pengikut dan pendokong yang disangkanya bodoh dan boleh dicucuk hidung sepanjang hayat mereka.

KONSEP 1MALAYSIA YANG DIGERUNI GEROMBOLAN PEMBANGKANG

Kehadiran konsep 1Malaysia di tengah-tengah keyakinan gerombolan pakatan pembangkang untuk memegang tampuk kuasa parlimen, hancur berkecai.

Rakyak telah mengikuti, memahami dan menerima konsep ini dengan baik sebagai penerusan dan lanjutan daripada konsep "Perikatan_Barisan Nasional_1Malaysia".

Dalam masa yang sama tanda-tanda jelas telah menunjukkan gerombolan pakatan pembangkang mula dipinggirkan oleh rakyat malah di sesetengah negeri telah mula dicabar dan proses menghalau mereka telah bermula dengan mantapnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...