Followers

Tuesday, April 27, 2010

PRK HS: Zaid Kalah Tapi DAP Menang Besar

Keputusan PRK Hulu Selangor menjelaskan dengan tepat bahawa etnik China menolak konsep perkongsian kuasa yang selama ini diamalkan. Kejayaan membangunkan Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum, agama dan kebudayaan, telah tidak lagi menjadi keutamaan mereka walaupun itulah formula yang terbaik bagi negara ini.

Kesungguhan etnik China mencari dan menyuarakan pelbagai isu seolah-olah kerajaan BN tidak adil kepada mereka sudah memuncak. Mereka menolak secara total parti komponen MCA dan Gerakan dan kini berpaksi kukuh dengan parti DAP. Dengan kata lain DAP berjaya menggantikan MCA dan Gerakan sebagai mewakili etnik China.

Daripada PRK Hulu Selangor, kita dapat membuat rumusan yang jelas iaitu etnik China tidak memerlukan kerajaan untuk membangunkan mereka. Mereka tidak mahu bergantung kepada kerajaan untuk maju. Mereka sudah sangat percaya bahawa kuasa politik Malaysia perlu diubah dan mereka akan lebih maju lagi sekiranya dapat keluar dari bawah kerajaan BN sekarang.

Etnik China telah sampai ke kemuncak berpolitik mereka, iaitu mereka perlu memegang kuasa politik di negara ini.

Keyakinan ini memang berasas. Buktinya ialah kegigihan PAS dan PKR menyerang UMNO sudah sampai ke tahap merealisasikan cita-cita ini. Apabila PAS sendiri sudah mula menyerang Institusi Raja Melayu dan begitu liberal dalam persoalan agama Islam, orang-orang China sudah faham bahawa mala petaka sedang menghempap bangsa Melayu. Apabila PKR mengkucarkacirkan sistem kehakiman dan terus membantu melemahkan sistem politik berparlimen, orang-orang China sudah mendapat signal yang baik bahawa telah berlaku kemusnahan yang amat dahsyat kepada bangsa Melayu. Dengan kata lain kesatuan bangsa Melayu sudah musnah. Kemusnahan ini akan meruntuhkan kuasa politik. Tanpa kuasa politik perlembagaan negara dapat diubah mengikut tafsiran baru Pas, PKR dan DAP. Apapun tafsirannya orang-orang China tetap menggenggam kuasa politik.

Zaid kalah tetapi DAP menang besar.

Kerajaan mencuba sehabis baik menawan hati rakyat Hulu Selangor  termasuk mendengar rintihan kaum China. Peruntukan yang mereka minta dan suarakan ditunaikan segera yang boleh. Isu yang mereka bangkitkan diberi jaminan untuk diselesaikan. Tetapi mereka tetap kekal bersama DAP walaupun parti itu tidak mengeluarkan satu senpun peruntukan  untuk mereka. DAP cuma menggunakan air liur sahaja menghasut dan terus menghasut dengan memberi harapan bahawa kuasa politik pasti dapat dirampas dari kerajaan sekarang.


Antara hasil kerja Pas selama ini

Orang-orang China telah nampak dan semakin yakin bahawa kuasa Melayu/Bumiputera-BN ini sudah semakin rapuh dan menghampiri ke penghujungnya. Ideologi DAP telah meresap ke dalam jantung pengikut-pengikut Pas dan PKR.

DAP tidak perlu lagi menubuhkan bahagian atau cawangan di kampung-kampung tetapi bendera mereka dibawa dan dikibarkan oleh tangan-tangan Melayu-Islam sendiri. DAP tidak perlu menghabiskan masa mentadbir parti dan mengeluarkan peruntukan mengurus bahagian atau cawangan, tetapi ideologi parti DAP berkembang mekar di seluruh tanahair.



Kalau kita perhatikan, setiap ceramah PAS akan membawa ideologi DAP ini samada mereka sedari atau tidak. Antaranya:

1. Perjuangan Pas tidak berasaskan bangsa
2. Keadilan adalah hak samarata
3. Menyuburkan kebencian dengan menimbulkan pertentangan kelas sosial
4. Sengaja menimbulkan ketidakpuasan hati dengan membesarkan isu-isu yang kecil


Dengan daya usaha PAS dan PKR, Orang Melayu
telah menabalkan Lim Kit Siang sebagai Hero dan
pemimpin yang akan memperjuangkan nasib
masa depan generasi kedua Felda.
-Felda Sg. Tengi 24 Apr. 2010 - Perhimpunan Kebangsaan Warga Felda
Majlis DAP Menerima Memorandum Bantahan

 Saya menyeru rakan-rakan etnik China supaya kembali bersama dalam semangat 1Malaysia kerana itulah formula yang terbaik dan terbukti semenjak dari kemerdekaan hingga sekarang. Matlamat politik sempit DAP, Pas dan PKR hanya akan memusnahkan masa depan kita.

