Nuar Berahim Adalah Pengarah Drama Politik Untuk Di Pentaskan Di Mahkamah
Dari Malaysiakini
Dua peguam yang didakwa memaksa Rahimi Osman membuat dua akuan bersumpah memberi amaran mengambil tindakan undang-undang terhadap terhadap bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.
Peguam N Surendran berkata, kenyataan Rahimi itu jelas pembohongan dan fitnah kepada dua anak guamnya Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli.
“Tanpa ragu, kami rasakan ia merupakah satu fitnah. Kami akan keluarkan surat peguam supaya beliau membuat permohonan maaf terbuka atau menghadapi tindakan undang-undang,” kata Surendran.
Ditanya sama ada beliau akan memberikan seminggu kepada Rahimi menarik balik dakwaannya semalam, Surendran berkata: “Lebih cepat daripada itu.”
“Saya rasa dia tak perlu seminggu. Dia tahu dia berbohong. Hanya perlu 24 jam untuk tarik balik,” katanya.
Beginilah drama terbaru yang dikarang dan diarahkan oleh Nuar Berahim.
Para pelakon telah mula beraksi mengikut skrip dan lokasi yang terpilih.
Bagaimanapun terlalu banyak kepincangan dalam persembahan drama kali ini.
- Para pemerhati melihat bahawa lokasi di Restoran Lotus Klang bukanlah tempat paling sesuai untuk Rahimi mengadakan PC yang menggemparkan itu.
- Kehadiran begitu ramai samseng yang mengganggu PC Rahimi seperti telah dirancang dan Rahimi begitu mudah membubarkan sesi PCnya.
- Peguam Rahimi langsung tidak mengambil apa-apa tindakan susulan samada membuat laporan polis ataupun mengeluarkan kenyataan menyesali gangguan tersebut selepas hak untuk mengadakan PC dirampas oleh samseng-samseng yang bertindak ganas itu.
- Kehairanan juga menjadi perbualan awam apabila tidak diketahui mengapa tiba-tiba sahaja Rahimi yang hidup mewah, mengambil tindakan menimbulkan semula tohmahan terhadap DS Najib dan Rosmah berkaitan isu liwat Nuar Berahim yang sedang dibicarakan di mahkamah.
Apa pun, setakat ini kita dapat memahami motif sebenar Nuar Berahim mencipta drama barunya adalah untuk mengaktifkan semua persepsi orang ramai bahawa kes liwatnya adalah kes politik, bukannya kes jenayah peribadi dirinya sendiri.
Nuar Berahim tahu bahawa seluruh rakyat sudah memahami bahawa kes liwat yang sedang dibicarakan adalah kes salahlaku peribadinya, tetapi Nuar Berahim mencuba sedaya upaya membina persepsi dan mengajak orang ramai percaya kes itu adalah kes politik.
Kini, dapatlah kita menjejaki bahawa sebenarnya Nuar Berahim berada dalam situasi yang amat tertekan, hampir kehilangan punca, putus harapan dan bertindak dengan apa cara sekalipun selagi ada pihak yang boleh dimanipulasinya.
Permainan persepsi ini akan berterusan. Drama ciptaan Nuar Berahim akan terus ditayangkan. Tetapi kemusnahan dirinya menjadi semakin cepat.
Rakyat tidak lagi keliru. Rakyat memerhati dan semakin jelas dapat melihat bahawa Nuar Berahim adalah mangsa kesalahanya sendiri.
No comments:
Post a Comment