Followers

Thursday, November 26, 2009

Maqam Ustaz Nik Aziz

Nampaknya maqam kemuliaan Ustaz Nik Aziz sangat tinggi.
Kemuliaannya bukan sebarangan.
Qualiti aqidahnya luar biasa.

Para pengikut, penyokong dan pencium tangannya semakin yaqeen atas kemuliaan, ketinggian dan keluarbiasaan taraf keislaman ustaz Nik Aziz.

Buktinya beliau sanggup berqorban kerana Allah dengan memecat anak menantunya sendiri walaupun tidak bersalah.

Melalui firasat dan ilham luar biasa yang dikurnia Allah kepadanya, ustaz Nik Aziz mendapat tahu yang bersalah ialah UMNO/BN/Kerajaan Pusat dan pihak lain yang sengaja membuat fitnah untuk menjatuhkan Islam ciptaan PAS di Kelantan.

Beliau yang sentiasa mengamalkan kehidupan zuhud (menolak dunia secara maximum) melahirkan rasa kecewa kerana niat suci bersodoqah pihak yang membiayai pakej haji VVIPnya dihalang.

Beliau juga mendapat firasat dan ilham luar biasa yang dikurnia Allah kepadanya bahawa melantik Ariffahmi memegang jawatan CEO PMBK adalah betul dan mengikut panduan Nabi sendiri. Yang salah ialah LA telah tidak menjalankan tugas memberi nasihat kepadanya dalam mesyuarat penuh ketika perlantikan tersebut dahulu.

Beliau nampaknya kesal kerana orang ramai masih tidak memahami dirinya yang sentiasa suci, bersih, tidak mungkin berbuat silap. Allah tidak menciptanya untuk Kelantan sahaja tetapi untuk seluruh dunia bagi membawa keberkatan. Kerana itulah seliparnya sanggup dicuri orang untuk mendapat baraqah, tangannya dicium untuk mendapat baraqoh, gambarnya digantung untuk mendapat baraqoh.

Beliau kini menjadi ulamak tersohor mengatasi ulamak-ulamak yang lain dalam Parti PAS kerana telah membawa baraqoh kepada parti itu dengan kehadiran pegawai-pegawai SPRM di Kelantan.

Tuesday, November 24, 2009

Nampaknya suasana politik tanah air semakin menarik.

UMNO dah semakin stabil. MIC pun hampir begitu. MCA hampir kucar-kacir tetapi kini telah nampak minat nak cari jalan keluar. Kesimpulannya BN belum mantap.

DAP terus berjaya menghuruharakan Pulau Pinang dan rakyat. Keadilan telah semput sehingga terpaksa melantik Penasihat Ekonomi yang tidak dipersetujui oleh PAS dan DAP secara senyap. PAS pula menggelisah hilang identiti dan hilang arah akibat kemungkaran yang dilakukan oleh Geng Kelantan yang dikhalifahkan oleh Yang Amat Berhormat Tuan Guru Mursyid Haji Nik Aziz bin Haji Nik Mat. Kesimpulannya Gerombolan Pakatan PAS + DAP + PKR semakin menghampiri sempadan keruntuhan yang sudah ditakdirkan untuk mereka.

Kerakusan DAP untuk menghancurkan ketuanan politik Melayu, menghalang perkembangan Islam Tulen dan segala bentuk yang berasaskan Melayu semkin ketara, jelas dan terbukti berjaya.

Kebodohan melampau pengikut-pengikut PKR semakin menjadi-jadi apabila mereka masih terus mempercayai Nuar Brahim untuk menjadi ketua mereka walaupun berbagai skandal beliau dan orang-orang kanan beliau telah menjadi pengetahuan umum, tidak termasuk skandal Elyzabeth Wong dan lain-lain.

Ketaksuban pengikut-pengikut PAS pula telah teruji dengan kes demi kes yang telah diketahui umum dilakukan oleh wali zuhud ustaz Nik Aziz yang dinobatkan sebagai mampu memberi baroqoh. Sehinga kini pengikut-pengkut yang taksub tegar sahaja yang tidak tergugat, yang lain telah mula berfikir, meneliti dan akhirnya akan balik ke pangkal jalan.

Kseimpulannya, kesesatan politik yang dibawa oleh PAS, PKR di kalangan orang Melayu_Islam, telah mula berubah. Kalau dulu mereka terpinga-pinga dengan hujah yang tak sempat untuk difikirkan benar salahnya, kini mereka ada masa untuk membuat sedikit analisa.

Cuma sekarang tinggal DAP sahaja yang mempunyai peluang yang sangat luas untuk terus memporak-perandakan Melayu_Islam dengan hanya menjadikan pemimpin PAS dan PKR sebagai kuda tunggangan yang bodoh dan boleh dipermainkan.

DAP mampu mengarahkan PAS dan PKR berbuat apa sahaja. Disuruh baring atas jalan mereka akan baring, di suruh lawan Tuanku mereka akan lawan, disuruh orang kafir boleh guna ayat quran dalam kempen politik mereka akan laksanakan, disuruh berhenti memperjuangkan Islam mereka akan berhenti. Pendek kata DAP sangat berjaya menguasa segala-galanya yang ada pada pemimpin dan pengikut PAS + PKR.

Sebab itu agaknya hari ini telah mula kedengaran suara-suara bisikan halus di kalangan rakyat yang selama ini terpedaya dengan dakyah Gerombolan Pakatan DAP+PAS+PKR, telah mula melafazkan kata-kata seperti:

1. Mereka ni dah mengarut
2. Takkan agama diletak begitu rendah di bawah telapak kaki DAP
3. Menyesal aku beri kepercayaan dulu, rupanya omong kosong politk sahaja
4. Kalau menegakkan keadilan, biarlah mahkamah teruskan perbicaraan,
mengapa asyik cari helah untuk tangguh-tangguh
5. Bila kes Azmin Ali didedah, mengapa tak saman balik macam selalu dibuat

ahhh...macam-macam lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...