Followers

Friday, April 15, 2011

7 Kelemahan Gerombolan Pakatan Pembangkang


Sumber asal: peraktoday


Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang masuk hari ketiga pada Khamis terus mencuri tumpuan ramai apabila Adun Manjoi, Datuk Nadzri Ismail memberi tujuh alasan mengapa rakyat perlu menolak parti pembangkang daripada memerintah negara ini.

Beliau yang juga merangkap Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Perak, berkata sebab pertama rakyat perlu menolak pembangkang ialah parti itu tidak mempunyai hala tuju yang jelas untuk memerintah Malaysia.
Pertama, walaupun pembangkang memperkenalkan Buku Jingga, ia nyata tidak mampu menandingi pelan yang diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) samada di peringkat pusat mahupun negeri.
Kedua, parti pembangkang tidak mampu menaikkan semula semangat ahli yang menyokong mereka selepas calon dari parti itu tewas dalam beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini.
Ketiga, pembangkang gagal memenuhi janji manifesto mereka seperti yang berlaku di Selangor.
Keempat, Ikatan antara parti pembangkang juga rapuh kerana berbeza pendapat dan hala tuju untuk memerintah negara ini…ada yang mahu mewujudkan negara Islam manakala yang satu lagi  tidak mahu perkara itu berlaku sama sekali. Begitu juga yang berlaku di Sarawak apabila pembangkang berbalah sesama mereka mengenai pembahagian kerusi,” katanya kepada pemberita di Ipoh, hari ini.

Kelima, mereka gagal menggunakan sumber yang ada untuk saling bantu-membantu dan dimanfaat secara bersama walaupun Pakatan Rakyat menguasai empat negeri.
Keenam, pembangkang tidak mampu menjaga ahlinya kerana semakin ramai penyokong, wakil rakyat dan Ahli Parlimen keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Jika pembangkang tidak mampu menjaga ahli serta wakil rakyatnya, bagaimana Pakatan Rakyat mahu mentadbir Malaysia yang mempunyai rakyat berbilang bangsa.
Ketujuh, pembangkang tidak mempunyai daya kepimpinan untuk mengetuai parti memandangkan mereka juga mengamalkan kroni apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Ketua Umum PKR.


4 comments:

Anonymous said...

salam Lintau Perak

Saya juga orang Lintau anak murid Abang Kadir anak murid Che Molok.....

Minta tolong add blog saya ke blog Tuan....

http://ilmukebatinanmelayu.blogspot.com

Salam dan Terima kasih

Mohd said...

Look at Selangor, the Pakatan government dig up big holes and sell the sand to Singapore.
Look at Penang, where the Malays and Indians are chased out of their own lands.
Look at Kedah where the MB, his relatives and cronies rob the people of the states's money.
Look at Kelantan, where the Orang Asli lands are given to outsiders as Ladang Rakyat. And the Kelantanese are deprived of clean water ever since PAS's rule.
Do the Sarawakians want this?
If the answer is yes, vote for Pakatan Rakyat and you deserve it.

Lintau Perak said...

Salam Anonymous 9:48 AM,

Blog Tuan sudah saya link.

Sdra Mohd,

Gerombolan Pakatan Pembangkang can do nothing for rakyat...nothing!..
Sarawakians...pls keep them aside forever.

sudinn said...

mohd, 9 58, sent me your comment - paspanglimasaujana@yahoo.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...