Saya juga menyeru rakan-rakan dalam PAS dan PKR supaya berpolitiklah secara matang dan berpandangan jauh. Nasib anak cucu kita adalah bergantung kepada keputusan yang kita buat sekarang.

8 comments:

nalapambu said...

Jangan lupa bahawa kaum india juga sudah hilang kepercayaan nya kepada MIC dan PPP.

Sokongan kaum india terhadap BN di HS se mata2 kerana calun nya berbangsa india. Cuba BN letak kan melayu dari UMNO sebagai calun pasti kaum india akan cabut lari dan sokong PKR.

Walauapa pun pencacai BN mahu tafsirkan berkenaan DAP ianya akan tetap terus unggul dan akan terus mendapat sokongan dari kaum cina dan india.

Kini DAP pula sudah bergabung dengan PAS dan PKR. Jika 20% sahaja kaum melayu menyokong PAS dan PKR, pasti BN/UMNO akan tumbang pada PRU13 akan datang.

Anonymous said...

Pas pengkhianat Melayu

Anonymous said...

Aku bukan nak menuding jari pada mana-mana politik...terutama 2 parti politik tunjang Islam dan Melayu iaitu Pas Dan UMNO......

Kita harus faham keadilan di dalam Islam harus di letak pada tempatnya. Begitu juga keadilan seperti mana yang diharapkan oleh manusia Pas dan Umno harus diletakkan ditempatnya...Dalam kontek ini kita letakkan Agama dan Bangsa itu yang teratas.

Justeru itu, kita melihat ada betulnya perjuangan UMNO dan Ada Betulnya perjuangan Pas. Kedua-dua parti ini sebenarnya bila bersatu akan melengkapi orang Melayu..Percayalah kita akan saling melengkapi antara kita bila Bersatu.

Jadi besarlah harapan untuk kita melihat UMNO dan Pas duduk semeja untuk berbincang dari hati ke hati akan permasalahan bangsa dan Agama Islam...untuk kita tunjukkan bahawa sebenarnya orang Melayu boleh bersatu...

Barang diingat bangsa yang satu lagi tu telah bersatu untuk menghancurkan kita Melayu dan Islam...Jadi bila lagi kita nak bersatu???

Apakah telah lenyapnya kuasa dan keistimewaan yang ada barulah kita terhegeh-hegeh untuk bersatu???

Bangunlah bangsa ku..ayuh bangunlah dari mimpi ngeri ini...kita pacukan usaha penyatuan..

Mana pemimpin UMNO...Mana Pemimpin Pas...Ayuh kita sepakat dan Bersatu....

orangkampung said...

Marilah UMNO dan Pas bersatu. Ini bukan masa kita jatuh menjatuh...jangan jadi ketam dalam baldi..

Kenapa susah sangat nak bersatu????

Ini bukan masa kita berbalah....tengok cina dalam diam-diam mereka ada agenda tersendiri iaitu nak menguasai jajaran dari Singapura hingga ke Perak..

Wahai pemimpin UMNO dan Pas jangan tidur lagi...jangan kau jual bangsa dan agama Islam tercinta.. bangun bangun bangkit...

Panglima Perang Cyber said...

salam perjuangan.

saya pertama kali datang ke blog tuan dan harap dapat kita bersama sama dalam misi siber menentang pakatan haram.

saya memohon untuk mengedarkan tulisan saudara di rangkaian BPN kami dan saya berbesar hati dapat memasukkan link blog saudara di list rakan blog saya.

salam 1Malaysia.

odieneology said...

ah.. memalukan je gambar yg last tu.. gambar tu kat kampung saya.. tp bila tgk blk gambar2 tu, pakcik dan makcik tu bukan berasal dari kampung saya. tah ceruk felda mane dia datang..memalukan LKS datang sungai tengi! najis mughallazah!!

Anonymous said...

Anda tersilap bila hanya membuat analisa di Hulu selangor. Cuba buat kajian pada PRU yang lalu. Dikawasan mana wakil kaum cina telah memenangi kursi DUN atau Parliment. Pada pengamatan saya wakil kaum cina, menang dikawasan majoriti melayu dan dikawasan majoriti kaum cina sendiri walaupun wakil MCA/Gerakan yang bertanding dengan DAP, wakil DAP akan tetap menang. Ini menunjukan dari dulu pun kebanyakan kaum cina akan memihak kepada DAP.

Lintau Perak said...

Terima kasih kepada semua yang menghantar komen di blog ini.

Semua pendapat sdra adalah selaras dengan apa yang saya fikirkan, yang saya risaukan dan yang saya yakin perlu dihadapi atas sifat realitinya.

Marilah kita teruskan membedah dan menganalisa fenomena ini untuk kebaikan yang tulen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...