Followers

Friday, August 19, 2011

14 lokasi kemalangan di Perak dikenal pasti


Lintau mengambil peluang mengingatkan kawan-kawan yang berurusan di jalanraya supaya berhati-hati. Kadangkala kita beringat-ingat tetapi pihak lain pula yang cuai. Akibatnya pihak yang tidak bersalah terpaksa terlibat sama.

Semasa berada di jalanraya, kita perlulah sihat dan kenderaan dalam keadaan yang terbaik untuk digunakan.

Dalam pada itu memandulah dengan penuh sopan dan semangat kasih sayang bersama pengguna jalanraya yang lain. Bertolak-ansur dan saling menghormati adalah amalan yang mulia semasa di atas jalanraya.

Jangan sesekali biarkan emosi dan hati kita jadi panas dan tidak stabil. Janganlah berasa marah tidak bertempat atau menyebabkan orang marah semata-mata kerana hati kita panas:



14 lokasi kemalangan di Perak dikenal pasti

19/08/2011 5:47pm

IPOH 19 Ogos — Polis Perak mengenal pasti 14 lokasi di negeri ini yang didapati kerap berlaku kemalangan maut terutama menjelang perayaan.
Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahalan berkata antara laluan itu ialah Jalan Ipoh-Simpang Pulai, Ipoh-Teluk Intan, Ipoh-Butterworth, Jalan Sitiawan-Taiping, Ipoh-Lumut, Ipoh-Kuala Lumpur dan Teluk Intan-Hutan Melintang.
Lokasi lain ialah Sri Manjong-Simpang Lekir, Sitiawan-Teluk Intan, Lebuhraya Timur Barat Gerik-Jeli dan Ipoh-Taiping, kata kepada pemberita di sini hari ini.
"Sehubungan itu kita menempatkan seramai 234 anggota polis trafik di lokasi-lokasi strategik mulai minggu depan sempena operasi di musim perayaan bermula 22 Ogos hingga 16 Sept ini,” katanya yang ditemui selepas menghadiri perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen.
Mohd. Shukri berkata, melalui operasi kali ini, pihaknya mensasarkan penurunan kadar kemalangan sekurang-kurangnya lima peratus.
"Pada operasi sebelum ini, kita berjaya menurunkan kadar kemalangan sebanyak lima peratus dan pada tahun ini kita optimis sasaran yang sama akan dicapai,” katanya.
Katanya operasi tersebut turut membabitkan Jabatan Pertahanan Awam, Bomba dan Jabatan Pengangkutan Jalan dan beberapa agensi lain. — Bernama


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...