Selepas Nik Aziz, Lim Kit Siang Pula Menghasut di Felda
24 April 2010 - Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor, 4.30 pm.
Selepas Ustaz Nik Aziz yang baru 2 hari balik dari Mekah memuaskan nafsunya menghasut peneroka Felda di Sungai Tengi, maka giliran Lim Kit Sinag pula menyambung hasutan pada sebelah petang.
Walaupun kehadiran hanyalah sekitar 400-450 orang yang terdiri daripada wakil-wakil peneroka Felda dari luar negeri Selangor, tetapi hasutan yang disusun dengan begitu rapi itu terus disampaikan dalam walaupun suasana dingin tanpa sambutan daripada peneroka tempatan. Pe4nulis menganggap Lim Kit Siang dan DAP berjaya memulakan langkah pertamanya.
Lim Kit Siang berjaya masuk ke Felda dan telah ditabalkan sebagai hero peneroka Felda. Dalam majlis tersebut dua memorandum telah diserahkan kepada pemimpin racist DAP itu untuk di bawa ke sidang parlimen. Walaupun tiada tepukan gemuruh dan laungan Allahuakbar mengiringi penyerahan memorandun tersebut, tetapi jelaslah bahawa Lim Kit Siang telah berjaya menyusup masuk ke dalam komuniti Felda yang selama ini menikmati hasil dasar kerajaan yang memberi manfaat kepada mereka.
Dalam ucapannya, Lim Kit Siang dengan bangganya menyeru hadirin yang hadir supaya bersama-sama beliau untuk menamatkan riwayat UMNO-BN dan mengantikannya dengan Pakatan Rakyat kerana hanya Pakatan Rakyat sahajalah yang berjuang mebela rakyat.
Perbualan Penulis bersama beberapa orang tempatan yang terdiri daripada peneroka Felta Sungai Tengi, melahirkan rasa bimbang dan sedih kerana Ustaz Nik Aziz sanggup melacurkan perjuangan suci umat Islam kepada DAP semata-mata ingin mendapatkan kuasa. Mereka juga berasa hairan dengan sikap Anwar Ibrahim yang sanggup menjadi kuda tunggangan dan alat DAP memecahbelahkan masyarakat Melayu-Islam yang telah terbela nasibnya melalui rancangan skim Felda.
Lim Kit Siang dengan penuh emosi cuba membangkitkan kemaharan dan kebencian orang-orang Melayu terhadap UMNO dengan mengatakan bahawa generasi kedua Felda kini sudah teraniaya kerana kebanyakan mereka hanya menjadi buruh kerajaan di tanah rancangan Felda. Kezaliman kerajaan akan berterusan sekiranya UMNO tidak dimusnahkan kerana UMNO membawa banyak pekerja asing sehingga generasi kedua Felda tidak lagi boleh menjadi buruh. Sekiranya Pakatan Rakat memerintah, semua masalah ini akan diselesaikan dan hak generasi kedua Felda akan diserahkan semula. Semasa Lim Kit Siang melafazkan ucapannya ini, terdengar jeritan "takbir", tetapi tiada sambutan dan selepas itu laungan "reformasi" yang juga tiada sahutan.
Dikhabarkan malam ini Ustaz Nik Aziz akan berceramah lagi untuk menambah hasutannya supaya tahap kebencian peneroka kepada UMNO dapat ditingkatkan.
Bagaimanapun, Penulis sempat berbual dengan sebahagian dari peneroka tempatan termasuk generasi muda di Felda Sungai Tengi, Felda Gedangsa dan Felda Soharto yang mana kesemuanya akan mempertahankan tanah rancangan Felda dari menjadi lubuk hasutan Pas, PKR dan DAP. Nyata mereka menginsafi betapa Felda adalah merupakan anugerah dan nikmat Allah yang perlu disyukuri. Mereka juga akan berusaha memberi nasihat kepada rakan-rakan yang telah terpesong dan terpengaruh dengan dakyah Gerombolan Pakatan Pembangkang selama ini.
Akan diupdate dari semasa kesemasa.
No comments:
Post a Comment