Kampung Rasa Tambahan, Hulu Selangor, 23 April 2010, 10.00 mlm.
Sepanjang menyampaikan ceramahnya, Ustaz Nik Aziz telah menyentuh tentang perlakuan-perlakuan yang dilarang oleh agama Islam. Semua perlakuan ini tidak boleh dilakukan oleh manusia yang menganut agama Islam. Kalau ada yang melanggar arahan Allah itu adalah disebabkan mereka dididik oleh UMNO.
Ustaz Nik Aziz mengulangi senarai perkara yang dilarang itu sebanyak 8 kali di sepanjang ceramahnya, iaitu:
1. berzina
2. rasuah
3. merogol dan
4. judi.
Tidak pernah sekalipun Uztaz Nik Aziz memasukkan perbuatan "minum arak" kedalam senarai kesalahan di sisi agama Islam walaupun mengulanginya sebanyak delapan kali.
Ramai di antara pendengar berbisik sesama sendiri adakah minum arak tidak termasuk dalam larangan, maka ustaz Nik Aziz tidak memasukkan ke dalam senarai larangan tarbiyyahnya itu.
Sebab itulah agaknya semakin ramai pendengar termasuk yang berserban dan berketayap putih meninggalkan majlis ceramah ustaz Nik Aziz lebih awal. Penulis mendengar ada di antara mereka yang menyebut perkataan "ustaz politik", "ulamat politik murahan" tetapi penulis tidak tahu kepada siapa mereka maaksudkan.
Melihatkan semakin ramai pendengar yang meninggalkan majlis, kedengaran jeritan takbir dilaungkan, tetapi tiada mendapat sahutan balas dan pergerakan meninggalkankan ceramah itu juga tidak dapat dihalang.
Diakhir ucapannya ustaz Nik Aziz sempat menyeru pendengar yang semakin berkurangan supaya jangan memangkah calon UMNO dalam pilihanraya Hulu Selangor nanti. Ustaz Nik Aziz lupa calon yang bertanding adalah dari MIC.
Demikianlah betapa bencinya ustaz Nik Aziz kepada UMNO sehinggakan baru dua hari kembali dari Mekah tetapi masih belum juga mendapat hidayah Allah. Kebenciaannya kepada UMNO semakin menjadi-jadi sedangkan UMNO bersama komponen BN terus mendapat kekuatan Allah mentadbir negara memakmurkan dan mensejahterakan umat pelbagai kaum dan agama, seperti yang diajarkan oleh Rasulullah.
Laporan terkini akan menyusul dari semasa ke semasa.
1 comment:
Belum dapat hidayah lagi nampaknya tok guru walaupun baru balik dari Mekah...
Post a Comment