Nampaknya Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Politik Abu Bakar Hussain menganggap Pilihan raya Negeri Sarawak (PRN) merupakan medan terbaik bagi PAS dan Gerombolan Pakatan Pembangkang untuk menghasut rakyat dengan menyebarkan maklumat palsu dan rekayasa pembohongan sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang akan berlaku pada bila-bila masa.
Ustaz politik ini mengingatkan seluruh pemimpin dan petugas jentera supaya menganggap Pilihanraya Negeri Sarawak sebagai sesi latihan kepada jentera PAS dalam menghadapi pilihan raya yang lebih besar disamping cuba melebarkan sayap dakyah pro DAP-PAS di Sarawak.
Beliau telah menggesa supaya PAS mengambil kesempatan PRN Sarawak untuk menyuntik kebencian di kalangan pengundi Sarawak kepada UMNO dan Kerajaan. Semua maklumat-maklumat kepada rakyat di Sarawak perlu disediakan ke arah menanam kebencian, perasaan tidak puas hati serta menebalkan keraguan. Langkah ini amat penting untuk melaksanakan misi dalam menghadapi pilihan raya umum ke 13 akan datang," .
Nampaknya ustaz politik di Perak ini ingin mengajak pengganas-pengganas dalam parti Pas supaya memberi fokus dalam memecahkan solidariti umat islam dan juga bumiputera. Pas nampaknya terus berdegil untuk menggunakan kaedah ala komunis itu bagi menjayakan misinya membolehkan kemenangan kepada China DAP.
Oleh kerana semakin menghadapi kekalahan demi kekalahan, beliau mengingatkan bahawa Pas tidak mementingkan kemenangan, asalkan hasrat merosakkan UMNO-BN dan perpecahan undi umat Islam-Bumiputera tercapai, sudah mencukupi dan jihad terlaksana.
Apa yang perlu dilakukan oleh ustaz-ustaz politik dan penceramah Pas adalah untuk menyampaikan maklumat palsu dan fitnah untuk menggambarkan BN sangat zalim kepada rakyat selama ini. Apabila perasaan rakyat dapat dihasut maka besar kemungkinan UMNO-BN dapat ditumbangkan.
Pada pandangan Lintau, PAS akan terus dipulaukan oleh rakyat kerana kepimpinan UMNO-BN selama ini telah berjaya membuktikan integriti kepimpinan negara pada tahap terbaik. Golongan muda kita adalah penerima kesan yang terbesar berbanding ibubapa mereka yang menjadi pejuang mengasaskan kemajuan dan pembangunan negara ini.
Maka sukar rakyat keseluruhannya menolak UMNO-BN yang berjasa besar dan menerima Pas Khawarij yang hanya menjadi parasit sosial di negara ini. Khususnya golongan muda yang terdedah kepada maklumat di hujung jari, akan lebih mudah membuat keputusan berasaskan kebenaran, bukannya emosi yang dimainkan oleh parti perosak itu.
Jadi, nampaknya Pas tidak ada pilihan lain. Pas perlu meningkatkan usaha menanam kebencian dan merekayasa fitnah dan tohmahan terhadap UMNO-BN atas nama Jihad Fisabilillah.

No comments:
Post a Comment