Followers

Saturday, April 24, 2010

PRK HS: Peneroka Felda Lurah Bilut Menyesal


SKIM FELDA LURAH BILUT

24 April 2010 - Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor, 4.45 pm.

Tuan Haji Nordin bin Abdullah mendakwa beliau adalah kumpulan peneroka pertama tanah rancangan Felda yang pertama Lurah Bilut di Pahang. Mendakwa beliau berucap mewakili peneroka Felda Lurah Bilut dan mencadangkan supaya seluruh bangsa Melayu terutama generasi kedua Felda bersusaha bersungguh-sungguh memusnahkan UMNO dan menghalaunya keluar daripada tanah-tanah rancangan Felda.

Sebagai kumpulan peneroka pertama, beliau telah menerangkan betapa pada tahuin 1959 UMNO begitu zalim kerana berkempen kepada mereka yang ketika itu duduk di kampung-kampung dan kerana kempen itulah mereka bergerak masuk ke tanah rancangan Felda.

Dengan nada menyesal beliau menerangkan betapa susahnya mereka menebang menebas untuk menjayakan tanah rancangan tersebut. Kesengsaraan yang dialaminya bermula pada tahun 1959 itu tidak terhingga kerana kerajaan dan UMNO tidak menyediakan bekalan air paip dan elektrik.Mereka terpaksa bekerja setiap hari untuk menjaga tanaman mereka. Kerajaan amat zalim kerana hanya memberi geran tanah untuk seluas 7 ekar sahaja.  

Beliau mengajak seluruh pendengar supaya jangan memberi undi kepada UMNO tetapi menyerus supaya memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat kerana Pakatan Rakyat terbukti telah berjanji akan membela dan memperjuangkan rakyat.

Ucapan Tuan Haji Nordin Abdullah ini disudahi dengan penyerahan memorandum kepada Lim Kit Siang dan mengharapkan DAP dapat memperjuangkan nasib peneroka Felda di Parlimen. Dalam ucapan balasnya Lim Kit Siang berjanji tidak akam menghampakan harapan mereka dan mengajak mereka memusnahkan UMNO supaya nasib peneroka yang teraniaya akan terbela.

Akan diupdate dari semasa ke semasa




2 comments:

YANG GAMBI said...

Salam bro, bayangkalah waktu itu Tanh Melayu baru 2 tahun merdeka, itulah saja cara pemimpin2 UMNO waktu itu memikirkan untuk memberi tanah kepada orang2 Melayu yang tidak bertanah, yang tidak berharta, itulah saja tawaran yang dapat diberikan kepada mereka....

Tetapi bak kata orang, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian...

Apakah sejak tahun 1959 peneroka Lembah Bilut menyertai Felda, hidup mereka samapi sekarang masih lagi terbelenggu dengan kesempitan hidup ? masih tiada kemudahan-kemudahan asas yg disediakan kepada masyarakat Lembah Bilut ?

Waima apa sekali pun, kita kena juga fikir suasana semakin berubah, janganlah kata UMNO yang memaksa mereka, sehingga mereka mengecapi nikmat dari hasil titik peluh mereka....

boh said...

haji..haji nordin... kalo dia rasa bagus sangat dok kat kampung, naper x kuar ajer Felda? malahan..pada hari ni pun..bole pulangkan geran tanah tuh kpd kerajaan...ramai lagi org yg nak tanah kebun dan tapak rumah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...