Pas awal-awal lagi sudah menubuhkan bilik gerakan PRK DUN Tenang. Membuktikan Pas mengakui demokrasi hidup subur dan Pas bebas berkempen dan mempengaruhi pengundi mengikut citarasanya tanpa halangan.
Pihak Kerajaan UMNO-BN yang dipilih oleh rakyat tidak ghairah berpolitik dan berkempen, malah masih sibuk meneruskan usaha menyediakan kemudahan untuk seluruh rakyat termasuk kemudahan untuk Pas masuk berkempen.
Analisis keputusan PRU 12 membuktikan bahawa ramai pengundi China telah bersatu melalui pengaruh dan hasutan DAP dalam percubaan untuk melemahkan kuasa UMNO-BN.
Mereka lakukan dengan memberi undi kepada Pas.
Para pemerhati percaya undi diberi bukan kerana masyarakat China yakin kepada Parti Melayu Islam Pas itu, tetapi bersatu untuk melemahkan UMNO yang juga sebuah Parti Melayu Islam yang berjaya berkongsi kuasa dengan Komponen utama MCA dan MIC serta parti-parti yang lain termasuk Sabah dan Sarawak.
Pas Perak menyedari perkara ini.
"Memang agak sukar untuk menang, tetapi kita yakin jika kena caranya, kita boleh menang," kata Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat yang Timbalan Pengarah I jentera pilihan raya kecil ini.
Memang pelik apabila Pas tidak yakin akan dapat mempertahankan sokongan itu berterusan . Ini disebabkan masyarakat China mendapati tidak ada apa silap Kerajaan UMNO-BN kepada masyarakat China keseluruhan selama ini. Apatah lagi era pemerintahan Pak Lah sudah berakhir dan diganti oleh DS Najib yang lebih berkaliber dan sensitif dengan kehendak masyarakat majmuk di negara ini.
Tenang adalah DUN yang terletak di bawah kawasan parlimen Labis, dan akan ditandingi oleh calon PAS bagi mewakili Pakatan Rakyat. Dalam pilihan raya umum lalu, PAS menang di kawasan Cina iaitu mendapat undi antara 50% hingga 67% undi.
...Misalnya, pengundi Bandar Labis Tengah yang terdiri 96% Cina, PAS memperolehi 66.8% undi. Untuk kerusi parlimen pula, DAP memperolehi 73.8% undi. Di Bandar Labis Timor yang mempunyai 63.5% pengundi Cina, PAS memperolehi 52.5% undi, sementara DAP pula mendapat 57% undi. Di Labis yang mempunyai 58.3% Cina dan 32.4% India, PAS mendapat 50.6% dan DAP mendapat 60.4%....Sumber: perak.pas.org.my
Statistik menunjukkan bahawa sebahagian besar pengundi Cina telah menyokong pembangkang DAP dan jelas mereka memperkudakan Parti Melayu Islam Pas pada PRU tahun 2008, untuk membunuh kuasa politik UMNO-BN yang sentiasa menjadi pilihan rakyat.

Ahli-ahli dan penyokong Pas telah sedar permainan DAP ini dan ramai yang telah mengetahui bahawa Pas hanyalah berperanan sebagai parti tunggangan DAP semata-mata.
1 comment:
PAS ada tak sumbangan di Johor? Di Kelantan pun tak pernah bina masjid.
Post a Comment