Pesuruhjaya Pas Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain mengingatkan bahawa pemimpin yang zalim akan menganiayai rakyat.
Ingatan Ustaz Bakar ini sangat bertepatan dengan suasana sekarang di mana penyokong Pas sudah semakin berkurangan. Gejala ini membuktikan tahap pemikiran, pemerhatian dan kesedaran rakyat, khususnya umat Islam sudah semakin tinggi.
Sumber: perak.pas.org.my
IPOH, 4 Januari 2011 - Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan saban tahun Negara diliputi dengan kes-kes gejala sosial dan kerosakan moral seperti kes pembuangan bayi, kes pembunuhan dan kes rasuah.
Beliau menyeru agar rakyat Malaysia berfikir sejenak dimanakah letaknya punca masalah-masalah ini.
Menurut beliau, umumnya semua orang mengetahui bahawa agama merupakan benteng penghalang utama daripada masalah-masalah sosial tersebut berlaku. Tetapi sekarang kita lihat pegangan agama rakyat sudah rosak dan antara punca utamanya ialah rakyat Malaysia kini mempunyai pemimpin yang zalim dan ketandusan akhlak yang baik.
Pesuruhjaya PAS Perak itu juga mengajak rakyat Malaysia untuk bertaqwa kepada Allah. Takutlah daripada menerima akibat sama seperti kaum-kaum terdahulu seperti kaum Firaun dan kaum Namrud, di mana mereka ini dipimpin oleh pemimpin-pemimpin zalim yang akhirnya mengakibatkan diri mereka sendiri bersama dengan rakyat-rakyat mereka dihancurkan Allah Taala kerana maksiat yang mereka lakukan......
Keghairahan pemimpin Pas melakukan pelbagai kezaliman dalam mencapai cita-cita politik Parti Melayu Islam itu menyebabkan orang ramai menjadi semakin jelek dan kebingungan.
Kezaliman utama yang dilakukan secara berterusan ialah memperalatkan agama Islam untuk membantu Parti Kaum China DAP mencapai cita-cita malaysian Malaysia.
Kezaliman yang kedua yang juga dilakukan secara berterusan ialah membohongi dan menipu ahli-ahli dan pengikut sendiri menggunakan isu-isu yang tidak tentu kebenarannya. Misalnya isu APCO, Altantuya, Fitnah DS Rais Yatim dan banyak lagi yang kesemuanya sudah menjemukan orang ramai.
Kezaliman terhadap agama Islam yang paling digemari oleh Pas ialah menggunakan ayat quran dan mentafsirnya mengikut keperluan politik. Quran dan Hadith digunakan sepenuhnya untuk menyedapkan ceramah dan pidato termasuk menghalalkan digunakan oleh bukjan Islam.
Peringatan yang disampaikan oleh Ustaz Bakar sangat bertepatan dengan sikap dan kelakuan Pemimpin Pas di semua peringkat.
Untuk mengajak rakyat bertaqwa, kerajaan yang dipilih oleh rakyat selama ini sudah melaksanakan pelbgai program pendidikan yang mantap dan bertersuan. Guru-guru agama dan guru akademik dilatih diberikan kebajikan yang amat baik untuk mendidik anak-anak semenjak dari tadika lagi.
Tetapi malangnya pemimpin-pemimpin Pas hanya berceramah ke sana ke mari menjaja kebencian, persengketaan dan agenda-agenda anti nasional dan anti Islam.
Hasilnya ahli-ahli dan pengikut Pas teraniaya kerana semakin lama semakin menjadi semakin ganas
No comments:
Post a Comment