Followers

Monday, March 1, 2010

BN dan Pihak Lawan Keluar Parti

Berita tentang pemimpin PKR keluar parti tentulah menarik perhatian. Sesetengah pihak merasakan insiden ini menambah kredit dari aspek psikologi kepada BN. Walaupun ia mengurangkan jumlah suara pembangkang di parlimen tetapi tidak menambah jumlah kerusi BN.

Bagi kita yang memperjuangkan 1 Malaysia iaitu negara ini dibangunkan bersama-sama oleh kaum Melayu dan bumiputera, dengan dibantu oleh kaum Cina, India dan lain-lain tanpa mengira latar belakang agama dan adat tradisi, akan menganggap insiden ini sebagai satu amaran supaya bekerja lebih kuat.

Semasa menubuhkan Perikatan (sekarang Barisan Nasional) kita telah bersetuju supaya UMNO memperjuangkan kemajuan bangsa Melayu, agama Islam, institusi raja-raja, bahasa Melayu, dan semua kepentingan yang berkaitan dengan kaum Melayu. Manakala kita bersetuju juga supaya MCA dan parti kaum Cina yang lain memperjuangkan kebajikan dan kermajuan kaum Cina dan begitulah MIC memperjuangkan kepentingan dan kesejahteraan kaum India. Apabila tertubuh pula Persekutuan Malaysia, konsep ini dekembangkan lagi dengan memasukkan pribumi dan rakyat di Sabah dan Sarawak.

Kita telah berjaya dengan konsep 1 Malaysia ini di mana orang-orang Melayu dan Peribumi sanggup berkongsi kuasa politik dengan kaum Cina dan India sehingga tiada kaum yang dizalimi, dianaktirikan, ditinggalkan atau ditekan. Rakyat Malaysia berbilang kaum terbukti hidup sejahtera dalam sebuah negara demokrasi yang merdeka.

Agama Islam yang diangkat sebagai agama rasmi negara telah berjaya mensejahtera rakyat berbilang kaum. Institusi Kesultanan Melayu telah berjaya memayungi rakyat jelata hidup dalam aman bahagia. Kepimpinan politik yang terajui oleh UMNO dengan sokongan parti kaum Cina dan India telah membuktikan bahawa kita boleh hidup bersama dan mencapai kejayaan demi kejayaan secara berterusan.

Lebih mengkagumkan lagi ialah walaupun negara ini diketuai oleh kaum Melayu yang masih rendah pencapaiannya dari segi sosio-ekonomi tetapi kaum-kaum lain telah menikmati kesejahteraan hidup yang sangat baik dalam segenap lapangan kehidupan.

Kejayaan dan pencapaian inilah sebenarnya yang paling tidak disenangi oleh pihak pembangkang. Kebencian ini mendorong mereka menubuhkan gerombolan pakatan untuk menghancurkan perpaduan yang telah dibina di atas asas persetujuan kaum yang berbeza agama dan adat resam.

Dengan secepat kilat DAP segera memainkan isu racist. Tujuan DAP adalah untuk mendapat undi kaum Cina dan menjadi hero kaumnya.

PKR menambah dengan memainkan isu samarata-samarasa. Tujuan PKR pula adalah untuk membantu DAP mendapat undi kaum Cina dan mengurangkan undi UMNO-BN.

PAS pula dengan begitu gigihnya memainkan isu perjuangan kebangsaan adalah asobiah. Lantas mereka menyokong apa sahaja yang diaturkasusun oleh DAP asalkan undi orang-orang Islam tidak menyebelahi UMNO-BN. Tujuan PAS adalah untuk membantu DAP mendapatkan undi kaum Cina dan India manakala undi Melayu-Islam dan bumiputera tidak pergi kepada UMNO-BN.

Akibatnya berlaku kekeliruan di kalangan pengikut mereka sehingga ada yang sanggup menderhaka kepada raja, mempermain-mainkan maruah agama Islam dan memperlekehkan sistem kehakiman.

Hasil daripada kekeliruan ini ialah pihak DAP mendapat keuntungan yang besar apabila berjaya memerintah dua negeri iaitu Pulau Pinang dan Perak (11 bulan). DAP juga mendapat habuan kuasa di Selangor dan Kedah (melalui gerombolan pakatan)

Jadi.....
samada lebih ramai lagi pemimpin PKR keluar parti atau tidak....sebenarnya tidak memberi kesan kepada kekuatan BN.

Kekuatan BN terletak pada kepercayaan seluruh rakyat terhadap pentingnya konsep Perikatan yang kini diterjemah pula kepada konsep 1 Malaysia. Senario politik akan berubah jika konsep ini diketepikan oleh mana-mana ahli komponen.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...