Followers

Friday, August 13, 2010

Tuntutan Saman Felda Bermotif Politik - MEMANG BENAR WAHAI MASLAN!!

Kejayaan yang dicapai oleh Felda sepatutnya dirasai oleh peneroka itu sendiri. Mereka yang menikmati dan sangat mengetahui betapa besar jasa Felda kepada mereka serta keluarga. Felda telah berjaya membantu mereka keluar dari menghampiri kemiskinan yang sangat ditakuti dalam ajaran Islam.

Apabila Suara Keadilan membuat fitnah terhadap Felda, sebenarnya gerombolan pembangkang bermain berpoltik. Tujuannya untuk membina persepsi negatif terhadap kerajaan untuk mengalih rasa kagum rakyat, khususnya peneroka, terhadap kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh Felda.

Permainan persepsi ini telah dimulakan oleh gerombolan pembangkang dengan menggunakan pentas politik. Mereka berjaya mengajak semua rakyat Malaysia bermain bersama-sama dengan membakar semangat dan emosi melalui media. Tanpa asas yang kukuh, persepsi baru yang negatif ini telah menjalar di kalangan rakyat dan rasa marah, benci serta tidak percaya lagi kepada kerajaan semakin menebal.

Tujuan Gerombolan Pembangkang bukanlah untuk membaiki Felda atau membela rakyat. Tujuan mereka untuk memisahkan rakyat dan peneroka Felda daripada kerajaan. Tujuan mereka supaya peneroka dan rakyat menjadi musuh kepada kerajaan walaupun kerajaan telah berusaha membaiki taraf hidup mereka selama ini. Ertinya fokus Gerombolan Pembangkang adalah politik dan menawan hati pengundi-pengundi Felda adalah matlamat akhir mereka.

Malangnya permainan di pentas politik ini tidak disambut oleh kerajaan atau UMNO. Malah permainan di pentas politik cuba dialih ke pentas perundangan. Kerana itulah kita melihat setiap hari selama seminggu hanya wajah Maslan sahaja yang tertayang di kaca TV sejak berita itu disiarkan. Yang selebihnya biarkan mahkamah yang uruskan, tak perlu kerja kuat bertemu warga Felda, tak perlu menawan hati mereka, tidak perlu menjejaki denyut nadi sanubari mereka.

UMNO sepatutnya menggerakkan seluruh warga Felda menentang Gerombolan Pembangkang ini. Jika ini berlaku barulah permainan di pentas politik ini menjadi seimbang dan berkesan. Gelombang kebangkitan seluruh warga Felda akan menggentarkan Gerombolan Pembangkang untuk selama-lamanya. Tetapi ini tidak berlaku kerana yang menentang permainan politik ini hanyalah Maslan seorang dengan dibantu oleh jentera penyiaran negara. Maslan berjaya menunjukkan beliau berjuang seorang diri tetapi Warga Felda gagal menunjukkan bahawa mereka bersama kerajaan.

Kejayaan gerakan psikologi Gerombolan Pembangkang semakin berjaya. Pusingan pertama Maslan merasakan beliau hebat dan berpeluang menjadi terkenal kerana menggunakan pentas mahkamah. Pusingan kedua Gerombolan Pembangkang berjaya menggerakkan tangan-tangan dari dalam Felda sendiri untuk menggugat kerajaan.

Dalam pusingan ini ternyata Maslan telah tertewas dan kehilangan punca. Gerombolan Pembangkang semakin mara ke hadapan. Kalau hari ini mereka berjaya mengajak 766 warga Felda menjadi pengkhianat, apakah Maslan masih mampu menghadapinya hanya dengan mengeluarkan kenyataan kosong!.

Maslan...berjuanglah di atas landasan yang betul, berkesan dan berterusan. Berjuanglah menghadapi musuh yang sebenar di gelanggang yang betul. Matlamat perjuangan adalah kemenangan, bukan sekadar untuk dilihat berjuang.

Hari ini Gerombolan Pembangkang tergelak geli hati melihat telatah pemimpin UMNO yang gagal menggerakkan rakyat untuk berjuang bersama-sama mereka. Mereka tergelak kerana UMNO percaya majlis yang diupah untuk dilaksanakan agensi kerajaan telah berjaya. Mereka tergelak kerana UMNO yakin jumlah program dan aktiviti yang mereka anjurkan dihadiri oleh khalayak yang sama dan tepukan kepada pemimpin yang merasmikan masih kedengaran di celah-celah paluan kompang dan bunga manggar yang mengasikkan.

Telatah Maslan dalam menghadapi fitnah Suara Keadilan terhadap Felda, adalah satu dari contoh sifat semulajadi Pemimpin dan kepimpinan UMNO masa kini. Marilah kita berdoa agar kuasa 2/3 yang sudah dinafikan itu, tidak menjadi semakin parah.

Baca seterusnya:

http://umno-online.com/?p=17864

Tuntutan Saman Felda Bermotif Politik -Ahmad Maslan



KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan menyifatkan tindakan 766 peneroka Felda Serting Hilir dan Gugusan Raja Alias, Negeri Sembilan mengemukakan tuntutan saman berjumlah RM200 juta terhadap badan itu bermotifkan politik.
 Beliau berkata, tuntutan itu tidak sepatutnya timbul kerana setiap kali hasil sawit dijual oleh peneroka ke kilang, urus niaga itu disertakan slip terperinci selari dengan harga dipersetujui peneroka seperti diamalkan sejak 15 tahun lalu.

 Harga sawit itu pula, katanya, telah dipersetujui di peringkat Jawatankuasa Persepakatan Bersama (JCC) Felda yang dianggotai oleh ketua peneroka setiap tanah rancangan, pengurus kilang dan pengurus rancangan bagi menyelesaikan segala isu berkaitan harga sawit.

 “Kenapa selepas 15 tahun baru tidak setuju dengan harga itu? Ini bermotif politik kerana seperti Felda nak menyaman PKR RM200 juta, mereka juga nak tuntut RM200 juta (melalui peneroka).

 “Nama-nama yang terlibat pun orang yang berjawatan dalam PKR, peguam dalam kes tuntutan Felda Serting dan Felda Raja Alias pun ialah R. Sivarasa (Naib Presiden PKR) dan kita semua maklum siapakah dia,” katanya pada sidang akhbar khas bagi memperjelaskan isu itu di Wisma Felda, di sini, hari ini.

 Isnin lalu, 766 peneroka dari dua tanah rancangan Felda di Negeri Sembilan itu memfailkan tuntutan saman RM200 juta ke atas Felda di Mahkamah Tinggi Seremban dengan dakwaan pentadbiran lembaga kemajuan itu menipu para peneroka berhubung Kadar Perahan Gred (KPG) sawit. -MediaUMNO

(ps: Isu Fitnah terhadap Felda seharusnya dihadapi secara politik bukan secara perundangan sahaja. Kini Gerombolan Pembangkan menggunakan Isu Kadar Perahan Gred (KPG) sawit kerana mereka berjaya mengikut rentak Maslan. Mari kita lihat berapa kali lagi wajah Maslan akan ditayangkan di TV sedangkan rakyat tidakpun berdiri di belakang UMNO atau kerajaan pada setiap isu yang dimainkan oleh Gerombolan pembangkang)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...