Followers

Thursday, November 26, 2009

Maqam Ustaz Nik Aziz

Nampaknya maqam kemuliaan Ustaz Nik Aziz sangat tinggi.
Kemuliaannya bukan sebarangan.
Qualiti aqidahnya luar biasa.

Para pengikut, penyokong dan pencium tangannya semakin yaqeen atas kemuliaan, ketinggian dan keluarbiasaan taraf keislaman ustaz Nik Aziz.

Buktinya beliau sanggup berqorban kerana Allah dengan memecat anak menantunya sendiri walaupun tidak bersalah.

Melalui firasat dan ilham luar biasa yang dikurnia Allah kepadanya, ustaz Nik Aziz mendapat tahu yang bersalah ialah UMNO/BN/Kerajaan Pusat dan pihak lain yang sengaja membuat fitnah untuk menjatuhkan Islam ciptaan PAS di Kelantan.

Beliau yang sentiasa mengamalkan kehidupan zuhud (menolak dunia secara maximum) melahirkan rasa kecewa kerana niat suci bersodoqah pihak yang membiayai pakej haji VVIPnya dihalang.

Beliau juga mendapat firasat dan ilham luar biasa yang dikurnia Allah kepadanya bahawa melantik Ariffahmi memegang jawatan CEO PMBK adalah betul dan mengikut panduan Nabi sendiri. Yang salah ialah LA telah tidak menjalankan tugas memberi nasihat kepadanya dalam mesyuarat penuh ketika perlantikan tersebut dahulu.

Beliau nampaknya kesal kerana orang ramai masih tidak memahami dirinya yang sentiasa suci, bersih, tidak mungkin berbuat silap. Allah tidak menciptanya untuk Kelantan sahaja tetapi untuk seluruh dunia bagi membawa keberkatan. Kerana itulah seliparnya sanggup dicuri orang untuk mendapat baraqah, tangannya dicium untuk mendapat baraqoh, gambarnya digantung untuk mendapat baraqoh.

Beliau kini menjadi ulamak tersohor mengatasi ulamak-ulamak yang lain dalam Parti PAS kerana telah membawa baraqoh kepada parti itu dengan kehadiran pegawai-pegawai SPRM di Kelantan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...