KUALA KUBU BARU: Tepat jam 9.12 malam Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor tanpa ragu-ragu telah mengumumkan bahawa calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan telah menewaskan Datuk Zaid Ibrahim, calon PKR dengan majoriti 1,725 undi. Kamalanathan berjaya meraih 24,997 undi manakala Zaid Ibrahim hanya 23,272 undi. 731 undi diisytihar sebagai undi rosak.
Penulis mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjalankan tugas dan peranan masing-masing. Terutama kepada YAB DS Najib, YAB DS Muhyiddin, seluruh pemimpin UMNO, MCA, Gerakan, MIC, PPP, KIMMA, NGOs, Bloggers, sukarelawan,dan semua yang terlibat yang tidak dapat dicatatkan di sini
Penulis juga tidak dapat melupakan peranan generasi muda yang kelihatan begitu setia dan bersemangat tinggi membantu memenangkan calon BN. Penulis sempat mendengar rayuan dan permintaan mereka kepada para pengundi yang masuk ke kawasan mengundi dengan rayuan "Makchik..jangan lupa masa depan kami..", "Pakchik...bantulah kami membina masa depan...", "Atok...kami harap jagalah masa depan kami..."
Begitulah serba sedikit rayuan anak-anak muda ini kepada para pengundi dengan diiringi senyuman dan tata tertib yang sungguh sopan. Penulis sangat berasa bangga dengan kebangkitan dan penyertaan anak-anak muda ini dalam meemperjuangankan nasib agama, bangsa dan tanahair kita.
Begitu juga kerjasama antara kaum yang berlangsung dalam suasana mesra bersepakatan.
Penulis tidak lupa kepada kegigihan dan kesabaran seluruh unit anggota keselamatan yang berjaya mengawal ketenteraman awam sepanjang masa berkempen sehinggalah keputusan dimumkan.
Bersyukur kita ke hadhrat Allah.
No comments:
Post a Comment