Followers

Thursday, December 16, 2010

UMNO: Tolonglah Pertahan Negara..tolonglah!!

DAP sangat berjaya meruntuhkan jati diri umat Islam

Penulis turunkan keluhan seorang peserta forum Utusan

Sumber: www://utusan.com.my

Siapa terbaik bentuk kerajaan?

SAYA mengikuti dengan teliti perkembangan politik negara khasnya selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 yang menyaksikan landskap politik negara berubah secara luar biasa. Saya dapat melihat dan merasakan keresahan dan kegelisahan rakyat terbanyak kesan perubahan ini. 

Berkongsi pengalaman kami di Perak selama 11 bulan di bawah pemerintahan pakatan pembangkang, keadaan menjadi amat sukar dan rumit.

Kampung yang selamanya aman damai menjadi tegang dan keruh. Penyokong dan pimpinan pakatan menjadi seakan-akan mabuk dan hilang ingatan. Suasana harmoni yang selama ini dinikmati tiba-tiba hilang apabila JKKK ketika itu ingin merampas dan menguasai segalanya.
Kelas-kelas Tabika Kemas, dewan orang ramai, surau dan masjid menjadi semacam simbol kuasa yang mesti dikuasai oleh mereka. Mereka merampas kunci dewan dan surau dan serta-merta membuat pelbagai undang-undang penggunaan yang sebenarnya menyukarkan rakyat.

Hubungan yang selama ini ibarat sebuah kampung satu keluarga tiba-tiba lenyap begitu sahaja. Mujurlah ia hanya berlangsung selama 11 bulan. Tempoh 11 bulan yang mengajar dan mendidik. Perkara ini saya timbulkan semula kerana keadaan politik yang semakin jelas hari ini. 

Pendedahan Wikileaks baru-baru ini ada hikmahnya. Ia tidak harus hanya dilihat dari sudut perilaku dan tabiat Anwar Ibrahim semata-mata. Lebih jauh daripada itu ia membuktikan bahawa Malaysia tercinta ini juga menjadi perhatian antarabangsa.

Singapura dan Australia dari sudut sejarahnya amat mencemburui Malaysia. Mereka nampaknya sentiasa memerhati dan menilai. Kebimbangan kita ialah minat yang mereka tunjukkan seakan-akan mendapat sokongan dari dalam negara. Mereka menuduh Anwar dan cuba menjatuhkan UMNO/BN melalui ungkapan 'Anwar diperangkap oleh musuh politiknya'.
Apabila Anwar dilihat tidak layak dan UMNO/BN juga dinilai tidak cukup berwibawa, maka siapakah yang dicadangkan atau dilihat terbaik oleh pendedahan tersebut? Inilah persoalannya.
Saya nampak kita tidak mempunyai pilihan sama sekali. Pilihan yang ada ialah memperkuatkan diri kita sehingga tiada ruang bagi sesiapa pun untuk memperkecilkan kita.
UMNO mesti mengepalai gerakan ini. Kalau dahulu UMNO memimpin usaha mencapai kemerdekaan, kini UMNO wajib mengetuai usaha mempertahankan kedaulatan kita.

UMNO mesti berjiwa besar. UMNO mesti bangkit dengan kuat dan berani. Ini bukan lagi soal merebut jawatan di Cawangan dan Bahagian. Lebih besar daripada itu, UMNO mesti memenangi pilihan raya umum dengan memastikan majoriti 2/3 di Parlimen. 

Kerajaan UMNO/BN mesti menjadi kerajaan yang kuat kerana kuat lemahnya UMNO/BN akan memberi makna kepada maruah kita yang cuba dicabar.

KAMARIAH YOUB
Kampung Seberang Karai, Perak

2 comments:

Anonymous said...

jika jeritan jiwa penulis ni meresap ke jiwa sanubari semua warga UMNO memang la sangat bagus..tapi malangnya ia belum berlaku dan ntah berlaku ntah tidak..

SUNGAI RAPAT ONLINE said...

Salam Sahabat
Saya pun tertanya-tanya adakah pengajaran 11 bulan masih tidak cukup buat semua ketua-ketua bahagian Umno dan pemimpin Umno Perak yang masih diulit mimpi. Sehingga kini saya melihat ketua Bahagian diibaratkan ada pun tak memberikan kesan kepada rakyat dan jika tiada pun lebih aman rakyat. Masa masih ada sehingga PRU13 berubahlah atau jika tidak anda akan diubah oleh rakyat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...