Ustaz Politik Bertaraf Tadika PASTI
Kampung Rasa Tambahan, Hulu Selangor 23 April 2010. 10:00 pm
Alhamdulillah dengan izin Allah Penulis berkesempatan mengikuti ceramah Ustaz Nik Aziz bersama-sama dengan pendengar yang lain seramai 746 orang termasuk peniaga gerai.
Mendengar ucapannya semalam, Penulis membuat kesimpulan berikut:
1. Nik Aziz tidak lebih daripada ustaz bertaraf tadika PASTI yang tidak mempunyai kredibiliti samada menghujah, menghurai atau menerangkan sesuatu. Kata-katanya tidak bernilai ilmu, ketandusan intelektualisme, menyimpang dari etika keilmuan Islam dan retorik murahan yang menggunakan Islam sebagai alat hiasan slogan kosongnya.
2. Pendengar setiannya terdiri daripada pengikut yang tidak mampu lagi berfikir, tetapi taksub membabi buta dan menelan apa sahaja yang diluahkan oleh Nik Aziz tanpa memberi petimbangan samada benar, tidak benar, logik, tidak logik, sesuai, tidak sesuai, malah bercanggah atau tidak dengan agama.
3. Beberapa kali semasa Nik Aziz berucap, kedengaran laungan takbir dijeritkan untuk membantu suasana hambar, tetapi tidak lagi mendapat sahutan.
4. Nik Aziz terpaksa menamatkan ucapannya lebih awal pada pukul 10.34 mlm dan sebaik menamatkan ucapan, sebahagian besar pendengar berpusu-pusu meninggalkan kawasan ceramah.
5. Untuk menjadikan majlis lebih menarik, penganjur tidak lupa menyelitkan dengan pemberian rasuah (istilah yang mereka gunakan kepada UMNO/BN) berupa jersi daripada YB ADUN Lembah Jaya kepada Belia Rasa FC. Selepas pemeberian dan penerimaan berlaku, laungan takbir dijeritkan, tetapi malangnya tiada seorangpun yang menyahut.
6. Kawasan ceramah menjadi lengang sebelum kereta mewah Nik Aziz meninggalkan kawasan ceramah.
INITIPATI CERAMAH NIK AZIZ:
1. Tahun 1967 UMNO tidak menangkap pencuri tetapi menangkap Tok Guru, sebab itu beliau mengambil keputusan melawan UMNO hingga sekarang.
2. Pas berkawan dengan DAP kerana UMNO berkawan dengan APCO
3. Nabi Muhamad meperjuangkan agama tetapi UMNO memperjuangkan bangsa. Oleh itu UMNO patut diharamkan.
4. Kejadian rogol, judi, rasuah dan zina adalah disebabkan ajaran sesat yang dibawa oleh UMNO sepanjang pemerintahannya. UMNO sepatutnya mencampuradukkan agama dengan politik sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Muhamad.
5. UMNO perjuangkan orang Melayu, tetapi orang Melayu malas. Hasil negeri diperolehi daripada kaum China yang banyak membayar cukai.
6. UMNO zalim kerana wang petronas yang diberi kepada rakyat Kelantan sepatutnya diberi kepada parti PAS.
Nota: Semasa pendengar berpusu-pusu meninggalkan majlis, kelihatan beberapa kelamkabut orang mengedarkan risalah kerana tidaka menyangka majlis terpaksa dihentikan secara mendadak.
No comments:
Post a Comment