Pas sememangnya suka meludah merata-rata dan kemudian menjilat kahaknya semula beramai-ramai.
Posting Lintau KLIK SINI melaporkan bahawa Pas dan Pakatan Pembangkang mendakwa bahawa PTPTN telah menyebabkan mahasiswa yang telah menamatkan pengajian mereka terpaksa menjadi pelacur.
Kerajaan yang mengusahakan skim pijaman pendidikan PTPTN ini diludah setiap hari dalam ceramah-ceramah majlis agama mereka. Merayau ke setiap surau dan mesjid memberitahu orang ramai tentang kezaliman kerajaan menyediakan skim PTPTN tersebut.
Tetapi dalam masa yang sama, ada pula yang menjilat kahak yang diludah merata-rata tempat itu dengan ghairahnya. Lengkap dengan dalil dan alasan bahawa skim PTPTN itu adalah sangat baik.
Kita berharap Rakyat tidak keliru dengan hobi Pas yang suka meludah dan mereka juga menjilat semula kahak mereka sendiri.
Sumber: Rakan Blogger Rakyat Marhaen
Pelajar 'terseksa' PTPTN belum diterima - PKPIM
KUALA LUMPUR - Ramai pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta mendakwa mereka masih belum menerima wang pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi semester ini.
Lebih mengecewakan lagi ada sesetengah universiti sudah menuntut yuran peperiksaan akhir semester namun, wang pinjaman itu masih belum diperoleh.
Exco Pendidikan dan Penyelidikan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ahmad Afif Ahmad Mohtari Yasim berkata, pihaknya menerima banyak aduan mengenai masalah tersebut membabitkan pelajar di seluruh negara.
"Kes ini bukan kes kecil sebaliknya dihadapi oleh begitu ramai penuntut di seluruh negara. Malah mungkin ada pelajar sekarang sedang berlapar dan menanggung seksa kerana tiada wang," dedahnya kepada Kosmo! semalam.
Menurut Ahmad Afif, selain itu, masalah yang timbul ekoran kelewatan wang PTPTN juga melewatkan pelajar membeli buku teks, pembayaran yuran universiti dan pembayaran sewa tempat tinggal.
"Bayangkan, bagaimana seorang pelajar yang datang daripada keluarga sederhana terpaksa mengikat perut selama beberapa bulan kerana tidak mempunyai wang selama satu semester," jelasnya.
Lebih memburukkan keadaan, kos makanan dan minuman di institusi pengajian tinggi di sekitar Lembah Klang mencecah lebih kurang RM10 sehari.
"Jadi, bagi sebulan kos paling minimum hanya untuk makan dan minum sahaja sudah cecah RM300. Tambah pula yuran pengajian sekitar RM350 sehingga RM800 dan buku-buku rujukan akademik mencecah RM250.
"Bayangkanlah jumlah sekitar RM1,500 yang terpaksa ditanggung sendiri oleh para pelajar universiti kita sebelum masuknya pertengahan semester. Bagaimana mereka mahu bertahan sehingga tiga bulan untuk satu semester," katanya.
Justeru, PKPIM mahu PTPTN memberi penjelasan mengenai kelewatan tersebut dan mencari satu mekanisme bagi menyelesaikan segera masalah tersebut

http://wargamarhaen.blogspot.com/2011/02/duit-bik-mama-pelajar-murung-ptptn.html