Followers

Saturday, February 5, 2011

Meludah Dan Jilat Semula Adalah Hobi Istimewa Pas


Pas sememangnya suka meludah merata-rata dan kemudian menjilat kahaknya semula beramai-ramai.

Posting Lintau KLIK SINI melaporkan bahawa Pas dan Pakatan Pembangkang mendakwa bahawa PTPTN telah menyebabkan mahasiswa yang telah menamatkan pengajian mereka terpaksa menjadi pelacur. 

Kerajaan yang mengusahakan skim pijaman pendidikan PTPTN ini diludah setiap hari dalam ceramah-ceramah majlis agama mereka. Merayau ke setiap surau dan mesjid memberitahu orang ramai tentang kezaliman kerajaan menyediakan skim PTPTN tersebut.

Tetapi dalam masa yang sama, ada pula yang menjilat kahak yang diludah merata-rata tempat itu dengan ghairahnya. Lengkap dengan dalil dan alasan bahawa skim PTPTN itu adalah sangat baik. 

Kita berharap Rakyat tidak keliru dengan hobi Pas yang suka meludah dan mereka juga menjilat semula kahak mereka sendiri.

Sumber: Rakan Blogger Rakyat Marhaen

Pelajar 'terseksa' PTPTN belum diterima - PKPIM

KUALA LUMPUR - Ramai pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta mendakwa mereka masih belum menerima wang pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi semester ini.
Lebih mengecewakan lagi ada sesetengah universiti sudah menuntut yuran peperiksaan akhir semester namun, wang pinjaman itu masih belum diperoleh.

Exco Pendidikan dan Penyelidikan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ahmad Afif Ahmad Mohtari Yasim berkata, pihaknya menerima banyak aduan mengenai masalah tersebut membabitkan pelajar di seluruh negara.
"Kes ini bukan kes kecil sebaliknya dihadapi oleh begitu ramai penuntut di seluruh negara. Malah mungkin ada pelajar sekarang sedang berlapar dan menanggung seksa kerana tiada wang," dedahnya kepada Kosmo! semalam.
Menurut Ahmad Afif, selain itu, masalah yang timbul ekoran kelewatan wang PTPTN juga melewatkan pelajar membeli buku teks, pembayaran yuran universiti dan pembayaran sewa tempat tinggal.
"Bayangkan, bagaimana seorang pelajar yang datang daripada keluarga sederhana terpaksa mengikat perut selama beberapa bulan kerana tidak mempunyai wang selama satu semester," jelasnya.
Lebih memburukkan keadaan, kos makanan dan minuman di institusi pengajian tinggi di sekitar Lembah Klang mencecah lebih kurang RM10 sehari.
"Jadi, bagi sebulan kos paling minimum hanya untuk makan dan minum sahaja sudah cecah RM300. Tambah pula yuran pengajian sekitar RM350 sehingga RM800 dan buku-buku rujukan akademik mencecah RM250.
"Bayangkanlah jumlah sekitar RM1,500 yang terpaksa ditanggung sendiri oleh para pelajar universiti kita sebelum masuknya pertengahan semester. Bagaimana mereka mahu bertahan sehingga tiga bulan untuk satu semester," katanya.
Justeru, PKPIM mahu PTPTN memberi penjelasan mengenai kelewatan tersebut dan mencari satu mekanisme bagi menyelesaikan segera masalah tersebu
t
http://wargamarhaen.blogspot.com/2011/02/duit-bik-mama-pelajar-murung-ptptn.html 

4 comments:

Lintau Perak said...

Pemerhati said...
Itulah sebabnya pelajar2 Universiti mestilah bijak memilih wakil2 pelajar yg pro-Kerajaan supaya senang utk berurusan dgn Kementerian bila ada apa2 masalah pelajar. Kalau dipilih wakil2 pelajar yg pro-pembangkang, wakil2 ini susah hendak mendekati Kementerian utk menyelesaikan masalah2 pelajar spt contohnya kelambatan pemberian wang PTPTN.
Pelajar2 Universiti sepatutnya boleh berfikir dan bertindak bijak utk kepentingan diri sendiri. Ini yg kita lihat rata2 pelajar di institut pelajaran tinggi adalah kurang bijak dlm menjaga kepentingan diri!

February 5, 2011 9:40 PM


Lintau Perak said...
Salam sdra Pemerhati,

Saya amat bersetuju pandangan sdra.

Generasi muda kita perlu berfikiran matang. apatah lagi apabila berada di menara gading.

Mampu berfikir jauh ke hadapan, membuat penelitian, analisa situasi, memahami persekitaran, mengerti hubungkait sesuatu dasar dengan kehidupan seharian.

Kita tidak boleh salahkan pembangkang, kerana memang mereka perlu menghasut untuk mendapatkan simpati dan undi.

Biarlah pembangkang buat kerja mereka tetapi kita tingkatkan kerja kita mempersiapkan dan mengeluarkan anak2 muda ini ke dunia global yang lebih mencabar.

Unknown said...

SALAM LINTAU PERAK ...

MOHON IZIN LINKKAN BERSAMA BLOG HEBAT SAUDARA BERSAMA BLOG KAMI. WASALAM ...

V7 said...

mana nak cari kerajaan yang boleh bagi pinjaman pelajaran macam kat malaysia.

sabar lah sikit, kata pejuang islam. tak kan tahan lapar sikit pun tak boleh. mungkin adalah masalah tenikal sikit. cuba lah belajar bersangka baik dengan kerajaan. memang kerajaan umno ni ada kurang dan ada lebihnya tapi kita selesa dan aman kan duduk kat malaysia. kita boleh amal agama ikut iman kita kat malaysia tak ada siapa pun nak larang. kalau nik ajis tu nak pakai purdah pun boleh kat malaysia, tak ada masalah. DS najib tak kisah pun. maklum lah sekarang ni puak-puak peliwat makin ramai, dia orang bukan boleh tengok mat-mat jambu ni.

jangan terikut-ikut dengan puak-puak pas nie, langsung tak tahu nak bersyukur, nak komplain aje keje dia orang ni. tapi sanggup mengaku kononnya pejuang islam.

G4UMNO said...

Salam untuk semua yang mengucap Dua Kalimah Syahadah

Benar dan tepat hujah saudara, bukan kita tidak tahu, sebahagian peminjam PTPTN adalah juga daripada penyokong PAS, PKR dan dap, dalam masa yang sama mengutuk usaha murni Kerajaan BN. Itulah yang dikatakan sifat dayus, menafik, hipokrit, fasik dan kufur

Salam g4UMNO

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...