Ustaz Nik Aziz bersama Penasihat Kanan Kerajaan PAS-DAP Negeri Kelantan
PRK DUN Galas sangat menggerunkan PAS. Ustaz Nik Aziz telah menggambarkan ketakutannya dan bermohon supaya Ku Li tidak melibatkan diri dengan UMNO-BN.
Sebelum ini, Nik Aziz tidak bersetuju jika BN/UMNO meletakkan Ku Li sebagai calon PRK DUN Galas. Nik Aziz dalam kenyataannya meletakkan Ku Li sebagai tokoh UMNO yang berkredibiliti tinggi dan tidak layak bertanding DUN. Nik Aziz menyatakan bahawa “standard” Ku Li adalah hanya untuk calon Parlimen dan adalah satu penghinaan sekiranya Ku Li bertanding sebagai calon DUN. Husam Musa pula berkata bahawa PAS akan memberikan kemenangan percuma jika Ku Li diberikan mandat oleh BN/UMNO untuk menjadi calon BN di PRK DUN Galas itu
Sumber Harakahdaily
Kesediaan Ku Li sebagai Ketua Bahagian menggerakkan jentera pilihanraya kecil DUN Galas yang akan berlaku di Bahagian Gua Musang sangat menggerunkan semua pemimpin Pas.
Mereka sudah menghidu kesukaran dan masalah yang bakan menanti mereka, antaranya:
- Usaha Pas merampas duit dari Petronas yang kini disampaikan terus kepada rakyat Kelantan untuk dibolot oleh parti, sudah diketahui oleh seluruh rakyat Kelantan.
- Rakyat Kelantan terasa disia-siakan oleh Pas walaupun sudah 20 tahun diberi mandat memerintah
- Hak Rakyat mendapatkan kemudahan asas yang diperlukan dalam kehidupan seharian telah dinafikan oleh Kerajaan Negeri.
- Penyelewengan dan Rompakan Harat Rakyat di Kelantan semakin menjadi-jadi telah menjadi bualan rakyat di surau-surau dan mesjid-mesjid di seluruh negeri.
- Keghairahan pemimpin parti Pas mengaut Harta Rakyat dari bumi Kelantan Darul Naim berlaku setiap hari di depan mata Rakyat.
- Seluruh Rakyat Kelantan semakin sedar penglibatan kerajaan PAP Singapura membantu Partai Islam Semalaysia menubuhkan Kerajaan Perpaduan DAP_PAS di negeri itu.
Pasti, PRK DUN Galas akan menjadi titik awal perubahan senario politik Kelantan.
Kesediaan Ku Li bersama semua pemimpin UMNO-BN Kelantan mencatur semula strategi politik di negeri itu dilihat sebagai bermulanya kehancuran penguasaan politik Pas sebagaimana yang terjadi di Terengganu.
Bagaimanapun parti PAP Singapura akan terus bergandingan dengan parti DAP di Malaysia dalam usaha memperalatkan Parti Islam Semalaysia membantu mencapai cita-cita Malaysia-Malaysia.
Anda juga meminati:
No comments:
Post a Comment