Followers

Wednesday, August 4, 2010

DAP: Malaysia Mengekalkan Perlembagaan Lapok

DAP: Malaysia Mengekalkan Perlembagaan Lapok

1. Perlembagaan Negara Malaysia adalah yang terbaik yang telah memberi jaminan kepada semua rakyat untuk hidup bersama semenjak negara mencapai kemerdekaan. Rakyat yang berbilang kaum berpeluang berkongsi kuasa politik, ekonomi, kebajikan dan kebebasan beragama. Semua kaum berjaya hidup dan bersaing secara adil untuk memajukan diri masing-masing di bawah semangat perlembagaan yang sedia ada.

2. Bagaimanapun, semangat perjuangan politik kaum China dan India yang dibawa oleh pemimpin mereka yang racist dan cauvinis amat tidak selaras dengan semangat perlembagaan kita. Melalui perjuangan parti politik, DAP tidak pernah berhenti menyanggah perlembagaan yang mereka anggap sudah “lapok” kerana:

a. Memberi peluang kepada ketuanan Melayu
b. Mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi
c. Menjamin survival kaum bumiputera
d. Mendaulatkan Institusi Raja-Raja Melayu
e. Mengekalkan budaya dan adat istiadat Melayu

3. Situasi politik telah berubah kerana persepsi yang dimainkan oleh DAP telah berjaya meningkatkan keyakinan di kalangan kaum China bahawa perlembagaan kita adalah perlembagaan lapok dan perlu diganti segera. Maka politik Malaysia era PRU ke 13 sedang menghadapi kemaraan dan kejayaan DAP melaksanakan cita-cita mereka:

a. DAP merencanakan penguasaan kuasa politik dan pentadbiran negara/negeri ke tangan kaum China setelah mereka berjaya menguasai sepenuhnya sektor ekonomi. Kaum Melayu pula telah bersedia untuk menyerahkan kuasa politik yang sudah tinggal sedikit ini walaupun masih tidak menguasai ekonomi.

b. DAP terus berjaya memerkudakan parti PAS dan membantu parti itu meningkatkan kebencian pada UMNO dengan matlamat kaum Melayu tidak lagi bersatu dan seterusnya kehilangan kuasa politik. Manakala perkara sebaliknya pula berlaku di kalangan kaum China yang tidak berpecahbelah kerana ideologi parti atau agama. Hasilnya Parti PAS sedang bekerja keras melaksanakan perencanaan DAP ini walaupunpun terpaksa melanggar atau mengenepikan prinsip-prinsip dalam ajaran agama Islam itu sendiri. DAP amat sedar bahawa natijah perjuangan PAS yang sebenar adalah untuk membunuh UMNO dan kuasa politik kaum Melayu/Bumiputera dan bukannya kerana agama Islam. DAP amat menyedari hakikat bahawa UMNO telah berjaya meningkatkan syiar dan syariat Islam di negara ini. PAS berjaya mentarbiah penyokongnya menjadi taksub melampau sehingga mempercepatkan kehancuran kuasa politik yang ada di tangan kaum Melayu yang diperlukan untuk mempertahankan agamanya.

c. DAP berjaya memanipulasi keinginan luar biasa Anwar Ibrahim yang ingin melepaskan dendam kesumat ke atas apa yang terjadi kepada dirinya akibat salahlaku dan kerakusan nafsu serakahnya sendiri. DAP amat sedar bahawa Anar Ibrahim mampu bergerak dengan memijak kepala bangsanya sendiri, bersedia menjual agamanya dengan harga yang amat murah semata-mata untuk memenuhi cita-cita peribadi. DAP membantu memperbanyakkan lagi penyokong Anwar Ibrahim supaya lebih lemah sokongan terhadap UMNO dan solidariti kuasa kaum Melayu/Bumiputera.

d. DAP berjaya menyatukan kaum China dan mereka telah membuktikan mampu bersatu menggunakan kuasa undi mereka untuk menafikan penguasaan kuasa politik kaum Melayu/Bumiputera. Hakikatnya hari ini, sokongan kaum China telah beralih ke arah melemahkan Barisan Nasional supaya kaum Melayu/Bumiputera tidak lagi menguasai Parlimen. Dengan itu ruang untuk melaksanakan semangat perlembagaan menjadi semakin tipis, walaupun perlembagaan itu masih wujud!. Maka dengan sendirinya Perlembagaan kita menjadi “lapok” sebagaimana yang dikehendaki oleh pemimpin-pemimpin perkauman DAP, PAS, PKR dan NGOs yang lain.

e. Penulis yakin, PRU ke-13 belum mampu menumbangkan Perlembagaan yang sedia ada, tetapi semangat perlembagaan itu tidak mampu direalisasikan lagi buat selama-lamanya. Penghakisan kuasa politik dari tangan kaum melayu/Bumiputera yang sedang berlaku secara berterusan akan membantu kaum China menguatkan cengkaman mereka di sektor ekonomi dan menambah kekuatan politik yang akhirnya mempengaruhi keputusan pentadbiran negara. Apalah dosa di Sibu sehingga kaum China menghukum BN dan menjulang DAP yang tidak melakukan apa-apa untuk kesejahteraan hidup mereka selama ini?

4. Fenomena ini berlaku kerana kebetulan pula kaum Melayu sebagai satu bangsa yang bermaruah dan berdaulat di tanahairnya, telah mengalami kehilangan identiti diri sebagai satu bangsa yang memiliki budaya, kesenian, falsafah akibat dari kecelaruan tafsiran agama dan gagal memanfaatkan ajarannya.

….bersambung

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...